Azrel Ismail Akui Sudah Berpunya. Kongsi Perkahwinan Idamannya

Share

 

Jarang terpalit dengan kontreversi, pelakon ini pandai menjaga nama nya dari sebarang kontreversi murahan. Siapa yang tidak kenal dengan pelakon yang mempunyai mirip Remy Ishak ni. Pelakon Azrel Ismail akui dirinya sudah berpunya dan kongsi kepada kami tentang perkahwinan idamannya.

 

MAKSUD CINTA& PERKAHWINAN?

Bagi saya cinta is Love, cinta sepenuh jiwa tanpa jurang prasangka dalam perhubungan. Keikhlasan, tiada yang lebih dan boleh menandatangani cinta. Perkahwinan pula bila dua pasangan lelaki dan perempuan yang sah diijabkabulkan, bakal melalui bahtera kehidupan, selamanya berdua.

 

CIRI-CIRI WANITA IDAMAN?

Ingin memiliki seorang wanita idaman bukanlah satu perkara yang mudah. Saya idamkan wanita yang mempunyai ciri-ciri baik, cantik dan beriman.

 

PANDANGAN TENTANG PASANGAN BERUSIA?

Tersenyum Azriel bila diajukan soalan ini. “No, I’m not ok. Saya prefer perempuan lebih muda dari saya, tetapi terpulang pada individu itu. Kalau dah jodoh tak kemana.”

 

PERKAHWINAN IMPIAN?

Saya mahukan perkahwinan yang sempurna dan kekal sehingga ke akhirnya. Sudah semestinya konsep impian ialah tepi pantai. Lebih santai dan bakal meninggalkan memori indah untuk saya dan bakal isteri.

 

TARGET KAHWIN?

Jodoh adalah kuasa Allah, jadi saya hanya berusaha untuk menamatkan zaman bujang mungkin next year.

 

DESTINASI BULAN MADU?

Bulan madu mestilah saya inginkan sesuatu yang lebih menerujakan, United States jadi destinasi pilihan. Di sana mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama tersayang.

 

TRADISIONAL ATAU MODEN?

Mestilah moden! Lebih ringkas tetapi masih bergaya.

 

Baca lanjut adakah Azrel ok jika jodohnya dikenenkan oleh ibu bapanya? Jangan lupa dapatkan Pesona Pengantin Edisi Oktober – Disember 2018.

Published by
Bella