rasa bahagia

Ada sesetengah orang, bila bahagia dan gembira sangat, dia akan tayang pada orang luar. Bukan tak tahu adab tapi niatnya nak berkongsi pada orang luar.

Bila situasi ini ditegur, dikatanya penyakit hati. Dengki. Hah, sudah! Sebenarnya keadaan ini perlu diselematkan. Tak semua orang cemburu tetapi lebih kepada nak nasihat agar tak terlalu tinggi ‘melompat’ disebabkan bahagia. Risau kalau ujian singgah, kalian terduduk tak bangun-bangun.

Nah, untuk lebih jauh memahami perkara privasi dalam rumah tangga, jemput baca perkongsian Puan Siti Suryani Yaakop. Moga pasangan suami isteri boleh berjaga-jaga dan tidak keterlaluan berkongsi pada umum.

Simpanlah Sedikit Rasa Bahagia

Bahagia Macam Mana Pun, Simpanlah Sedikit Buat Privasi Suami Isteri

Ads

Walaupun kita suami isteri. Dah halal ikut syarie. Baru kahwin saja kejap tadi. Atau dah lama kahwin dari dulu lagi. Dah ada anak atau belum ada rezeki.

Walaupun kita sangat bahagia dengan suami kita. Tak pernah gaduh masam muka. Setiap hari ucap I Love You walau tengah duk saja. Dia dukung kita masuk bilik dari kurus sampai dah saiz dua kali ganda. Kita pulak mandikan laki kita tak pernah terlepas lagi walau sehari cuma.

Beringat Sebelum Diuji

Bahagia Macam Mana Pun, Simpanlah Sedikit Buat Privasi Suami Isteri

Ads

Tapi tetaplah ingat tuan puan…

Islam ini agama yang penuh dengan adab dan tatasusila. Dalam rumah suka hati kalian lah nak buat apa. Nak bercium bergomol bergusti ke lantak pi lah. Kalau depan khalayak beringatlah sikit supaya kita tidak lupa. Terlebih sangat nanti mai penyakit ain hidup kalian boleh rosak binasa.

Ads

Mesra suami isteri ni memang bagus dan dianjurkan agama. Tapi bukan untuk tunjuk kalian jadi tatapan mata semua. Ketahuilah bahawa itu adalah aib dan rahsia rumahtangga.

Jangan duk ikut sangatlah kaedah influencer ke artis ke manusia mana, siapa kat luar sana. Bercium bagai tinggal cuma tinggal lagi tak sampai bersenggama.

Beringat lah sebelum bahagia itu diuji, simpan sedikit rasa indah itu di dalam rumah. Jangan bawa keluar semua tayang pada semua orang.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI