Hubungan

Bahagia Di ‘Medsos’ Ibarat Lukisan, Susah Payah Hanya Pasangan Tahu

Share

Zaman sekarang ramai nampak bahagia di ‘medsos’, tayang suami romantik dan bagi ayat bukan main manis orang luar baca. Agak-agak itu realiti atau hanya untuk sedapkan mata membaca dan melihat?

Begitulah hakikat berumah tangga, tak semua akan manis. Pasti terselit yang pahit sebagai ujian untuk sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Terbaru tular kisah rumah tangga pempengaruh yang baru sahaja bernikah dua saat isterinya mengandung anak ketiga. Allah, berat sungguh ujiannya.

Untuk baiki mana yang patut, jemput baca perkongsian Puan Marlia Ramli, inshaa Allah sama-sama kita renungkan seminit dua.

Bahagia Di ‘Medsos’ Ibarat Lukisan

Kisah isteri di ‘duatiga’ ketika suami di puncak bukanlah kes terpencil. Cuma bila berlaku di kalangan pempengaruh ianya jauh lebih cepat viral. Influencer bila kaya dan hidung mancung sikit semakin mudah diuji.

Jika suami isteri punya perniagaan bersama, perlukan black and white mengenai pemilikan harta. Libatkan lawyer supaya semua dokumen menjadi official. Biar susah awal, mudah kemudian. Biar cerewet sekarang, jangan rumit di masa depan.

Bab Gaji, Kena Pandai Agih

Akak juga bekerja dengan suami tapi akak tak guna pakai konsep partnership. Akak guna system makan gaji. Suami akan bayar gaji berdasarkan jumlah sales bulan tersebut. Rugi majikan tanggung, untung dapatlah gaji akak lebih. Seolah-olah suami adalah majikan dalam perniagaan.

Wang gaji hasil perniagaan suami akak tak sentuh. Hatta beli sehelai tudung. Wang gaji suami bagi akak asingkan sebagai modal menambah hartanah dan emas. Biar nampak tak bergaya, janji berkepuk harta.

Dalam soal pemilikan harta kekayaan, adalah baik jika dibahagikan antara suami isteri siap-siap seawal permulaan perniagaan. After all, kita semua bakal duda dan bakal janda. Ini fakta, wanita jangan selesa.

Suami isteri elak terlalu beremosi bab wang ringgit. Buat keputusan berdasarkan nombor. Hanya nombor. Bila soal perniagaan, pandanglah pasangan sebagai rakan sekerja.

Ujian Rumah Tangga

Wanita diuji ketika suami dalam kesusahan. Suami diuji ketika diri dalam kesenangan. Ingat camni je… Dalam dunia, pasangan cuma pinjaman. Tuhan tak ambik, Ungka ambik.

Di zaman beras berharga emas, memang ada pesen “pompuan tak malu” yang kejar suami orang. Janji hidup senang. Dasar ungka betina!

Cara nak pastikan harta kita tidak diketahui oleh pasangan? Menabung di akaun emas GAP, keluarkan emas fizikal dan simpan di tempat “TUHAN SAJA YANG TAHU”.

Di mesdos, bahagia mungkin ibarat lukisan yang dipamerkan semata-mata. Hakikat sebenar? TUHAN SAJA YANG TAHU. Sebab itulah dalam agama suami dan isteri adalah pakaian. Saling melindungi aib dan saling menjaga.

 

Published by
Nadia