Bahagia Itu Pada Agama & Solatnya Bukan Cantiknya Pasangan Kita

Share

Nak mencari pasangan hidup yang boleh beri bahagia selepas berkahwin bukanlah kerja mudah. Bukan hanya luahan cinta semata-mata, sebenarnya banyak perkara yang perlu kita telitikan.

Selain miliki akhlak yang mulia, perhatikan juga agamanya dan bagaimana dia menjaga hubungannya dengan Allah. Itu perkongsian menarik Muhammad Shafri buat wanita yang ingin mencari pasangan hidup.

Kalau kamu wahai perempuan ada mengenali seorang lelaki dan selama berkenalan dengannya kamu tahu dia menjaga solat lima waktu tak pernah tinggal. Hormat mak ayah, akhlaknya baik serta peribadinya mulia.

Apabila marah dia tidak menghina kamu jauh sekali menaikkan tangan ke tubuh kamu. Bahkan dia sangat menghormati dan memuliakan kamu. Andai lelaki yang kamu kenal ketika ini seperti yang saya nyatakan, kamu pilihlah dia menjadi suami kamu.

Kalau kamu nak tengok bagaimana kehidupan kita dengannya selepas dah nikah nanti. Lihatlah sejauh mana dia menjaga hubungannya dengan Allah ketika ini. Kalau selama kenal dengannya dia menjaga hubungannya dengan Allah. Insya-Allah dia juga akan jaga kamu dengan baik.

MEMILIH PASANGAN HIDUP INI JUGA MENENTUKAN SOAL BAHAGIA KITA DAN BAHAGIA ITU ADA PADA AGAMA. DAN MEMILIH PASANGAN HIDUP INI JUGA TENTANG KEHIDUPAN AKHIRAT KITA SELEPAS DAH MATI NANTI.

Tapi kalau selama kenal dengannya dia tak meletakkan Allah nombor satu, tak menjaga solatnya, tak menjaga hubungannya dengan Allah. Jangan jadikan dia teman hidup kamu. Sebab apa? Kalau Allah dia boleh lupakan tak mustahil bila lepas dah nikah nanti dia juga boleh tinggalkan kamu.

Kerana nikah itu bukan magic yang boleh mengubah seseorang seratus peratus menjadi soleh solehah lepas dah nikah nanti. Tapi andai kamu nyakin yang dia akan berubah atau kamu mampu untuk mengubah dia. Silakan kamu menikah dengannya. Semoga Allah permudahkan urusan kamu dan dia.

Satu lagi,

SOAL LELAKI INI ANDAI SEBELUM NIKAH DIA TAK AJAK KAMU BERZINA, TAK SENTUH KAMU. I MEANT TAK BUAT ‘RINGAN-RINGAN’ DENGAN KAMU. SESUNGGUHNYA KAMU TAK SALAH MEMILIH DIA MENJADI BAKAL IMAM KAMU. MENJADI ‘KETUA KELUARGA’ UNTUK ANAK-ANAK KAMU.

Tapi kalau sebelum nikah lagi dia dah buat bukan-bukan dekat kamu, renungkan kembali hubungan kamu dengannya. Kerana dia bakal imam kamu. Janganlah memilih pasangan hidup semudah membeli kangkung di pasar pagi. If you know what I meant.

Published by
Bella