Bagi yang sudah berumahtangga, suami mengharapkan perubahan dalam kehidupannya. Jika semasa bujang sering makan luar, bila sudah beristeri kelegaan dirasai apabila makan dan minum dapat disediakan dengan sempurna. Makanan yang dihidangkan tidaklah mewah yang diharapkan oleh suami tetapi yang penting ia dari air tangan isteri. Itulah pendapat jujur bagi kebanyakan suami.
Sempena bulan puasa ini bolehlah si isteri memikirkan resipi enak untuk seisi keluarga nikmati. Inilah cara mudah untuk pikat hati suami dengan memasak. Baca ini agar anda wanita termotivasi untuk belajar memasak:
Bereksperimen dengan masakan
Anda janganlah terikat dengan resipi sedia ada, Cuba oleh mengikut cita rasa anda. Masaklah dengan stail anda sendiri yang penting cukup rasa. Setelah masakan jadi, pastinya ia memberi kepuasan tersendiri yang kita rasakan dan tak sabar nak hidangkan buat yang tersayang.
Semat dalam fikiran yang memasak itu mudah, cuma kita yang malas
Sudah banyak resepi atau tutorial memasak di media sosial. Kita hanya pilih nama makanan yang kita inginkan, maka resepi dari pelbagai sumber akan muncul. Tiada lagi alasan untuk mencuba, Memangkan kadang kita terasa malas untuk menyediakan bahan-bahan dan faktor mengemas selepas memasak. Hilangkan dulu fikiran seperti itu.
Memberi kepuasan dengan masakan
Apabila anda mampu menghidangkan makanan buatan sendiri, suami pasti akan tersentuh dengan perhatian anda. Dengan masakan, anda boleh membahagiakan orang lain. Apalagi ketika masakan buatan kita enak dan habis bersih dimakan oleh orang tersayang.
Ads
Teringin makan sesuatu tetapi makanan tersebut sukar didapati
Ketika terlalu ingin makan suatu masakan, tapi tidak ada yang jual inilah masanya ada cuba memasaknya. Jangan biarkan rasa ngidam anda tidak dipenuhi.
Menggantikan peranan ibu kita
Selama ini kita tinggal menikmati makanan yang telah dihidangkan oleh ibu. Sedarlah! Ibu semakin tua, tenaganya tak sekuat dulu. Maka, sekarang masanya anda untuk menghidangkan masakan untuk ibu.
Belajar masak untuk menjadi isteri idaman
Ads
Buat yang belum berkahwin, jadikan memasak sebagai latihan menjadi calon isteri idaman. Majoriti lelaki menjadikan wanita yang pandai masak sebagai salah satu kriteria isteri yang dia cari. Jangan sampai penilaiannya berkurang hanya kerana anda tidak boleh masak.
Nilai tambah di mata mertua
Sama dengan suami, ibu mertua pasti ingin memastikan bahwa anak laki-lakinya benar-benar ada di tangan wanita yang tepat. Salah satunya beliau pasti memilih wanita yang boleh mengenyangkan perut anak lelakinya.
Wujud kasih sayang kepada keluarga
Ads
Suami mungkin memang tidak meminta anda perlu masak dan menyediakan makanan setiap hari. Tapi bahagianya hati suami ketika penat bekerja, dan sampai rumah sudah terhidangkan makanan kesukaan yang dimasak oleh isteri tercinta. Waahh.. pasti masakan yang dimasak jadi pengikat kasih sayang suami isteri.
Menjaga kesihatan makanan keluarga
Makanan di luar banyak yang tidak sihat, menggunakan bahan pengawet , pemanis , pewarna buatan dan kebersihannya tidak terjaga. Adakah mahu berterusan mahu keluarga anda terbiasa makan-makanan seperti itu? Mungkin akibatnya tidak dirasakan sekarang, tapi jangka panjang nanti baru kita rasakan. Lebih baik mencegah daripada mengubati.
Jimatkan wang bulanan
Kalau setiap hari makanan dibeli sungguh tidak menjimatkan jika dibandingkan memasak sendiri. Perempuan perlu bijak mengatur kewangan juga.
Sebenarnya yang terpenting bukan seberapa bijak anda memasak, tapi fikirkan tanggung jawab anda untuk menghidangkan makanan terbaik untuk keluarga.
sumber : https://www.bernas.id
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suami mana yang tahan jika isterinya cerewet. Ada sahaja benda yang tak kena di matanya sehingga suami rimas dan bingit dengan bebelannya. Ingat ye suami, jika isteri anda cerewet dia bukanlah seburuk yang anda sangka.
