Hubungan

Bab Gosok Baju Johan Buat, Ozlynn Dah Fobia!

Share

Toleransi dalam hubungan, bab gosok baju Johan buat! Itulah yang berlaku selepas pelakon Ozlynn fobia sebab baju pernah berlubang dek kerana hangus guna seterika.

Agak bertuah bila melihat hubungan saling melengkapi seperti pasangan ini, nak-nak suami rajin membantu hal rumah tangga.

Bab Gosok Baju Johan Buat, Untung!

Menurut pemilik nama penuh Rozlinawaty Ismail itu, dia tidak pernah memaksa sebaliknya perkara tersebut telah dibincangkan sejak awal perkahwinan dan tugas menggosok pakaian diserahkan kepada Johan.

“Siapa macam saya risau nak gosok baju? Saya pernah gosokkan baju mak, tak tahu apa yang salah sehingga berlubang baju sutera itu. Jadi, saya fobia sampai sekarang.

“Kalau pergi mana-mana tanpa pembantu, dia (Johan) yang akan tolong gosok baju saya.

“Memang kami sudah bincang hal ini sejak dulu lagi, sebelum saya lubangkan baju-baju yang sedia elok, lebih baik dia yang gosok. Sampai sekarang memang Johan yang akan gosok semua baju,”

katanya menerusi sebuah video dalam Instagram.

Bapa Uruskan Masa Zaman Kecil

Aktres berusia berusia 43 tahun itu turut mengakui dirinya tidak pandai menggosok baju kerana sudah terbiasa diuruskan bapanya sejak kecil.

“Keluarga saya tidak pandai gosok baju sebab dari kecil abah yang buat semua selain turut mencuci baju serta kasut sekolah kami.

“Abah bekerja sebagai anggota beruniform, jadi dia sangat cerewet dan cukup teliti apabila gosok baju.

“Kesannya, semua anak-anak tidak tahu gosok baju,” ujarnya.

Untuk rekod, Ozlynn dan Johan atau nama sebenarnya, Mohamad Yazid Lim Mohd Aziz mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan enam cahaya mata. Bahagia!

Published by
Nadia