Biasalah wanita, anginnya tidak menentu. sekarang boleh bergelak ketawa, lepas lima minit dia akan rasa nak marah atau sedih. Bukan disengajakan tetapi kadang-kadang perkara kecil pun boleh ‘kacau’ mood.
Sampai di rumah, harapan isteri adalah untuk dipujuk perasaan itu oleh suami. Hakikatnya, suami kadang-kadang tak perasan atau anggap perkara itu biasa. “Kejap lagi oklah tu”. Fikiran macam ni yang membuatkan isteri makan hati.
8 Tanda Suami Mengabaikan Perasaan Isteri Hingga Isteri Tidak Bahagia
1.Sering Marah
Tiada isteri yang ingin marah tanpa sebab. Percayalah, pasti ada sebab kenapa isteri anda itu selalu mrah-marah! Antara sebabnya adalah seperti diulas di sini. Jadi suami, pekalah dengan perasaan istri.
2. Tidak mahu bersembang
Ini merupakan fakta penting yang anda sebagai suami perlu tahu mengenai wanita yang mana mereka sangat suka bersembang. Jadi sekiranya istri anda memilih untuk tidak bersembang dengan anda, pasti ada sesuatu yang difikirkannya. Mungkin juga mereka tawar hati dan mengambil keputusan untuk mediamkan diri mereka.
3. Tidak Ambil Peduli Lagi
Anda sepatutnya perasan sekiranya istri anda tidak lagi mengambil penduli mengenai diri anda! Dalam masa yang sama nak bertentangan mata sesama sendiri pun agak sukar, itu satu tanda istri tidak bahagia.
4. Selalu Penat
Disini terdapat satu kajian yang dilakukan UCLA mendapati, isteri yang tidak bahagia adalah individu yang memiliki kadar kortisol yang lebih tinggi, ini membuatkan mereka lebih cepat penat.
5. Menjauhkan Diri Dari Anda
Isteri akan bertindak tidak mempedulikan hobi atau rutin anda. Malah, dia juga mungkin akan keluar rumah atau duduk dalam bilik asing, seolah-olah ingin menjauhkan diri dari anda.Ketahuilah, walaupun nampak lembut, tapi hati seorang isteri yang sudah tawar lebih keras daripada itu!
6. Simpan Rahsia Seorang- seorang
Saat isteri mula menyimpan rahsia dari anda, cepat-cepatlah ajaknya berbincang. Ambil tahu tentang masalahnya. Ia kerana, menyimpan rahsia adalah tanda paling jelas isteri tidak percayakan anda, malah tidak bahagia dengan perkahwinan ini!
7. Mula Fikir Tentang Dirinya Sendiri
Seorang isteri yang tidak bahagia dalam perkahwinannya akan jadi egois, sama ada dengan waktu, duit, atau emosinya. Jadi, jika dia sudah mula memikirkan tentang dirinya sahaja, mungkin dia mahu “angkat kaki” dari perkahwinan ini. Jika anda tidak mahu kehilangannya, ambil langkah segera!
8. Buat Sesuatu Yang Lain
Mengubah penampilan merupakan salah satu langkah move on yang digemari wanita. Ini memberikan mereka semangat yang mereka harus meneruskan hidup ini, walaupun tidak bahagia.
Jadi jaga-jaga, suami yang mengabaikan perasaan istrinya akan rugi kerana anda bakal kehilangan wanita istimewa itu kelak. Jangan biarkan keegoan anda meranapkan rumah tangga sendiri.
Semoga perkongsian ini berguna!
Kredit : Dari isteri kepada suami tercinta
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI