Mungkin anda pernah berhadapan dengan keadaan bibir hitam dan lebam umpama orang yang menghisap rokok dan ditegur sehingga anda rasa malu dengan keadaan sebegitu. Walaupun pelbagai cara yang cepat boleh anda gunakan untuk membuatkan bibir kembali merah namun adakah ia selamat?

Jangan gusar kerana ada kaedah mudah dan berkesan menggunakan bahan semula jadi ini. Bahkan dalam masa seminggu sahaja, anda boleh nampak hasilnya. Jom cuba!

LIMAU NIPIS

Selain menjadi bahan semula jadi untuk rawatan kulit dan jerawat, air limau nipis juga berkesan untuk memerahkan bibir. Caranya ialah dengan menyiapkan air limau nipis sebanyak 3/2 sudu makan, lalu campurkan dengan sedikit air panas. Kemudian oleskan pada bibir secara menyeluruh. Biarkan sehingga 15 minit. Setelah itu, bilas dengan air suam. Lakukan cara ini satu hingga tiga kali sehari.

UBAT GIGI

Ramai yang tahu ubat gigi selain boleh membuatkan gigi lebih sihat dan lebih putih, ia juga boleh dimanfaatkan sebagai pemerah bibir. Cukup mudah dan murah hanya menggunakan ubat gigi. Sapu ubat gigi secara tipis di bibir ketika anda mahu tidur dan cuci pada keesokan harinya. Nah! Lakukan secara teratur setiap malam selama tiga malam sahaja. Lihat hasilnya!

IKLAN

MENTEGA

Kandungan gizi dalam mentega berkhasiat untuk menjadikan bibir kemerahan, mengatasi bibir pecah dan kekeringan. Bahkan cara untuk menggunakannya juga bukanlah sukar. Anda hanya perlu mengoles mentega pada bibir dan lihat hasilnya.

MADU

Manfaat madu untuk kecantikan juga telah lama diketahui sejak dahulu kala. Cairan kental kecoklatan yang dihasilkan dari lebah ini ternyata memberi manfaat yang luar biasa untuk kecantikan wanita termasuk untuk bibir. Anda perlu mengoleskan madu pada bibir sebelum tidur dan pada pagi hari sebelum anda sarapan agar madu dapat meresap secara sempurna pada bibir terlebih dahulu. Dengan menggunakan madun anda dapat mengatasi bibir kekeringan, pecah-pecah, memerahkan bibir secara semula jadi, menghilangkan bibir hitam dan melembapkan bibir.

IKLAN

BUAH & SAYUR-SAYURAN

Untuk mempertahankan bibir agar kelihatan lebih semula jadi sangat elok untuk anda amalkan pola hidup yang sihat dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebagai amalan harian. Ambil sayuran dan buah dalam jumlah yang tepat, maka dalam waktu singkat bibir anda akan kelihatan lebih sihat.

IKLAN

AIR BUNGA MAWAR

Pasti anda sudah tahu tentang manfaat bunga mawar, bukan? Anda dapat memanfaatkan rendaman air bunga mawar untuk memerahkan bibir. Caranya ialah dengan mengusap rendaman air bunga mawar tadi selama 15-20 minit pada bibir. Elakkan membilasnya dengan air panas. Lakukan cara ini setiap malam.

MINUM AIR YANG SECUKUPNYA

Dengan minum air dalam jumlah yang tepat ternyata ia tidak diragukan lagi untuk manfaat pada kulit. Tapi ini tidak hanya berlaku untuk kulit tubuh sahaja tetapi juga berlaku untuk kulit bibir anda. Minum air dalam jumlah yang tepat dapat menjaga kulit bibir agar kekal lembap sehingga bibir tidak kering dan nampak lebih sihat. Tentu sahaja cara ini cukup mudah dan dapat membuatkan anda lebih percaya diri.

Itulah antara beberapa cara semula jadi yang dapat membantu memerahkan bibir. Lakukan dengan konsisten untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan agar anda tidak perlu lagi menggunakan lipstik bibir yang mahal untuk mendapatkan bibir merah dan cantik.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI