Jarang terpalit dengan kontreversi, pelakon ini pandai menjaga nama nya dari sebarang kontreversi murahan. Siapa yang tidak kenal dengan pelakon yang mempunyai mirip Remy Ishak ni. Pelakon Azrel Ismail akui dirinya sudah berpunya dan kongsi kepada kami tentang perkahwinan idamannya.
MAKSUD CINTA& PERKAHWINAN?
Bagi saya cinta is Love, cinta sepenuh jiwa tanpa jurang prasangka dalam perhubungan. Keikhlasan, tiada yang lebih dan boleh menandatangani cinta. Perkahwinan pula bila dua pasangan lelaki dan perempuan yang sah diijabkabulkan, bakal melalui bahtera kehidupan, selamanya berdua.
CIRI-CIRI WANITA IDAMAN?
Ingin memiliki seorang wanita idaman bukanlah satu perkara yang mudah. Saya idamkan wanita yang mempunyai ciri-ciri baik, cantik dan beriman.
Ads
PANDANGAN TENTANG PASANGAN BERUSIA?
Tersenyum Azriel bila diajukan soalan ini. “No, I’m not ok. Saya prefer perempuan lebih muda dari saya, tetapi terpulang pada individu itu. Kalau dah jodoh tak kemana.”
PERKAHWINAN IMPIAN?
Ads
Saya mahukan perkahwinan yang sempurna dan kekal sehingga ke akhirnya. Sudah semestinya konsep impian ialah tepi pantai. Lebih santai dan bakal meninggalkan memori indah untuk saya dan bakal isteri.
TARGET KAHWIN?
Jodoh adalah kuasa Allah, jadi saya hanya berusaha untuk menamatkan zaman bujang mungkin next year.
Ads
DESTINASI BULAN MADU?
Bulan madu mestilah saya inginkan sesuatu yang lebih menerujakan, United States jadi destinasi pilihan. Di sana mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama tersayang.
TRADISIONAL ATAU MODEN?
Mestilah moden! Lebih ringkas tetapi masih bergaya.
Baca lanjut adakah Azrel ok jika jodohnya dikenenkan oleh ibu bapanya? Jangan lupa dapatkan Pesona Pengantin Edisi Oktober – Disember 2018.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebanyakan orang berfikir hanya pesakit kencing manis mempunyai kadar gula yang tinggi dan perlu mengawal dan berhati-hati dengan jenis makanan yang diambil. Namun, tidaklah sebegitu. Setiap orang boleh mengalaminya dan mungkin tidak melihat bahaya yang sedang berlaku pada saraf, saluran darah dan organ tubuh mereka.
Bagi mengelakkan sebarang komplikasi, adalah sangat penting untuk kita mengenali tanda-tanda yang membimbangkan dan mengambil langkah pencegahan yang sesuai.
Berikut 12 tanda-tanda tubuh anda mempunyai kadar gula yang tinggi :
1. Kelaparan berterusan
Kandungan gula yang tinggi dalam darah menghalang glukosa memasuki sel-sel. Akibatnya, badan tidak menerima tenaga dan meminta makanan lagi dan lagi.
2. Penyebab keletihan
Kandungan gula yang tinggi dalam darah menyebabkan badan tidak mampu untuk menyimpan dan menyerap glukosa dengan betul. Tenaga digunakan tidak cekap, dan sel-sel badan tidak menerima bahan api yang mereka perlukan. Semua ini membuat anda rasa letih tanpa sebab.
3. Kerap membuang air kecil
Jika gula darah terlalu tinggi, buah pinggang tidak boleh menyerap cecair. Oleh itu, badan cuba untuk menyamakan kepekatan glukosa dalam darah dan dalam sel-sel, melarutkan darah dengan cecair intrasel, sekali gus membawa kepekatan glukosa normal. Ini menyebabkan anda kerap membuang air kecil.
4. Mulut kering, dahaga berlebihan
Mulut kering dan dahaga yang kuat adalah jawapan kepada kehilangan cecair yang teruk. Badan dapat menilai tahap dehidrasi dan menyebabkan dahaga, menghantar isyarat berkaitan ke otak. Sudah tentu, anda tidak boleh menolak untuk minum, tetapi lebih baik jika anda memilih air kosong atau teh tanpa gula.
5. Pengurangan berat badan
Dengan tahap glukosa yang tinggi, anda boleh menurunkan berat badan dalam masa yang singkat, walaupun makanan diambil dengan kerap dan mengandungi banyak kalori. Ada beberapa sebab untuk ini:
● Kehilangan cecair kerana kerap membuang air kecil membawa kepada tahap cecair yang rendah pada seluruh badan, dan menyebabkan penurunan berat badan.
