Setiap pasangan yang berkahwin mahukan keberkatan dalam perkahwinan. Barulah kehidupan sentiasa dilindungi dan barakah dalam rumahtangga yang dibina.
Barakah menjadi kunci kejayaan bagi sebuah rumahtangga hingga semua yang berada di dalam bahteranya menghuni surga. Bahagia bersama. Kekal di dalamnya.
Tiada siapa pun yang mengetahui, apakah perkahwinan anda diberkati atau tidak.
Kunci Utama
Niat. Untuk apa berkahwin? Sudah mantapkah persiapan diri? Bagaimana menentukan calon?
Bagaimana proses dalam perkenalan, pernikahan, hingga proses setelah akad nikah.
Tatkala niat awal telah cacat, kunci utamanya rosak. Akibatnya, berkahwin bukan lagi ibadah. Bahtera perkahwinan tidak berjalan sebagaimana awal disyariatkannya.
Berkahwinlah kerana Allah Ta’ala. Menikahlah dengan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam. Nampak mudah secara teorinya, tetapi cabarannya adalah pada pelaksanaanya.
Jika anda telah pun berkahwin sekarang, dan sebelumnya telah ‘tersalah niat’ di awalnya, jangan putus asa. Bertaubatlah.
Kembalilah ke jalan Allah Ta’ala dengan sebenar-benarnya taubat. Hanya dengan itu keberkahan akan muncul perlahan-lahan kerana iman yang diperbarui.
Proses
Dimanakah anda mencari calon pasangan anda? Apakah anda mencari calon isteri atau suami di tempat hiburan?
Ads
Apakah pertama kali mengenal calon pasangan di pusat beli belah? Apakah bertemu setelah di’matchmaking‘kan oleh pihak ketiga yang dipercayai agamanya?
Apakah pertama jumpa dengannya di masjid dalam program pengajian agama, majlis zikir, atau i’tikaf Ramadhan?
Setelah pertemuan pertama, apa yang anda lakukan? Apakah bergegas mendatangi wali atau ibu bapanya dan untuk mengetahui latarbelakang calon, atau mencuba terus menghampiri calon kerana sudah tak kuat menahan perasaan?
Apakah setelah tertarik dengan calon pada perjumpaan pertama itu, dan anda mendapati diri belum mampu berkahwin, bagaimana kesungguhan anda untuk memperbaiki diri hingga layak berkahwin dengannya?
Apakah anda benar-benar memohon doa kepada Allah agar dipermudahkan urusan pernikahan dengannya atas nama cinta kepada-Nya?
Jangan sampai, sentuhan pertama di saat pertama kali bersalaman selepas akad nikah seperti tiada apa kerana sudah terbiasa berpegangan tangan, berpelukan sebelum pernikahan lagi.
Sentuhan, berpegangan tangan, berkucupan malah yang lebih teruk, melakukan hubungan seks telah pun menjadi kebiasaan. Kejutan dan nikmat syurga yang diawalkan itu sudah pernah dilakukan sebelum akad.
Ads
Jadi bagaimana mungkin adanya barakah dalam pernikahan yang dicemari dengan perkara sebegini? Proses yang dicemari maksiat dan dosa.
Ingatlah, Allah tidak hanya menilai hasil. Dia Maha Adil. Dia menilai proses. Allah melihat kesungguhan.
Setiap usaha kita; sama ada untuk mempercepatkan hubungan halal itu, ataupun mujahadahnya melawan nafsu untuk menjauhi langkah-langkah ke arah zina, pasti diberi balasan sesuai oleh Allah.
Amatlah sukar menggapai barakah, jika prosesnya saja sudah rosak.
Apalagi berlama-lama menjalin hubungan tanpa status yang jelas, berkali-kali jalan berduaan, saling berbalas mesej melalui whatsapp tanpa keperluan yang jelas dan beralasan saat diingatkan agar menjaga hubungan tersebut.
“Biarkanlah kami. Bukannya kami buat apa pun. Allah Maha Mengetahui apa yang kami buat.”
Akad Nikah dan Walimah
Ads
Cuba tanyakan kepada diri sendiri, saat anda menjadi tetamu kepada sebuah walimah perkahwinan seorang sahabat, adakah anda telah mendoakan agar keberkatan melimpahi bahtera perkahwinan sahabat itu?
Sekarang, bayangkan anda pula adalah pengantin pada walimah di hari bahagia tersebut, adakah tetamu anda mendoakan keberkatan buat anda dan pasangan di dalam majlis tersebut.
Bagaimana memastikan jumlah mereka yang mendoakan anda itu bukanlah sekadar beberapa orang daripada ratusan malah ribuan tetamu jemputan?
Padahal, doa barakah itu yang paling utama. Doa-doa itulah yang menjadi salah satu sebab disyariatkannya walimah dan anjuran untuk menghadirinya.
Itu tidak ditambah lagi dengan hiburan yang melalaikan semasa majlis walimah. Bukanlah tidak dibenarkan langsung sedikit hiburan untuk menceriakan majlis, tetapi bagaimana pengerusi majlis walimah ataupun DJ mengawal keadaan agar tidak menyalahi syarak dalam berhibur.
Di sinilah peranan DJ majlis walimah, untuk sentiasa mengingatkan tetamu untuk memperbanyakkan doa untuk pasangan yang baru bernikah.
