Panduan ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang doa majlis perkahwinan.
Semoga dengan mengamalkan doa majlis perkahwinan ini, majlis walimatul urus anda diberkati oleh Allah SWT hendaknya. Insya-Allah.
Kelebihan Berdoa
Doa merupakan komunikasi anda seorang yang beragama Islam dengan Allah SWT untuk menyatakan apa yang diinginkan dan dihajatkan dalam kehidupannya.
Rasulullah SAW juga menyebut bahawa berdoa merupakan satu ibadah.
Setiap orang Islam digalakkan untuk berdoa untuk berdoa sebagai menunjukkan rasa rendah diri terhadap Allah SWT.
Doa bukan sahaja menjadi pendinding diri, ia juga ekspresi kepatuhan dan ketaatan kita kepada Sang Pencipta, selain sandaran harapan kita terhadap-Nya.
Antara hikmah dan kelebihan berdoa adalah :
1.Mewujudkan rasa tenang kepada diri seseorang yang berdepan dengan masalah terhadap kesukaran yang sedang dihadapinya.
Sebaik-baiknya doa dilakukan ketika solat di tengah malam yang sunyi ketika orang lain sedang nyenyak tidur.
Waktu inilah kita gunakan untuk menadah tangan dan berdoa memohon petunjuk daripada Allah SWT.
2. Dengan berdoa, ini dapat mengelakkan seseorang daripada menjadi sombong dan merasa hebat.
“Sesungguhnya orang-orang yang sombong (takbur) daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina (Surah al-mukmin 40:60).
3. Doa yang dilakukan dengan penuh khusyuk akan diangkat oleh Allat SWT untuk dimakbulkan.
“Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu. (Surah al-mukmin 40:60).
Ads
4. Menerbitkan rasa insaf dalam diri seseorang.
Antara perkara yang sering diminta ialah doa dimurahkan rezeki, doa dapat anak, doa bertemu jodoh, doa majlis perkahwinan, doa tenang hati dan doa terhadap kesejahteraan ibu bapa.
Setiap manusia perlu sentiasa sedar bahawa kejayaan tidak akan mudah diperolehi sekiranya tiada bantuan daripada Allah SWT.
Doa bukan sahaja dilakukan ketika sedang ditimpa kesusahan.
Sebaliknya doa juga boleh dilakukan ketika kita berasa senang sebagai tanda kesyukuran nikmat dan rezeki yang diberikan Tuhan.
Setiap yang bergelar bakal suami dan isteri pasti mengharapkan keredhaan dan keberkatan dalam mahligai yang dibina bersama insan tersayang.
Apatah lagi besar harapan mereka supaya rumah tangga itu kekal bahagia selama-lamanya, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, dijauhi gangguan dan dilimpahkan rezeki yang baik.
Doa menjadi antara aturcara terpenting dalam setiap majlis perkahwinan pasangan Islam untuk diaminkan seluruh tetamu yang hadir.
Adakah anda bakal berkahwin?
Ads
Adakah anda sedang mencari doa majlis perkahwinan terbaik untuk majlis anda?
Berikut adalah doa majlis perkahwinan yang anda boleh baca.
Doa Majlis Perkahwinan dan Doa Pengantin Bahasa Melayu
Ada beberapa doa majlis perkahwinan yang boleh dijadikan rujukan untuk pasangan raja sehari.
Kebiasaannya, doa dimulakan dengan memuji keagungan dan kekuasaan Allah SWT.
Ia kemudian diikuti dengan doa dan selawat terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.
Seterusnya disusuli dengan doa kesyukuran mengumpulkan seluruh keluarga dan teman-teman untuk meraikan pasangan pengantin.
Nama raja sehari juga akan disebut dengan doa dan harapan supaya rumah tangga yang dibina diberkati, dilimpahi rahmat dan diberikan kebahagian sebagaimana yang diharapkan.
Di bawah merupakan contoh doa majlis perkahwinan:
Ads
Diharapkan perkongsian doa majlis perkahwinan ini akan membantu anda dalam persiapan menjelang hari bahagia nanti.
Sumber : af kanopi
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi, pelakon dan pengacara wanita, Kaka Azraff memberikan nasihat berkait dengan rumah tangga supaya memilih lelaki bertanggungjawab sebagai calon suami.
Nasihat Kaka Azraff
Dalam hantaran yang dimuat naik di media sosial, Kaka, atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, menekankan bahawa lelaki yang memahami tanggungjawab adalah pilihan terbaik bagi seseorang wanita yang ingin mendirikan rumah tangga.
Kaka menyatakan, “Kahwinilah lelaki yang boleh menanggung keluarga. Namun, tidak semestinya dia kaya. Itu bermakna dia tahu tanggung jawabnya.”
Tak Kaya Tak Apa Asalkan Bertanggung Jawab
Pandangan ini sangat relevan, terutama dalam konteks masyarakat hari ini yang sering kali mengaitkan kebahagiaan dengan kekayaan material.
Menurut Kaka, lelaki yang bertanggung jawab akan berusaha memenuhi keperluan pasangannya dan keluarga, tanpa mengira latar belakang kewangan.
Kaka juga menegaskan bahawa lelaki bertanggung jawab lebih baik daripada lelaki yang kaya tetapi tidak menghargai pasangan mereka.
Teguran Bermakna Buat Yang Mahu Cari Teman Hidup
Kenyataan ini datang pada waktu yang penting, memandangkan Kaka sendiri baru sahaja melalui proses perceraian dengan suaminya, Adam Azriff, 30, yang dipercayai dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.
Mereka berkahwin pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga orang anak, Aslan, 5, Aryan, 3, dan Atta Adam yang berusia 15 bulan.
Walaupun Kaka belum bersedia untuk memberikan kenyataan lanjut mengenai perceraian tersebut, pandangannya tentang memilih pasangan yang bertanggung jawab memberikan nasihat yang berharga bagi mereka yang sedang mencari cinta sejati.
Ini menunjukkan bahawa pengalaman peribadinya telah membentuk pemikirannya tentang hubungan dan komitmen.
Ramai yang tidak suka mengamalkan rutin diet ini kerana selalu beranggapan bahawa makanan diet semuanya tidak sedap. Jangan tersalah anggap kerana makanan diet ini anda boleh pelbagaikan sampai menjadi seperti makanan bertaraf restoran mahal.
Jom kita cuba diet ikut contoh menu yang dikongsikan oleh wanita ini yang sudah berjaya turun sampai 6kg sebulan! Memang power!
MENU MAKANAN DIET SEDAP TAK TERKIRA!
Siapa cakap makanan sedap tak boleh untuk diet? i hilang 5-6kg in 1 month sebab cheatday sabtu dengan ahad. Kalau you all tak cheat langsung confirm 10kg boleh hilang tau. Guna garam and black pepper sahaja. No additional seasoning.
Adatlah dalam kehidupan berumah tangga ,kadang kala timbul rasa bosan dengan pasangan setelah melayari kehidupan bersama. Malahan bibit-bibit romantis antara anda berdua semakin pudar. Inilah punca-punca bila anda sudah mulai bosan dengan pasangan, pertengkaran mula berlaku.
Malah ada di antara pasangan yang hatinya sudah berpaling kepada yang lain. Sebaiknya hindari perasaan sayang anda kepada insan lain kerana sebaiknya tempat anda ialah bersama pasangan. Kembalikan rasa kasih sayang itu agar keharmonian rumah tangga semakin menyinar.
Salah satu perkara yang mudah dan sederhana boleh anda amalkan ialah dengan menggenggam tangan pasangan ketika mahu tidur. Cara ini memang nampak biasa namun besar manfaatnya. Berikut empat manfaat menggenggam tangan pasangan ketika mahu tidur.
Memberikan ketenangan yang luar biasa
Perasaan yang akan timbul dari memegang tangan ini adalah perasaan yang tenang luar biasa. Ketika pasangan saling mencari tangan yang mahu digenggam, maka perasaannya akan sangat luar biasa. Hal ini biasanya boleh menjadi penghilang perasaan bimbang atau rasa tidak sedap hati yang selama ini dirasakan. Genggaman tangan ini dapat menimbulkan perasaan saling menenangkan.
Melenyapkan rasa marah
Menggenggam tangan pasangan juga dapat melenyapkan perasaan marah yang mungkin terjadi dari siang. Menerima tangan atau memberikan tangan untuk digenggam boleh menjadi tanda saling memaafkan terhadap apa yang sudah terjadi pada hari itu. Hal ini akan membuat kesan yang luar biasa bagi keharmonian rumah tangga.
Membawa kesan; Dia milik anda
Jika sudah memasuki usia perkahwinan yang lama, maka perlu kepastian jika pasangannya memang benar ‘miliknya’ dan ada di genggamannya. Kesan ini juga yang boleh dirasakan ketika menggenggam tangan pasangan ketika mahu tidur.
Menerbitkan rasa kasih dan cinta ‘yang baru’
Perubahan baru yang belum pernah terjadi pada pasangan yang selama ini tidak pernah menggenggam tangan ketika hendak tidur, akan memberi kesan luar biasa atau magis, kerana melakukan perkara baru dan sangat menyenangkan, yang akhirnya seperti menerbitkan rasa cinta baru, semangat baru.
Jangan bimbang untuk memberikan kebahagiaan kepada pasangan anda dengan perubahan baru ini. Tentunya anda tidak boleh ragu atau malu dengan kebiasaan baik dan halal, jika itu akan membuat warna indah bagi keharmonian rumah tangga.
Sumber: InfoUnik
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!