● Jika tahap insulin tidak mencukupi untuk metabolisma glukosa, badan akan bertukar kepada pembakaran lemak.
● Satu jumlah yang besar air kencing pada tahap yang tinggi glukosa menjadikan badan menghabiskan lebih banyak kalori. Dengan cara ini, badan cuba untuk “membuang” glukosa yang berlebihan.
6. Penyakit berjangkit
Jangkitan saluran kencing (UTI) dan jangkitan yis boleh berlaku pada lelaki dan wanita. Namun lebih kerap mereka ditemui di kalangan wanita yang mempunyai paras gula yang tinggi dan kencing manis. Satu jumlah yang besar gula mewujudkan persekitaran yang baik untuk pembiakan yis dan bakteria.
7. Kulit kering
Kulit kering boleh dikaitkan dengan tahap gula tinggi pada darah untuk pelbagai sebab:
● Kencing berlebihan menyebab badan dihidrasi sehingga tahap yang menyebabkan kulit mula kering.
● Masalah kulit adalah tanda aterosklerosis – pengerasan dan penyempitan arteri dan pengurangan seiring peredaran darah – penyakit yang sering berlaku pada pesakit kencing manis.
● Saraf yang rosak boleh mengganggu operasi normal kelenjar peluh, dan mereka memberi kesan kepada keseimbangan kulit-air.
8. Sukar menumpukan perhatian
Tahap gula tinggi menghalang glukosa memasuki sel-sel otak, sehingga otak mengalami kesukaran untuk mendapatkan tenaga. Ini menjejaskan kelajuan pemikiran dan membuat keputusan.
9. Penglihatan kabur
Penglihatan kabur juga hasil daripada kesan dehidrasi disebabkan oleh gula yang tinggi dalam darah – ia juga memberi kesan kepada sel-sel mata. Akibatnya, mata berubah bentuk dan mata kehilangan keupayaan untuk memberi tumpuan dengan betul.
10. Luka lambat sembuh
Ini berlaku disebabkan oleh kerosakan pembuluh darah akibat paras gula yang tinggi. Ini membawa kepada peredaran darah semaki nteruk, terutama pada anggota badan.
11. Cepat marah
Menurut kajian, orang dengan kadar gula yang tinggi akan berasa lebih cemas, mudah marah dan cenderung kepada kemurungan. Otak bergantung kepada kadar bekalan glukosa yang sama, dan jika paras melompat mendadak, ia akan memberikan kesan negatif terhadap tugasnya. Hasilnya, suasana hati kita tiba-tiba menjadi lebih teruk (jadi cepat marah atau naik angin).
12. Mati pucuk
Kesukaran mengekalkan ereksi juga boleh berlaku terhadap glukosa tinggi dalam darah. Ereksi sihat memerlukan kesihatan saraf, aliran darah yang baik dan hormon yang betul. Namun lebihan gula dalam darah boleh menjejaskan setiap sistem ini.
SUMBER : daku-amat.blogspot.com
TWEET : SOLUSI
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jadilah menantu yang baik, disenangi keluarga mentua dan ikhlas dalam membuat orang lain selesa. Seperti nasib pelakon, Puteri Sarah, tetap disayangi mentuanya, Datin Patimah Ismail walau anak sudah berpisah.
Bukan hanya kerana cucu tetapi mungkin ini pilihan keluarga ini untuk bahagiakan hati masing-masing.
Menantu Yang Baik Akan Terus Disayangi
Realitinya anak mereka sudah bercerai, namun hubungan baik pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail dengan menantu mereka, Puteri Sarah tetap akrab.
Baru-baru ini sempena Ramadan, dua keluarga terbabit tidak ketinggalan merapatkan ukhwah dengan berbuka puasa bersama-sama di sebuah hotel.
Momen penuh bermakna dikongsikan isteri kepada pengasas Skop Production itu dalam media sosial.
“Alhamdulillah silaturahim kami teruskan demi cucu-cucu tercinta bersama besan yang kami hormati,” tulisnya dalam keterangan gambar.
Turut menyertai perhimpunan keluarga itu adalah menantu kesayangan mereka yang juga bekas isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah serta dua anaknya.
Sayang Orang Tua Seikhlas Hati
Bahkan, dalam ruangan komen pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, turut meluahkan kasih sayang kepada mentua yang sudah dianggap sebagai orang tua sendiri.
“Sayang mama dan papa. Alhamdulillah contoh terbaik. Anak buat salah mak bapak tak sokong pun.
“Menantu yang baik akan terus disayangi. Bukti besan yang baik dan penuh kasih. Semoga dirahmati Allah selalu,” ujarnya.
Terdahulu, rumah tangga antara Puteri Sarah dan Syamsul yang dibina selama sembilan tahun berakhir pada Jun 2023 selepas beberapa bulan turun naik mahkamah.