Kan lebih baik berbanding celoteh yang tidak mempunyai isi yang sia-sia.
Jika sedemikian yang berlaku, dimana letaknya barakah?
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Semoga Allah memberkati pernikahan dan rumahtangga kita.
Sumber:quranicgen.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap lelaki pastinya ada cita rasa yang berbeza-beza terhadap wanita. Selain meminati wanita bertubuh ramping, sebenarnya ramai juga lelaki yang lebih tertarik dengan wanita berisi. Itu yang wanita berisi harus bangga kan!
Katia Loisel Furey, Pakar Hubungan dan Bahasa Tubuh Manusia menemukan dalam kajian yang dilakukannya bahawa 63% responden lelaki secara terbuka mengakui yang mereka lebih suka bercinta dengan wanita berisi berbanding kurus.
Jadi jangan bimbang jika anda tergolong dalam kategori wanita berisi. Alasan kenapa lelaki tertarik dengan wanita berisi ini pasti membuatkan anda tersenyum bangga dengan tubuh yang anda miliki.
1. Tampak lebih menarik
Kajian yang dijalankan terhadap lelaki berusia 20 hingga 50 tahun mengatakan 8 hingga 10 lelaki lebih suka memilih wanita bertubuh berisi kerana golongan ini dikatakan lebih menarik.
2. Sedap untuk dipeluk
Wanita yang memiliki tubuh berisi atau sedikit montok membuatkan lelaki rasa lebih selesa untuk memeluknya berbanding wanita yang kurus.
3. Miliki aset kegemaran lelaki
Wanita berisi sememangnya beruntung kerana aset yang anda miliki iaitu punggung dan dada yang besar merupakan bahagian yang menjadi perhatian lelaki. Malah dalam satu penelitian menemukan bahawa ramai lelaki bersetuju wanita berisi akan lebih mengghairahkan dan menyenangkan saat melakukan hubungan intim.
4. Lebih sihat dan subur
Wanita berisi pastinya mempunyai pinggul yang besar. Aset tersebut menunjukkan wanita sebegini lebih subur, mempunyai fungsi reproduksi dan hubungan intim yang sihat
5. Ada keyakinan diri
Sikap positif yang dimiliki oleh wanita bertubuh besar secara tidak langsung membantu mereka untuk membina keyakinan diri yang tinggi. Cara wanita berisi berkomunikasi, bergelak ketawa, mengeluarkan tutur kata dan berhubung mata dengan orang ramai membuatkan lelaki mudah tertarik dengan mereka.
6. Pakaian cantik terletak di tubuh
Wanita berisi akan kelihatan cantik apabila berpakaian kerana tubuhnya terletak indah dengan pakaian yang disarungkan. Malah cara anda berpakaian juga dikatakan boleh menggiurkan lelaki.
7. Peneman ketika makan
Dalam soal makan, pasti wanita bertubuh ramping sangat cerewet kerana mereka begitu menjaga penampilan diri dan diet sehingga membuatkan pasangan tertekan. Ini tidak bagi wanita berisi kerana pasangan anda tentu sahaja rasa senang untuk mengajak anda makan ke mana sahaja tanpa sebarang rungutan ataupun pantang larang.
8. Lebih peramah dan ceria
Satu kajian yang dijalankan oleh littlewoods.com membuktikan bahawa wanita berisi kelihatan lebih peramah dan ceria. Kajian itu menemukan 74% daripada 2,000 responden wanita berisi mengakui bahawa mereka cukup bahagia dengan berat badan yang mereka miliki.
# Sebagai wanita berisi penting untuk anda jaga kesihatan tubuh badan dengan pola pemakanan yang seimbang dan senaman yang konsisten agar anda terhindar daripada sebarang penyakit yang boleh memudaratkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jadikan sebagai rutin malam kulit cantik, sesuai buat anda yang bakal jadi raja sehari dan terus boleh amalkan setiap malam bagi kekalkan istilah natural beauty.
Rutin Malam Kulit Cantik
Biasanya wanita yang tak suka mekap akan suka dengan rutin cantik ini sebab wajah akan nampak berseri dan tak kusam. Begitulah petua yang diamalkan oleh Sharifah Nurul Azir ini, jom buat juga!
Cuma perlukan bahan ini:
Facial mask
Hatomugi toner
Cara Buat:
Tuangkan dalam sedikit bekas dan letak facial mask dan biarkan sampai kembang. Nanti boleh terus letak di muka.
Okay, anda boleh amalkan dalam 2 – 3 kali seminggu buat rutin malam ini dan selain pakai sheet mask, anda boleh guna pakai compress mask yang di jual di eco. Ini jimat!
Sambil tengok TV pun boleh pakai, layan je tenang-tenang manjakan kulit wajah.
Toner ini viral dan sangat bagus untuk kulit jadi lembap dan segar. Kalau anda jenis tak suka pakai mekap tebal, boleh amalkan rutin malam kulit cantik ini, pasti puas hati dengan hasilnya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menggunakan satu jenis bunga sahaja iaitu ‘baby breath’ tetap menampakkan hantaran mewah dan eksklusif. Penggunaan bekas berwarna perak menimbulkan kesan keabadian cinta yang tersendiri.
Info:
‘Baby breath’ sering ditanam sebagai tanaman hias dan tumbuh baik sebagai tanaman pekarangan. Ia juga berharga sebagai bunga yang dapat menyerikan jambangan bunga besar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!