Tidak dapat dinafikan bahawa hanya isteri sahaja yang tahu perangai sebenar suami mereka. Sama ada baik atau buruk, hanya isteri sahaja yang merasainya. Kadangkala apa yang kita nampak, belum tentu itu yang betul-betul dia rasai.
Seorang isteri lebih banyak telan dan simpan dengan perangai suami mereka. Kadangkala suami di depan orang ramai nampak hebat tetapi belum tentu dia seorang ketua keluarga yang hebat. Ada yang nampak biasa tapi tak pernah lupa nafkah seorang isteri.
Perkongsian oleh Firdaus Shakirin ini ternyata ada benarnya. Isteri akan tetap bertahan dengan suami selagi dia masih boleh bertahan. Kita sendiri tak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka kerana apa yang kita nampak itu belum tentu betul.
*****
Baik buruk suami, isteri simpan dan isteri telan…
Selagi dia boleh tahan…
Sebab tu org luar tak tahu apa yg berlaku dlm rumahtangga pasangan lain…sbb tu org luar tak nampak gelora, ribut, taufan, puting beliung dlm rumahtangga pasangan lain…
Apa yg diperlihatkan, belum tentu itu yg dia betul2 rasai…
Ada ke yg update, “Fuh, laki aku curang lagi…Kali ketiga dah ni beb…”
Ada ke yg update, “Penat, rasa mcm nk pengsan buat keje umah sorang2, laki tak membantu langsung…”
Ada ke yg update, “Bulan ni belanja keperluan dapur guna duit sendiri lagi, laki xbagi duit…”
Ada ke yg update, “Baru lepas kena tampar dgn laki sbb suruh dia solat…”
Kita org luar, kita xtahu apa yg berlaku dlm rumahtangga org lain…klu smpai ke pengetahuan kita pun, kita bukan siapa2 utk buat keputusan bagi pihak dia…kita hanya boleh menasihati dan selebihnya itu hak dia…
Dia nak sabar berapa lama, dia nak kuat sekuat mna, dia nak bertahan atas alasan apa dan sebagainya…itu pilihan dan keputusan dia…
Hak dia…
Kita tak boleh ckp, “Kalau aku jadi kau, dah lama aku hidup sendiri…”, “Kalau aku jadi kau, dah lama aku tinggal lelaki mcm ni…”
Sbb kalau kita ditempat dia sekalipun, jadi sebijik mcm situasi yg dia hadapi, belum tentu kita boleh buat mcm yg kita cakap tu…
That’s why org kata, “Cakap senang la…”
Kita nmpk dia senyum, kita nmpk dia happy, kita nmpk dia mcm tak terkesan dgn sikap, perangai dan perbuatan pasangannya dlm hubungan mereka walhal sebenarnya, klu dia nak tunjuk sedih, klu dia nak menangis depan kita sekalipun, boleh je dia buat…pastu masalah setel?
Tak setel jugak kan…
Senyum dan gembira tu memang tak dapat selesaikan masalah, tp sekurang-kurangnya itu dapat buat dia lupa yg dia ada masalah…dapat buat dia kuat utk sehari lagi…
Dapat buat dia lalui apa yg sedang dia lalui…
Dah habis berdoa dah dia, dah habis berusaha dah dia, dah habis berharap dah dia, dah habis beristikharah dah dia…skrg dia hanya bertawakal dgn ketentuan Allah s.w.t…
Kalau Allah s.w.t masih beratkan kaki dia utk melangkah, maka dia stay…begitulah sebaliknya…
Sumber: Firdaus Shakirin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI