Bagi korang yang ada air fryer di rumah terutama pengantin yang dapat hadiah kahwin, jangan simpan sahaja di dalam kabinet dapur. Gunakan sepenuhnya. Selain cara masakan yang sihat tanpa menggunakan minyak, penggunaan air fryer memudahkan dan mempercepatkan urusan di dapur.
Kalau berhajat nak masak ayam bakar, paling cepat guna air fryer. Selain menu yang sihat, ayam bakar menjadi pembuka selera seisi keluarga. Ini resipi Ayam Bakar Air Fryer seperti yang dikongsikan oleh Munira Ali ini.
BAHAN-BAHAN:
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
4 ulas bawang putih
Halia
1 sudu rempah kari
3 sudu madu
2 sudu minyak masak
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap
1/2 sudu makan secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Perap ayam dengan halia, serbuk lada hitam dan bawang putih yang telah ditumbuk hancur.
2. Masukkan secukup rasa. Selepas itu masukkan bahan-bahan lain.
3. Perap. Lagi lama lagi sedap. Boleh kelar-kelar sedikit ayam supaya bahan mudah meresap dan sebati dengan ayam.
4. Bakar ayam dengan suhu 180’C selama 20 minit. Balikkan dan bakar selama 15 minit lagi. Terbalikkan sekali lagi dan bakar semula selama 5 minit. Ini bergantung pada saiz ayam.
5. Air yang di bawah penapis air fryer bolehlah siram atas ayam bila ayam sudah masak. Lagi nampak ‘juicy.’
Sumber kredit: Munira Ali via Resepi Air Fryer (Malaysia)