Jika suami tahu betapa besarnya keuntungan yang bakal anda peroleh jika miliki isteri cerewet, percayalah bahawa anda pastinya akan rindu dengan bebelan isteri apabila anda berdua berjauhan.
Menurut satu kajian, miliki isteri yang cerewet sebenarnya menguntungkan suami kerana sikap isteri sebegini dikaitkan dengan kesihatan suami yang bertambah baik.
Oleh itu, jom kita tengok kebaikan-kebaikan yang bakal suami peroleh apabila mempunyai isteri yang cerewet.
1. Tanda isteri sayang suami
Bebelan isteri sebenarnya menunjukkan bahawa isteri mengungkapkan rasa sayang dan peduli dengan cara yang berbeza pada orang yang dikasihinya. Jika isteri anda diam tentu suami rasa hilang punca kerana bimbang isteri memendamkan sesuatu perkara, sakit sedang bermasalah atau sebagainya. Jadi biarlah isteri cerewet kerana itu tanda bahawa dia begitu memberi sepenuh perhatian kepada suaminya.
2. Buat kesihatan suami tetap terjaga
Satu kajian yang dijalankan oleh WHO satu masa dahulu yang diketuai oleh Dr Hui Liu mengatakan bahawa isteri yang cerewet boleh membuatkan kesihatan suami bertambah baik. Ini kerana isteri cerewet menunjukkan sikapnya yang peduli dan prihatin dengan kesihatan suami. Tentu sahaja isteri inginkan yang terbaik untuk suami dan keluarganya sehinggakan isteri yangt cerewet tidak akan membiarkan suami melakukan sesuatu kesalahan yang berkaitan dengan kesihatannya yang mungkin suami anggap remeh.
3. Bantu suami kawal perbelanjaan
Isteri yang cerewet tentu sahaja membantu suami menguruskan perbelanjaan dengan lebih baik. Sikap cerewetnya itu akan membantu suami untuk berbelanja dengan lebih berhemah, selain memastikan keluarganya membeli barang keperluan yang terpenting sahaja.
4. UBAH TABIAT BURUK SUAMI MENJADI LEBIH BAIK
WALAUPUN BEBELAN ISTERI TIDAK PERNAH HABIS, NAMUN PERCAYALAH BAHAWA SIKAP INI MENUNJUKKAN CARA ISTERI INGIN MEMPERBAIKI SESUATU KEADAAN MENJADI LEBIH BAIK. MALAH ISTERI YANG CEREWET JUGA INGIN AGAR KEHIDUPAN ANDA MENJADI LEBIH TERATUR DAN MENGUBAH KEBIASAAN BURUK YANG SELALU ANDA LAKUKAN. ANDA HARUS INGAT BAHAWA WANITA ADA KELEBIHAN DALAM MENGINGATI SETIAP PERKARA LEBIH-LEBIH LAGI YANG MELIBATKAN ORANG TERSAYANG.
5. Ingin penampilan suami sentiasa segak
Isteri yang cerewet akan sentiasa memastikan penampilan suaminya tampak rapi, segak dan mempesonakan sepanjang masa. Tentu sahaja isteri tidak mahu suaminya tampil dalam keadaan yang tidak siap di khalayak ramai. Oleh itu suami jangan mengeluh jika isteri anda cerewet kerana dia ingin anda kelihatan menarik sekali gus tampil berkeyakinan apabila berdepan dengan orang ramai.
6. Cara isteri mengungkapkan kasih sayangnya dengan cara yang berbeza
Wanita cerewet semestinya banyak cakap dan ini menandakan yang dia tidak pernah kekeringan idea untuk berbicara apatah lagi dengan suaminya. Pastinya hidup anda tidak akan sunyi kerana ada sahaja yang ingin dibicarakannya. Apatah lagi sikap cerewet isteri itu merupakan cara dia menyalurkan ekspresi peduli dan kasih sayangnya terhadap orang di sekeliling, selain ingin bebelan itu didengar oleh suami dan anak-anaknya. Oleh itu, para suami haruslah rasa bersyukur kerana isteri yang cerewet lebih pandai mengekspresikan apa yang dirasainya daripada isteri pendiam yang kadangkala tampak tenang tapi hatinya bergelora. Tentu suami akan rasa bimbang kan jika tiba-tiba isteri anda yang selalunya banyak bercakap tiba-tiba jadi pendiam.
