Hati ibu mana yang tidak gembira bila anak kesayangan selamat menjadi suami. Begitulah juga dengan penyanyi era 80’an yang popular dengan lagu ‘Rumah Kecil Tiang Seribu’, Azian Mazwan Sapuwan. Majlis pernikahan dan resepsi yang diadakan di kediaman pengantin perempuan baharu sahaja berlangsung minggu lalu.
Pada majlis akad nikah yang berlangsung pada 13 Ogos 2022, Mohammad Ashraf Zulkarnain selamat bergelar suami kepada Mel Che Murni Atiera Nurfatehah. Mereka sekeluarga mengenakan busana rona putih. Wow, nampak suci berseri sangat!
Pasangan pengantin Ashraf dan Mel pun sama cantik dengan busana putih. Ucapan dari seorang ibu semestinya yang paling menusuk ke kalbu…
13.08.2022 ~ Sabtu.Majlis akad nikah anakanda dan pasangannya selamat berlangsung pagi td..ALHAMDULILLAH. Doakan ye semoga rumahtangga yg dibina berkekalan, berbahagia hingga akhirnya.
Doa mama.. Abang & Mel selamat menempuhi alam perkahwinan, alam yg penuh ranjau dan duri. Jadilah suami yg soleh dan isteri yg solehah. Semoga dikurniakan limpahan rezeki, kesihatan, kesabaran dan nikmat yg diberkati..aamiin ya rabb.
Selamat datang ke dalam keluarga kami Mellll dan SELAMAT PENGANTIN BARU Abang & Mel ❤️❤️
Selesai majlis akad nikah, keesokannya pasangan ini melangsungkan majlis resepsi sebelah pihak perempuan. Bila meninjau ruangan komen, Azian turut menjemput beberapa tetamu untuk menghadiri majlis sebelah lelaki yang akan diadakan di Terengganu.
14.08.2022 Majlis Resepsi (sebelah pihak pengantin perempuan).
ALHAMDULILLAH selesai majlis resepsi dan bersanding meraikan pengantin baru ..
MOHAMMAD ASHRAF ZULKARNAIN ❤️ MEI CHE MURNI ATIERA NURFATEHAH
Kepada sebahagian saudara mara dan sebahagian kwn2 rapat yg turut serta dlm rombongan TERIMA KASIH bnyk2 saya ucapkan👏Mohon maaf jika ada kekurangan di sana sini. LOVE SEMUA❤️❤️❤️
Saya juga mohon maaf kepada yg tak dpt jemputan👏,harap memahami. Mohon doa semua semoga mereka berdua dapat melayari alam rumahtangga dgn baik, diberkati dan menjadi suami isteri yg soleh dan solehah..aamiin🤲..
Tahniah Azian dan keluarga. Buat pasangan penagntin, selamat melayari bahtera perkahwinan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI