Makanan pedas sememangnya digemari ramai terutamanya masyarakat Asia. Tetapi awas pengambilan yang berlebihan berisiko membuatkan anda menjadi pelupa, menurut jurnal Nutrients.
Satu kajian melibatkan lebih 4,500 responden mendapati mereka yang memakan sebanyak 50 gram cili sehari, mengadu berdepan masalah ingatan atau demensia. Pengambilan cili yang berlebihan (sepanjang lebih 15 tahun) juga dikaitkan dengan penurunan daya ingatan sebanyak 56 peratus.
Penurunan daya ingatan ini lebih signifikan kepada penggemar cili yang bertubuh kurus.
“Dalam kajian sebelumnya, kami dapati pengambilan cili bermanfaat untuk penurunan berat badan dan tekanan darah.
“Tetapi kali ini, kami menemukan kesan buruk terhadap perkembangan kognitif dalam kalangan orang dewasa yang lebih berusia,” kata Dr Zumin Shi.
Namun beliau berkata, ia hanyalah kajian awal dan penggemar cili tidak perlu bimbang atau berhenti daripada mengambil makanan pedas.
Sementara Dr Clare Walton, pengurus penyelidikan Alzheimer’s Society berkata, kajian tersebut tidak memberikan bukti konklusif bahawa pengambilan makanan pedas mampu meningkatkan risiko demensia.
“Kajian ini hanya melihat hasil ujian memori dan matematik. Penyelidikan lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan hubung kait antara cili dan demensia.
“Tetapi buat masa sekarang penggemar makanan pedas tak perlu bimbang, makanlah seberapa banyak cili yang anda mahu,” katanya.
Sumber : sinar harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Awas! Ini 7 Tanda Utama Kekasih Anda Ada Orang Ketiga, No. 5 Tu Memang Bahaya
Pasangan yang tidak setia boleh mengundang pelbagai masalah dan mengakibatkan hubungan berentakan hingga tidak menemukan jalan penyelesaian. Masalah orang ketiga sering dikaitkan dengan masalah utama dalam perhubungan cinta sama ada yang sedang menjalin hubungan cinta mahupun yang sudah mendirikan rumah tangga.
Namun, adakah anda sedar tanda-tanda kekasih atau pasangan mula curang dengan anda dan mempunyai orang ketiga dalam hidupnya? Mungkin sukar untuk anda menghidu perbuatan pasangan anda kerana sikapnya yang bijak dalam menyembunyikan perkara tersebut.
Oleh itu, Pesona Pengantin kongsikan 10 tanda utama pasangan anda ada pengganti atau orang ketiga dalam hidupnya.
1. PERUBAHAN TINGKAH LAKU ATAU MINAT
Si dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda seperti dahulu. Bualan di telefon juga dia lebih banyak berdiam diri. Semasa keluar bersama, si dia kurang peka dengan apa yang anda bualkan dan selalu dengan memeriksa telefon bimbitnya. Atau si dia menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan dengan hobi beliau atau pun anda sendiri misalnya tiba-tiba si dia suka menonton bola, atau minat muzik rock metal. Boleh jadi ada insan lain yang mempengaruhi dia.
2. CEPAT MARAH
Ada sahaja yang tidak kena dibuatnya. Bahkan sudah mula berani melontarkan kemarahan di hadapan khalayak ramai. Tidak seperti pada awal perkenalan, segalanya sudah mula dingin dan mudah emosi dengan sesuatu perkara. Bila ditanya, dimarahi pula.
Setibanya peringkat sebegini, boleh dikatakan peratusannya tinggi yang si dia mempunyai kekasih lain di luar sana. Cara terbaik untuk menyelesaikannya adalah duduk dan berikan penjelasan akan status hubungan kalian agar segalanya boleh diselesaikan dengan cara matang dan dengan baik.
3. GELISAH TAK TENTU FASAL
Si dia asyik memandang jam tangan seolah-olah ada perkara yang lebih penting. Terlalu kerap sehingga anda terganggu dengan gelagatnya yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Ataupun apabila telefon bimbitnya berdering, segera dia berlari anak ke tandas untuk menjawabnya. Agak jelas bukan?
4. MULA TIDAK AMBIL PEDULI
Jika sebelum ini si dia sering membawa anda keluar menjamu selera, membawa anda ke klinik ketika jatuh sakit dan banyak lagi. Namun kini segalanya tiada lagi. Tatkala di tanya sering sahaja jawapannya adalah sibuk bekerja. Mungkin ya, mungkin juga ada sesuatu yang si dia cuba sembunyikan. Cuba selidik dan sebaiknya perhatikan perlakuan serta gerak-gerinya agar tidak mengundang kekecewaan di kemudian hari yang hanya diketahui akan kebenaran curang itu melalui buah mulut orang.
5. BERPURA-PURA
Bagi menutup kesalahan yang dilakukan, majoriti mereka yang curang terhadap pasangan licik dalam memainkan watak setia ketika bersama. Kemungkinan ramai ada yang ingin menutup syak yang mula dihidu dengan memberikan hadiah atau kejutan kepada pasangan mereka. Namun, jangan mudah berburuk sangka kerana takut boleh merosakkan hubungan kalian. Jadi, selidik dengan teliti terlebih dahulu.
6. TERSASUL SEBUT NAMA PANGGILAN LAIN
Selama ini, anda dan sang kekasih membahasakan diri ‘papa-mama’. Tapi kali ini si dia kerap kali tersasul memanggil anda dengan panggilan ‘baby‘ atau ‘sayang’. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil seseorang dengan nama itu hingga nama panggilan istimewa anda pun boleh tertukar.
7. MENGELAK JIKA DIAJAK BERBINCANG
Tatkala diajak duduk untuk berbincang perihal hubungan kalian yang kian menegang, si dia asyik memberi pelbagai alasan untuk mengelak. Selalu sahaja menukar topik yang cuba anda tujukan. Mungkin si dia sudah mula bosan dengan perhubungan kalian, mempunyai teman lain atau mungkin juga si dia mempunyai masalah lain di pejabat. Selidik dan perhatikan gerak gerinya jika si dia tidak mahu bawa berbincang kerana mungkin ada sesuatu yang si dia cuba sembunyikan.
8. MEMBESARKAN MASALAH KECIL
Si dia sering merungut akan masalah yang remeh-temeh seperti memakai baju yang bukan warna kegemarannya atau lain-lain perkara biasa yang kadangkala sampai tidak masuk akal.
9. TIDAK MENGHARGAI PEMBERIAN ANDA
Hadiah anda ketika hangat bercinta yang dahulu menjadi harta paling berharga kini hanya disedekahkan saja kepada adik dan kawan si dia ataupun dibuang. Anda juga perasan yang couple ring pun sudah jarang tersemat di jari manisnya.
10. TIDAK MENGHUBUNGI ANDA
Waktu hangat bercinta dahulu, si dialah yang sering menelefon anda. Resah dan tak senang duduk katanya jika seharian tidak mendengar suara anda. Tapi kini, nak mendapat SMS darinya pun susah, apatah lagi menelefon. Malahan anda pula yang terpaksa menelefonnya dahulu, itupun nasib baik jika si dia sudi menjawab panggilan tersebut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bakal Pengantin Jangan Anggap Bulan Puasa Badan Tak Boleh Naik, Silap-Silap Boleh Kena Diabetes
Pre-diabetes & diabetes telah mempengaruhi setengah masyarakat di Malaysia yang tinggal di bandar. Jika anda salah seorang daripada mereka yang ada diabetes atau pun pre-diabetes, teruskan membaca.
1. Pre-Diabetes Banyak Nama
Anda mungkin pernah mendengar doctor anda cakap pre-diabetes sebagai hyperglycemia ( terlebih glukos dalam darah ) ataupun insulin resistance syndrome ( badan tidak memberi respon kepada insulin yang terhasil). Jadi, jika doctor cakap anda pre-diabetes, bermaksud tahap gula dalam darah anda lebih tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk mencategorikan sebagai diabetes type 2. Jika tidak dirawat, prediabetic boleh bertukar kepada type 2 diabetes dalam masa lebih kurang 10 tahun.
2. Diagnose Diabetes?
Ada dua cara doktor anda akan mengesan dan diagnose diabetes. Pertama, puasa. Doktor akan check kadar gula dalam darah selepas berpuasa 12 jam tanpa makan dan hanya dibenarkan minum air kosong. Jika result ujian anda dalam lingkungan 100-125mg/dL, bermaksud anda Pre-diabetic. Jika lebih daripada 125mg/dL, anda ada diabetes.
Cara kedua adalah dengan mengukur hemoglobin A-1 C levels, yang akan memberikan purata kadar gula dalam darah untuk 90 hari yang lepas.Jika A-1 C level anda adalah diantara 5.7 ke 6.4 anda pre-diabetes dan mengubah cara dan gaya hidup adalah diperlukan untuk reverse diagnosis ini.Jika A-1 C level anda 6.5 keatas, anda mempunyai diabetes. Dapatkan rawatan segera.
3. Kuncinya adalah…….. Weightloss
Weight-loss adalah cara termudah untuk memperlahankan progress of pre-diabetes kepada diabetes. Target pesakit diabetes adalah untuk maintain BMI kurang daripada 25. Tapi kalau dapat weightloss slow-slow pun akan membantu. Mengikut satu kajian, pesakit yang mempunyai prediabetes dan telah kurangkan 5%-7% berat badan mereka telah mengurangkan risiko diabetes sehingga 58%!!!! Amazing kan???
4. Kunci Weightloss, Diet Betul-Betul
Gaya hidup dan diet yang sihat pula membantu weightloss dan mengawal kadar gula dalam darah. Kurangkan makan simple carbs, bermaksud, jangan makan apa-apa yang ada tepung, nasi, kentang, gula putih, madu, dan beberapa jenis buah yang tinggi dengan gula seperti anggur, pisang, mangga, epal, nenas, pear, kiwi fruit dan banyak lagi. Jangan makan makanan yang bergoreng, processed meat, dan lemak daging. Cakap senanglaa kan?
5. Exercise, Jangan Malas!
Exercise membantu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah. 30 min sehari exercise cardiovascular selama 5 hari seminggu mencukupi. Jangan risau jika anda bukan kaki gym, exercise seperti berjalan dan membuatkan jantung anda berdegup laju pun dah cukup. Muscle anda memerlukan glukos yg merupak gula dalam darah anda. Jika anda exercise berterusan, ia dapat merendahkan kadar gula dalam darah anda. Ia juga membuatkan insulin dalam badan anda berfungsi dengan lebih bagus. Jadi banyakkan bergerak dan jangan dok melepak sahaja!!!!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Demi Meringankan Kos Sara Hidup, Pencarum KWSP Dibenar Keluar RM500 Sebulan
Kira-kira jam 1 petang tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan satu sidang media khas di Bangunan Perdana Putra berkaitan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara Malaysia.
Demi meringankan beban kos sara hidup akibat impak wabak Covid-19, para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 55 tahun dan ke bawah dibenarkan untuk mengeluarkan wang simpanan mereka menerusi akaun 2 dengan jumlah maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan bermula 1 April 2020.
Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada 12 juta pencarum KWSP, dengan anggaran pengeluaran RM40 billion.
Tambah Perdana Menteri, dengan inisiatif itu, ditambah dengan kadar caruman yang telah dikurangkan sebanyak empat peratus bermula April 2020, ia akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang poket untuk membeli barang-barang keperluan harian.
“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga.
“Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing,” katanya lagi.
Semoga inisiatif yang diberi oleh kerajaan ini dapat membantu golongan yang memerlukan.
Sumber: Astro Awani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI