Bahaya Suka Makanan Pedas, Boleh Buat Anda Jadi Pelupa

Share

Makanan pedas sememangnya digemari ramai terutamanya masyarakat Asia. Tetapi awas pengambilan yang berlebihan berisiko membuatkan anda menjadi pelupa, menurut jurnal Nutrients.

Satu kajian melibatkan lebih 4,500 responden mendapati mereka yang memakan sebanyak 50 gram cili sehari, mengadu berdepan masalah ingatan atau demensia. Pengambilan cili yang berlebihan (sepanjang lebih 15 tahun) juga dikaitkan dengan penurunan daya ingatan sebanyak 56 peratus.

Penurunan daya ingatan ini lebih signifikan kepada penggemar cili yang bertubuh kurus.

“Dalam kajian sebelumnya, kami dapati pengambilan cili bermanfaat untuk penurunan berat badan dan tekanan darah.

“Tetapi kali ini, kami menemukan kesan buruk terhadap perkembangan kognitif dalam kalangan orang dewasa yang lebih berusia,” kata Dr Zumin Shi.

Namun beliau berkata, ia hanyalah kajian awal dan penggemar cili tidak perlu bimbang atau berhenti daripada mengambil makanan pedas.

Sementara Dr Clare Walton, pengurus penyelidikan Alzheimer’s Society berkata, kajian tersebut tidak memberikan bukti konklusif bahawa pengambilan makanan pedas mampu meningkatkan risiko demensia.

“Kajian ini hanya melihat hasil ujian memori dan matematik. Penyelidikan lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan hubung kait antara cili dan demensia.

“Tetapi buat masa sekarang penggemar makanan pedas tak perlu bimbang, makanlah seberapa banyak cili yang anda mahu,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Sumber : sinar harian

Published by
NanyRahman