Mereka berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5.
Sementara, Syamsul pula kini berbahagia dengan isteri baharu yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadangakala sifat seseorang lelaki sukar untuk diduga. Mereka sering merahsiakan isi hati daripada meluahkannya kepada wanita. Namun, sekiranya seorang wanita dapat memahami lelaki itu dengan baik, pasti hubungan anda berdua akan bertambah erat dan perasaan kasih sayang semakin berbunga.
Agar mudah untuk wanita tahu apa yang seorang lelaki inginkan daripada anda, ayuh tengok 10 perkara ini.
1. CUBA MEMAHAMI
Cuba faham sikap dan tingkah laku lelaki. Kemudian sesuaikan sikap itu dengan diri anda. Adalah lebih baik anda cuba mengubahnya dengan sesuatu yang tidak sesuai dengan diri anda asalkan ia tidak bertentangan dengan agama dan budaya.
2. TERIMA SEADANYA
Perkara yang paling penting adalah anda mengetahui mengenai lelaki bukan mengubah lelaki menjadi orang lain. Jika seseorang wanita itu mengubah personaliti teman lelaki, berkemungkinan lelaki itu tidak menyukai wanita tersebut. Terima lelaki seadanya seperti mana dia sudi menerima anda.
3. SALING MEMPERCAYAI
Jika anda tidak mempercayai lelaki, jangan harap lelaki akan mempercayai diri anda. Untuk membuatkan diri tidak dipercayai bukannya sukar dan untuk membuatkan orang percaya kepada anda bukan mudah.
4. CUBA MEMUJUK
Siapalah anda untuk mengubah seseorang itu melainkan dengan kerelaan hatinya sendiri tanpa ada sebarang paksaan dan desakan daripada orang lain. Cuba dulu pada diri sendiri dengan berubah ke arah yang lebih baik lalu mengajaknya pula untuk memperbaiki diri.
5. JANGAN MERENDAHKAN MARTABAT LELAKI
Apabila berkahwin, lelaki adalah ketua dalam rumah tangga. Maka perempuan jangan sesekali mengecilkan hati seorang lelaki dan membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Ini akan membuatkan lelaki berdiam diri dan tertekan dengan sikap anda itu.
6. BERILAH RUANG
Seorang lelaki juga memerlukan ruang tersendiri. Mereka kadangkala memerlukan masa bersama teman-teman dan menghabiskan masa bersama. Jangan terlalu mengongkong hidup mereka kerana perkara ini cukup tidak disukai oleh lelaki. Berikan ruang dan masa untuknya bersendiri dan bersama rakan-rakan melepak serta membuat aktiviti kegemaran mereka.
7. BERIKAN PENGHARGAAN
Lelaki juga ingin dihargai. Ucapan terima kasih yang ringkas disertai dengan senyuman manis daripada anda sudah cukup untuk membuatkan hatinya girang. Walaupun dia cuma menolong anda memegang beg tangan sementara anda pergi ke tandas di pusat membeli-belah atau tolong membukakan pintu kereta untuk anda, ucapkanlah terima kasih. Penghargaan sedemikian dapat menimbulkan rasa cinta anda terhadapnya. Lihatlah! Pasti dia tidak jemu-jemu untuk membantu anda lagi di lain kali setelah melihat sifat anda yang sering menghargainya.
8. RASA HORMAT
Lelaki perlukan rasa hormat daripada seorang wanita. Bukan sebagai hamba tetapi sekadar individu yang benar-benar memahami dia. Mereka mahukan rasa hormat tetapi mereka tidak memintanya daripada wanita. Bertolak-ansurlah. Hormat yang dimaksudkan di sini ialah anda hormat dengan idea, fikiran, tingkah-laku dan perasaan anda terhadapnya. Anggap si dia penting dan tonjolkan melalui perbuatan anda itu.
9. BERIKAN GALAKAN
Lelaki juga suka mendapat galakan daripada seorang wanita, lebih-lebih lagi daripada orang yang disayanginya. Terasa lebih bermotivasi! Jika mereka berada dalam situasi yang genting atau sedang bersedih, cubalah berikan mereka semangat dan galakan. Kepercayaan anda terhadap dirinya adalah mustahak!
10. BERSOPAN-SANTUN
Bercakaplah dalam nada yang lemah-lembut dan penuh sopan-santun. Lelaki cukup suka pada wanita yang mempunyai ciri-ciri ini. Wanita yang mempunyai sifat ini akan membuatkan lelaki mudah jatuh hati dan tertawan dengannya. Kajian membuktikan seseorang akan bertindak balas lebih baik kepada lawan jantinanya apabila mereka berkata-kata dengan tona suara yang lebih lembut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!