Makanan pedas sememangnya digemari ramai terutamanya masyarakat Asia. Tetapi awas pengambilan yang berlebihan berisiko membuatkan anda menjadi pelupa, menurut jurnal Nutrients.
Satu kajian melibatkan lebih 4,500 responden mendapati mereka yang memakan sebanyak 50 gram cili sehari, mengadu berdepan masalah ingatan atau demensia. Pengambilan cili yang berlebihan (sepanjang lebih 15 tahun) juga dikaitkan dengan penurunan daya ingatan sebanyak 56 peratus.
Penurunan daya ingatan ini lebih signifikan kepada penggemar cili yang bertubuh kurus.
“Dalam kajian sebelumnya, kami dapati pengambilan cili bermanfaat untuk penurunan berat badan dan tekanan darah.
“Tetapi kali ini, kami menemukan kesan buruk terhadap perkembangan kognitif dalam kalangan orang dewasa yang lebih berusia,” kata Dr Zumin Shi.
Namun beliau berkata, ia hanyalah kajian awal dan penggemar cili tidak perlu bimbang atau berhenti daripada mengambil makanan pedas.
Sementara Dr Clare Walton, pengurus penyelidikan Alzheimer’s Society berkata, kajian tersebut tidak memberikan bukti konklusif bahawa pengambilan makanan pedas mampu meningkatkan risiko demensia.
“Kajian ini hanya melihat hasil ujian memori dan matematik. Penyelidikan lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan hubung kait antara cili dan demensia.
“Tetapi buat masa sekarang penggemar makanan pedas tak perlu bimbang, makanlah seberapa banyak cili yang anda mahu,” katanya.
Sumber : sinar harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bakal Pengantin Kalau Ada Buasir, Boleh Amalkan Cuka Epal Dan Minyak Kelapa Sebagai Remedi
Buasir merupakan antara penyakit yang seringkali terjadi di kalangan kita namun jarang dibincangkan secara terbuka mungkin kerana malu. Malah, ramai yang memilih untuk menahan sakit hanya kerana tidak mahu ada sesiapa yang tahu mengenainya. Buasir atau dalam bahasa Inggeris dipanggil ‘haemorrhoids’ adalah berpunca daripada pembengkakan saluran darah vena di bawah rektum dan dubur. Antara yang berisiko untuk menghadapi masalah ini adalah mereka yang mengandung, golongan yang memiliki berat badan yang berlebihan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat dengan cara yang salah. Bagi wanita yang mengandung risiko untuk menghadapi masalah buasir adalah tinggi.
PENYEBAB BUASIR
Memetik dari portal The Asian Parent, antara faktor penyebab buasir dikalangan ibu mengandung adalah: Perubahan hormon yang menyebabkan gangguan pada sistem pencernaan badan. Jadi, ibu mengandung akan cenderung untuk mengalami sembelit. Ketika sembelit terjadi, pesakit akan meneran dengan kuat semasa membuang air besar dan menyebabkan tekanan yang berlebihan pada bahagian dubur. Semasa kehamilan, rahim kita akan semakin besar dan jumlah darah juga akan bertambah. Inilah yang menyebabkan lebih banyak tekanan pada kawasan dubur dan menyebabkan salur darah vena membengkak dan menjadi radang. Vitamin-vitamin yang diambil semasa pranatal mengandungi zat besi sintetik yang menyumbang kepada sembelit. Proses meneran untuk menolak bayi keluar menyebabkan tekanan yang tinggi pada rektum dan dubur yang mengakibatkan buasir berlaku.
JENIS-JENIS BUASIR
Buasir boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu: Buasir dalaman – bengkak di lapisan dalam dubur dan tidak sakit. Pesakit mungkin akan mengadu kesakitan jika ia bengkak, berdarah dan terkeluar (prolapse).; Buasir luaran – bengkak di luar dubur. Pesakit akan mengadu sakit, mengalami pendarahan, rasa gatal-gatal atau bengkak semasa membuang air besar.
PETUA SEMULAJADI RAWAT BUASIR
Selain mengamalkan pengambilan makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, terdapat beberapa cara semulajadi yang boleh diamalkan untuk merawat buasir ini.
- Rendam bahagian punggung ke dalam campuran setengah cawan cuka epal mentah dengan air.
- Sapukan minyak kelapa pada kawasan yang mengalami radang. Minyak kelapa mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antikulat yang boleh membantu melegakan rasa gatal-gatal, kesakitan, keradangan.
- Sediakan kompres dengan menggunakan Witch hazel. Rendam sekeping tuala wanita ke dalam larutan Witch hazel organik, sejukkan/bekukan dan gunakan pada kawasan buasir. Cara ini juga boleh memberi manfaat kepada wanita yang baru melahirkan anak kerana fungsi kompres adalah untuk menenang dan menyembuhkan kawasan radang.
- Gunakan hirisan lidah buaya segar yang telah dibuang kulit pada kawasan radang.
- Pilih vitamin pranatal yang diperbuat daripada sumber makanan kerana ia lebih mudah diserap dan tidak akan menyebabkan sembelit berbanding vitamin sintetik, terutamanya zat besi.
- Minum air yang secukupnya walaupun ini boleh menyebabkan anda kencing lebih kerap. Jika anda tidak minum air dengan banyak, tubuh anda akan menyerap air melalui usus dan meninggalkan najis kering yang sukar untuk diteran.
- Amalkan pemakanan yang sihat dan pastikan anda makan makanan yang mempunyai banyak serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Benih chia yang direndam boleh membantu pergerakan usus dan sumber lemak yang baik seperti minyak kelapa, minyak zaitun dan avokado boleh berfungsi sebagai pelincir di dalam usus.
- Mengambil probiotik atau makanan bertapai.
Kebiasaannya, buasir akan mulai pulih selepas beberapa hari mengamalkan petua-petua di atas. Namun, sekiranya masalah semakin teruk atau tidak pulih, sebaiknya rujuk kepada pakar perubatan ye. Jangan sampai ianya melarat!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Percaya Atau Tidak, Lelaki Sebenarnya Lebih Merana Bila Putus Cinta
Lelaki juga manusia biasa. Kita boleh menangis apabila putus cinta (bagi yang berhati kering mungkin langsung tidak menitiskan air mata). Biasanya orang akan lihat, apabila putus cinta, wanita yang lebih derita. Tetapi sebenarnya lelaki yang lebih merana. Tidak percaya?
Anda mungkin tidak mempercayai fakta ini. Namun ia telah dibuktikan melalui satu hasil penyelidikan yang dilakukan di Universiti Wake Forest, Utara Carolina, dan diterbitkan di dalam Journal of Health and Social Behavior. Hasil penyelidikan melibatkan 1000 orang dewasa (tidak pernah berkahwin) yang berusia 18 hingga 23 tahun, mendapati hubungan tidak bahagia lebih mempengaruhi lelaki berbanding wanita.
Lelaki mengekspresikan kesedihan mereka dengan cara berbeza iaitu menerusi pelbagai masalah, manakala wanita lebih mengekspresi dengan bersikap murung. Robin Simon iaitu Profesor bidang Sosiologi dari universiti tersebut menyatakan bahawa lelaki lebih beremosional dari aspek positif hubungan cinta yang sedang terjalin.
Katanya “bagi lelaki muda, pasangan mereka sering menjadi sumber utama untuk mencurahkan kasih sayang. Berbeza dengan wanita yang cederung untuk berkongsi dengan keluarga mahupun teman-teman rapat”.
Biasanya ketegangan dalam sesuatu hubungan itu dikaitkan dengan kesihatan emosi yang rendah, dan kerana hal tersebut akan mengacam identiti serta harga diri seorang lelaki. Sekiranya lelaki secara emosional lebih dipengaruhi oleh kualiti hubungannya di saat ini, wanita pula lebih dipengaruhi oleh kenyataan sama ada mereka memiliki hubungan cinta atau tidak
Tidak hairanlah jika wanita lebih cenderung untuk mengalami kemurungan ketika hubungan berakhir, dan sebaliknya mendapat manfaat lebih hanya dengan berada dalam sesuatu hubungan.
Tip Hadapi Putus Cinta
- Berdamailah dengan diri sendiri. Untuk menghadapi kesedihan perpisahan, sebelum orang lain membantu anda, bantulah diri sendiri terlebih dahulu. Lupakan apa yang terjadi dengan memanjakan diri mu. Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan diri rasa kurang tegang seperti ke spa untuk lakukan terapi.
- Anda sedang tertekan dan merana kecewa, jadi jangan bebani emosi anda dengan mendengar suatu yang lebih mengusutkan fikiran daripada orang lain. Walaupun daripada kawan karib sendiri. Kecuali ia sesuatu manfaatyang boleh melegakan anda.
- Luangkan masa lebih kerap dengan teman-teman rapat yang suka wujudkan situasi menghiburkan. Anda boleh lupakan masalah itu dengan cara gelak ketawa. Jika boleh, aturkan perjumpaan dan lakukan sesuatu perkara positif yang menyeronokkan.
- Percaya dan anggaplah anda ditakdirkan untuk tidak bersama. Lakukan perubahan yang lebih baik pada diri sendiri dan carilah cinta baru yang pasti sedang menanti anda (berikan ruang dan masa sesuai untuk mencari cinta baru itu). Hubungi rakan wanita yang lama tidak anda hubungi. Jika dia masih ‘solo’, cubalah ajaknya keluar bersama. Mana tahu cinta anda berputik dari situ. Percayalah pada keajaiban cinta.
- Jika selama ini anda kurang beri perhatian pada penampilan, tiba masanya kini anda lakukan perubahan. Ubah stail rambut, cara berpakaian. Tonjolkan diri yang baru dan itu boleh membuatkan anda berasa lebih percaya serta yakin diri.
- Pastinya anda mempunyai hobi tertentu. Hilangkan rasa kesedihan dengan melakukan hobi anda itu lebih kerap. Jika anda suka memancing, ajak teman-teman untuk ikut sama. Pergi ke lokasi memancing lebih jauh dari tempat biasa.
- Ini cara yang paling menyihatkan. Dengan cara bersukan dan beriadah juga membuatkan anda boleh melupakan segala masalah yang dihadapi. Pada masa yang sama ia boleh menyihatkan tubuh badan anda. Jika malas sekalipun, dengan berjogging atau berbasikal boleh menghilangkan rasa tegang yang sedang anda hadapi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Idea ‘Pose’ Kahwin Wow dan Kreatif Buat Bakal Pengantin
Mengupah jurugambar untuk majlis anda tentunya satu benda yang wajib dan berbaloi.
Jurugambar ini akan memastikan anda dan pasangan anda kelihatan ‘wow’ dalam gambar dengan pose yang menarik dan romantis yang boleh anda cuba bersama pasangan.
Gaya yang kelakar dan spontan juga dilihat menjadi antara pose yang menarik buat pasangan mempelai disamping effect dan suasana latar belakang yang indah. Kami kongsikan kepada anda antara idea gaya untuk anda pose dalam gambar kahwin anda.
Spontan habis gambar pasangan pengantin. Korang pun boleh try dengan pose yang berbeza.
Memang kreatif betul gambar-gambar yang diambil. Korang pun boleh cuba dengan pasangan korang !
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI