Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana cik suami berehat enak di depan televisyen tanpa berbuat apa? Timbul juga di benak rasa geram kerana tidak ada rasa ingin membantu anda yang sudah berpenat seharian di rumah. Baca perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang kenapa lelaki bersikap malas.
***************************************************************************************************************************
Dalam tubuh lelaki terdapat hormone kelakian, testosterone yang penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang lelaki.
Hormon ini bukan saja penting bagi meyemarakkan syahwatnya sebagai lelaki,tetapi yang lebih penting, hormone testosterone akan memberikan rasa untuk terus berjuang, untuk bersaing,menjadi kreatif, menjadi lebih pintar dan matang dan mampu melakukan tugas-tugas yang diamanahkan sebagai seorang suami.
Hormone testosterone juga akan mempengaruhi mental lelaki dengan mengurangkan rasa stress. Lelaki yang stress akibat kekurangan hormone testrosterone bukan saja tidak mempunyai nafsu syahwat terhadap isterinya,malah beliau mungkin tidak mempunyai rasa untuk berjuang, bekerja dengan lebih baik untuk keluarganya,tidak kreatif dan tidak mampu menjalankan tugas sebagai suami dan ketua keluarga,
Oleh itu jika isteri perasan, suami yang bersemangat dan bersyahwat dalam kamar tidur adalah yang bersemangat melakukan kerja-kerjanya di luar rumah. Lelaki yang bersungguh-sungguh di luar rumah juga merupakan lelaki yang bertanggungjawab di dalam rumah.
Ads
Hormone testosterone mempunyai kitaran tersendiri. Kepekatan hormone testosterone tinggi di awal pagi dan semakin menurun menjelang petang. Oleh itu jangan terperanjat jika di awal pagi suami mudah mendapat penile erection. Kekerasan zakar itu disebabkan oleh hormone testosteroneyang semakin meningkat dalam tubuhnya.
Selain itu ramai lelaki yang menjadi letih bila memasuki waktu senja. Ini bukan sebab pengaruh jin, tetapi hormonenya semakin menurun.Jadi suami selalunya tidak bertenaga untuk melakukan kerja-kerja rumah apabila balik rumah.
Apatah lagi jika banyak kerja-kerja yang memerlukan tenaga fizikal dan mental di tempat kerja. Jadi janganlah menganggap suami malas dan tidak membantu.
Walaupun ia adalah suatu tindakan yang tidak wajar, isteri kena faham kitaran hormone ini. Jika tidak ini akan menyebabkan ketegangan dalam keluarga. Suami akan bertambah stress dan menyebabkan hormonenya menjadi menurun, dan tidak lagi bermaya di dalam kamar tidur.
Apatah lagi jika isteri bermasam muka ketika mengkritik tindakan suami yang kepenatan. Harus difahami, kepekatan testosterone akan meningkat jika dia merasakan bahawa dia puas dan berjaya melakukan kerja dengan sempurna.
Ads
Suami akan rasa puas apabila merasakan dia adalah seorang suami yang hebat dan melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan dengan baik.
Jadi cuba fikirkan apa akan jadi jika suami melihat muka isteri yang masam sedang membebel ketika dia sedang berehat pulang dari kerja. Suami akan terus menjadi lebih tertekan akibat hormon testosterone menjadi lebih rendah.
”Abang ni asyik lepak depan TV je. Tak membantu saya langsung. Saya penatlah..”
Kata-kata seperti ini akan membuatkan suami berasa gagal.
Bagaimana isteri boleh membantu suami?
Jika perlukan bantuan melakukan kerja-kerja di dalam rumah, mintalah bantuan dengan senyuman dan pujian. Pujilah suami melambung sebelum meminta bantuannya.
”Abang yang hensem, tolong saya cuci pinggan …”
Ads
Suami mana yang tidak cair jika isteri dengan nada yang lembut, menggoda dan memuji dirinya. Tentu dia segera akan melompat terus dari sofa dan meluru ke dapur untuk membantu isterinya. Elakkan muka masam ketika meminta bantuan suami. Muka yang manis akan menaikkan hormone tetstorone suami dan secara tidak langsung akan memberikan ’tenaga ekstra’ pada suami. Lupakan ’tongkah ali’. Senyuman isteri adalah yang terbaik meningkatkan hormone suami, secara tidak langsung akan membantu isteri di rumah.
Allah saja yang lebih tahu..
Lelaki juga suka memakai cincin sebagai aksesori menyerlah keterampilan. Tidak kira bentuk dan logam yang menyaluti, cincin mampu menterjemah tarikan tersendiri selain melambangkan status dan prestij diri.
Rekaan dan bentuk cincin yang tersarung di jari manis memberi pengaruh besar kepada pemiliknya. Tidak kiralah mahal atau murah, cincin memancarkan peribadi diri hingga menjadi tarikan mata yang melihat.
Bagi lelaki moden, cincin bersalut platinum dirasakan paling cocok dan begitu bergaya. Ini kerana cincin platinum tidak terlalu berkilau dan bebas digayakan terutama bagi lelaki muslim.
Tip pemilihan cincin
1. Pertamanya, seseorang mestilah dapat membezakan bentuk cincin yang hendak dipilih sama ada ia sesuaian dengan karektor diri atau tidak.
2. Usah terpengaruh dengan reka bentuk yang mungkin tidak sesuai disarungkan pada jari anda.
3. Tidak semua jari sesuai menggayakan sesetengah bentuk cincin seperti jari halus dan kurus tidak digalakkan memakai cincin berbentuk besar kerana kelihatan tidak
seimbang.
4. Warna dan bentuk cincin mempengaruhi sesetengah individu. Lebih baik selidik terlebih dulu kandungan dan kesesuaian cincin dengan jari sendiri.
5. Jangan tergesa-gesa memiliki cincin semata-mata mahu kelihatan hebat dan menarik di mata orang lain.
6. Lakukan pemerhatian dan meninjau di beberapa kedai emas dan permata untuk mendapatkan idea cincin terkini yang sesuai.
7. Pilih beberapa bentuk cincin dan sarungkan satu persatu ke jari manis. Tidak salah untuk mencuba beberapa bentuk cincin semata-mata untuk memenuhi cita rasa. Cuba dan terus mencuba.
8. Jika perlu, minta jurujual cermin untuk melihat kesan atau effect cincin yang disarungkan pada jari.
9. Pastikan cincin yang sudah berkenan di hati tidak terlalu ketat mahupun longgar.
10. Tidak salah bersabar semata-mata untuk mendapatkan cincin yang berkenan di hati!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jodoh pertemuan adalah kerja Tuhan. Tugas manusia adalah mempertahankan perkahwinan yang telah dibina. Setiap pasangan yang berkahwin mahu kekal sehingga ke akhir hayat. Sayangnya, tidak semua perkahwinan itu akan berjaya seperti yang dirancangkan. Kini ramai wanita terpaksa melalui tempoh iddah setelah sah bercerai.
Iddah Adalah Berbeza Mengikut Jenis Penceraian
Jenis iddah ada beberapa jenis. Ianya berbeza mengikut jenis penceraian. Jenis penceraian terbahagi kepada DUA (2) iaitu:
CERAI HIDUP
Cerai Hidup bermaksud seorang perempuan yang telah diceraikan oleh suaminya di dalam keadaan suaminya masih hidup. Perempuan yang telah bercerai hidup ini seringkali di sebut dengan jolokan JANDA.
CERAI MATI
Cerai Mati pula membawa maksud si perempuan tersebut telah bercerai disebabkan oleh kematian suami tercinta. Dalam erti kata lain, cerai mati adalah apabila seorang perempuan itu menjadi BALU.
Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal sebagaimana semasa keberadaan suaminya.
Antara Larangan Untuk Wanita Yang Sedang Di Dalam Iddah
1. Menerima Khitbah
Seorang wanita yang baru saja ditalak suaminya, atau ditinggal mati, ketika masa iddah itu dia tidak boleh menerima ajakan atau lamaran (khitbah) dari seorang lelaki lain.
2. Menikah
Kalau sekedar menerima lamaran saja diharamkan, maka tentu saja bila menikah lebih diharamkan lagi. Seorang wanita yang dicerai suaminya atau ditinggal mati, harus menunggu sampai masa iddahnya selesai terlebih dulu sebelum berkahwin semula.
3. Keluar Rumah
Seorang wanita yang sedang menjalani masa iddah diwajibkan melakukan apa yang disebut dengan mulazamtu as-sakan (ملازمة السكن). Artinya adalah selalu berada di dalam rumah, tidak keluar dari dalam rumah, selama masa iddah itu berlangsung.
4. Berhias
Seorang wanita yang sedang dalam masa iddah dilarang untuk berhias. Di antara kategori berhias itu adalah seperti menggunakan alat perhiasan seperti emas, perak atau sutera. Menggunakan minyak wangi dan sebagainya.
Penceraian Semakin Berlaku Umpama Sebuah Trend Di Akhir Zaman
Bercerai mati sememangnya sudah tidak dapat diubah ketentuan. Walaupun sedih tetapi soal ajal maut tidak dapat dibuat apa. Masalahnya, semakin hari semakin banyak kes cerai hidup yang telah difailkan. Bercerai akibat curang juga semakin menjadi-jadi. Yang akan menerima tempias akibat perpisahan pastinya anak-anak hasil daripada perkahwinan tersebut.
Hargailah pasangan dan kenanglah juga segala susah payah tika bersama sejak dulu hingga kini. Untuk apa diturut kata hati. Rumahtangga mana tak dilanda ujian. Perkahwinan mana tak diuji Allah SWT. Tetaapi itu tidak bermakna segalanya hanya boleh selesai dengan kaedah penceraian semata-mata.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumah tangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam yang mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk dalam urusan perkahwinan.
Namun, apalah erti sebuah perkahwinan andai tiada kebahagiaan dan ketenangan padanya.
Terdapat beberapa faktor penting yang perlu diasaskan dalam perkahwinan bagi mengecapi kebahagiaan. Antaranya:
Perkahwinan hendaklah diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah
Taqwa adalah suatu sifat yang sering diperkatakan, namun cukup kuat dalam segala urusan kehidupan kita. Ia adalah seperti alat perhubungan antara kita dengan Allah. Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin merupakan ibadat dan sunnah.
Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa ‘Mawaddah wa Rahmah’
Mawaddah bererti cinta manakala Rahmah bererti kasih sayang. Kedua-dua sifat ini perlu ada dalam sebuah perkahwinan. Tanpa kedua-dua perkara ini, sebuah perkahwinan itu seolah-olah kosong dan meletakkan ia kepada suatu situasi yang merbahaya dibimbangi boleh membawa kepada perceraian.
Perkahwinan juga perlu berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab
Amanah dan tangungjawab juga merupakan perkara asas yang wajib ada dalam perkahwinan bukan kahwin untuk memenuhi kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!