7. Menguruskan keluarga dengan baik tanpa balasan
Jangan disebabkan isteri cerewet anda memarahinya. Ingatlah bahawa isteri telah melahirkan dan menjaga anak-anak, selain menguruskan keluarga dengan baik. Sewajarnya isteri cerewet kerana mungkin isteri kepenatan menguruskan rumah selain lelah menjaga anak-anak yang semakin membesar. Tentu sahaja isteri inginkan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu. Oleh itu, selamilah perasaan dan kepenatan yang dialami oleh isteri.
8. Cara isteri melampiaskan rasa penat
Pastinya isteri rasa kepenatan menguruskan hal-hal rumah ditambah lagi dengan urusan di tempat kerja. Jadi kemungkinan sikap cerewet isteri itu merupakan satu cara isteri melampiaskan rasa penatnya. Seberapa penat pun isteri, pasti dia tidak akan membiarkan suami dan anak-anaknya kelaparan dan berusaha memasak makanan agar mereka kenyang dan gembira, selain dia memberi perhatian pada kesejahteraan orang-orang di sekelilingnya.
9. Memberi pahala untuk suami
Jangan selalu memandang negatif terhadap isteri yang cerewet. Bayangkan jika isteri anda cerewet kerana anda sering mengabaikan solat, tentu sahaja isteri ingin membantu anda beroleh ganjaran pahala sekali gus mendorong anda ke jalan syurga. Bukankah itu sesuatu yang terbaik? Ingatlah tak ada isteri yang bersikap cerewet pada perkara yang boleh mendatangkan keburukan ataupun perkara yang memalukan suaminya.
10. Suami yang isterinya tidak membebel dikatakan mudah menderita diabetes, kenapa?
Kajian yang dilakukan terhadap lelaki yang sudah berkahwin dalam usia 57 hingga 58 tahun menemukan hampir 389 daripada 1.228 lelaki menderita risiko diabetes padahal mereka memiliki kehidupan perkahwinan yang bahagia. Kenapa jadi begitu? Dari hasil kajian tersebut, perkahwinan yang bahagia dengan isteri yang tidak pernah membebel seringkali membuatkan sebuah keluarga lupa bahawa gaya hidup yang mereka jalani selama ini salah sehingga memungkinan peningkatan suami dihidapi diabetes. Ketika seorang isteri cerewet sudah tentu isteri tidak akan membiarkan keluarganya hidup dalam keadaan yang tidak sihat. Ini kerana dia pastinya akan peduli terhadap kehidupan keluarga yang dicintainya.
** Ingatlah wahai isteri! Meskipun kajian mengatakan isteri yang cerewet dan suka membebel membuatkan kesihatan suami anda semakin baik, perlu diingatkan janganlah sampai sikap cerewet anda itu menjadi tabiat dan memperlihatkan ia sebagai satu keburukan. Bimbang jika terlalu kerap boleh menjurus kepada perkara yang boleh membawa huru-hara kepada rumah tangga serta kerenggangan dalam hubungan anda dan suami. Apatah lagi suami juga manusia biasa yang kadang kala perlu dibelai dengan kelembutan. Untuk itu, cerewetlah dalam keadaan yang sewajarnya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelukan merupakan salah satu luahan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan. Ia bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga secara emosi. Jika sebelum ini, suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan, mungkin sebab rasa rimas, panas atau apa juga alasan. Baik mulakan tidur berpelukan ini, mulai hari ini.
Ini kerana satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri. Ia menambah keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri. Bahkan, sangat baik untuk kesihatan!
Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan :
1. Mencegah Stres
Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu.
Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.
2. Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’
Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.
3 .Tidur Lebih Nyenyak
Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur. Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.
4. Baik Untuk Jantung
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.
5. Bangun Penuh Bertenaga
Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda. Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.
6. Panjang Umur
Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai. Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.
7. Tanda Luahan Kasih Sayang
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi bila sudah bersamanya untuk sekian lama…bertahun-tahun lamanya…
Dia adalah orang yang pernah berjanji tak akan pergi walau apa sekalipun yang terjadi…
Dia adalah orang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan…
Dia adalah orang yang selalu dengar cerita-cerita kita saat semua orang tak pedulikan kita…
Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya. Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari…
Tapi sampai bila? Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu pergi…
Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak2 yang telah hilang…
“Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redha. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”
Jika terus hidup bersama kenangan, memang mustahil untuk kita lupakan dia…Move on. Ubah cara hidup kita…Kalau selama ini kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah…
“Allah akan memberikan jalan keluar bagi hamba2Nya yg bertaqwa”
Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walau sejuta janji manis yang dia taburkan, walau segunung harapan yang dia berikan…Tapi Allah tak pernah begitu…Allah sentiasa ada untuk hambanya…
Itu yg kita selalu lupa bila kita syg manusia melebihi Allah…