
Buat yang bakal bermentuakan pasangan yang berlainan daerah atau negeri anda, korang kena practice perkataan-perkataan negeri pasangan anda. Ini kerana supaya anda tidak tersalah faham nanti. Terutama yang bakal bermentuakan ”Oghang Kedah’.
1. Sekiranya anda susah nak sebut perkataan dalam loghat utara, gunakan bahasa Inggeris. Insya-Allah, mentua anda faham.
are-yark
are-lock-stark
pung-guy
pe-die
lock-lark
pung-cock
da-pork
ti-dog
2. Apabila mentua anda kata NO, dia maksudkan YES
Contoh, “Selepas Maghrib nanti, kita pi pekan NO.”
3. Sekiranya mentua anda sebut ROTI, dia maksudkan BISKUT
Contoh, “Roti tu nanti hang cicah dengan are-yark kopi. Sedap tengah panas.”
4. Mentua orang Kedah tak sebut “pasar.” Usah buat ghempang dengan kata “pasaiq.” Orang Kedah sebut, “merket.” Sama macam orang New York sebut.
5. Mentua anda tak minum air. Mereka MAKAN air.
Contoh, “Makanlah are-yark kopi tu, sat lagi lekat nasi.”
6. Sekiranya mentua anda kata, “Ambik ni, pi simpan buang,” jangan buang. Pi simpan.
7. Kalau mentua tanya, “Bila hang nak buat lagu tu,” usah mula menyanyi. Malu kat orang kampung nanti.
8. Apabila mak mentua ajak menyorok, usah pergi sembunyi di sebalik pintu. Cepat-cepat pergi dapur.
Kredit:
Norizan Bin Sharif Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Soalan Wajib Tanya Pada Diri Sebelum Buat Keputusan Nak Kahwin

Isi Kandungan
ToggleBerkahwin juga membawa anda dan pasangan harus berkongsi tanggungjawab bersama dalam soal kewangan. Dengan rasa cinta di dada, mungkin segalanya anda terima.
Namun, tidak salah jika mengambil langkah berjaga-jaga untuk masa depan bersama yang lebih bahagia dan bebas beban kewangan.
Saranan kami, sebelum anda mengikat tali perkahwinan, tanyakan dahulu pada pasangan 10 soalan yang rasanya mampu mengubah perspektif kewangan anda nanti. Anda juga boleh merancang kewangan yang stabil untuk jangka masa panjang.
Yang penting, anda berdua harus bersikap terbuka ya!
1. Ada membuat pinjaman?
Jika ada, berapa banyak? Berapa lama tempoh pinjaman? Dengan mengenal pasti beban pinjaman yang anda berdua ada, anda boleh merancang pelan kewangan yang lebih efektif. Pinjaman ini termasuklah pinjaman peribadi, kereta, rumah, PTPTN dan sebagainya. Mulakan proses perbincangan dengan mengenal pasti cara terbaik untuk melangsaikan semua pinjaman, sama ada berkongsi bayar atau membayar sendiri.
2. Adakah sebarang pelaburan?
Jika ada, bagaimana cara anda berdua mengendalikannya apabila sudah berkahwin kelak. Adakah akan dijadikan pelaburan bersama dan apakah prosedur yang harus dilakukan? Bagaimana pula dengan keuntungan pelaburan? Walaupun dalam Islam, ia merupakan harta sepencarian, namun tidak salah jika perkara ini ditentukan terlebih dahulu supaya tidak ada ungkit mengungkit di kemudian hari. Apatah lagi, jika anda dan pasangan mempunyai sebarang masalah nanti.
3. Di mana kita nak tinggal?
Soalan ini nampak ringkas tetapi sangat penting untuk merancang kewangan anda. Jika anda sepakat untuk tinggal sendiri dengan pasangan, mungkin bajet bulanan tidak terlalu tinggi dan boleh dikongsi bersama. Namun, jika anda berdua akan tinggal bersama keluarga, berapakah sumbangan kewangan yang akan dikeluarkan bagi membantu keluarga seperti bayaran bil, belian barangan runcit dan sebagainya. Jika pasangan anda merupakan penyumbang tunggal, ini akan lebih membebankan dan perlu diberi perhatian serius. Secara amnya, jumlah bajet bulanan isi rumah yang perlu anda berdua keluarkan tidak harus melebihi 25 peratus daripada pendapatan bulanan.
4. Bagaimana cara kita kendalikan duit?
Anda dan pasangan perlu faham maksud ‘berkongsi’ dari segi jumlah pendapatan atau pembayaran bil yang ada. Cara yang terbaik adalah mewujudkan akaun bersama (walaupun jarang dipraktikkan di negara kita). Alternatif lain pula ialah mempunyai tiga akaun iaitu satu akaun bersama dan dua akaun individu. Akaun bersama untuk simpanan dan pembayaran bil/hutang yang dikongsi. Akaun individu pula tertakluk kepada hak peribadi masing-masing.
5. Bagaimana pula dengan insuran?
Semua insuran yang anda dan pasangan punyai seperti insuran nyawa, kereta, rumah dan apa sahaja perlu dikaji semula dan digabungkan untuk memastikan anda berdua mendapat manfaat dan faedah yang diperlukan untuk kehidupan selepas berkahwin.
6. Bagaimana pula dengan harta?
Walaupun Islam menetapkan akan harta sepencarian, tidak salah jika perkara ini ditetapkan sebelum berkahwin untuk kepentingan bersama.
7. Adakah bajet tertentu?
Mempunyai bajet bagi setiap perkara adalah satu perkara yang sangat bagus untuk diamalkan. Perancangan bajet yang baik terutamanya untuk majlis perkahwinan mampu mengelakkan anda dan pasangan daripada beban hutang selepas berkahwin. Selain itu, ia juga membantu anda untuk berjimat dan menyimpan untuk masa depan bersama.
8. Bagaimana pula selepas bersara?
Walaupun perkara ini masih jauh tetapi tidak salah sekiranya ditimbulkan dalam perancangan kewangan ini. Anda dan pasangan perlu merancang sama ada masih mahu bekerja atau menikmati sahaja persaraan tersebut. Ini membantu untuk anda menetapkan jumlah simpanan yang perlu ada sehingga saat anda bersara untuk menampung kehidupan, bil kesihatan dan sebagainya.
9. Status cukai?
Selalunya selepas berkahwin, akaun cukai anda dan pasangan akan digabungkan. Namun, tetapkan siapa yang perlu membayar cukai supaya anda dan pasangan mempunyai kelebihan dalam hal ini.
10. Perlukah perjanjian sebelum kahwin?
Perjanjian ini tidak diamalkan oleh pasangan Melayu. Perjanjian ini selalunya dilakukan oleh pasangan Barat untuk mengelakkan bebanan hutang kepada mana-mana pihak andai satu pihak mempunyai beban hutang/liabiliti melebihi pihak yang satu lagi terutamanya bagi pasangan yang kaya. Namun, perjanjian ini boleh dijadikan garis panduan untuk masa depan kewangan yang lebih sihat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Majlis Kahwin Sempurna Dengan Adanya Perancang Majlis

Menggunakan khidmat perancang majlis oleh pasangan pengantin dan keluarga adalah bertujuan untuk menjadikan majlis berlangsung dengan sempurna. Perancang majlis menjadi orang penting untuk merealisasikan majlis yang diinginkan oleh pengantin dan keluarga.
Tugas perancang majlis
- Dia adalah perancang dan menyelaras dari permulaan majlis sehingga ke akhir majlis perkahwinan
- Dia berperanan memudahkan urusan bakal pengantin dalam kekalutan menyiapkan perkara yang berkaitan dengan majlis kahwin.
- Mereka akan duduk berbincang dan menyediakan khidmat perundingan yang meliputi semua perkara antaranya pelamin, kanopi, katering dan sebagainya.
Tempoh urusan
Dinasihatkan bakal pengantin untuk melantik perancang majlis 6 hingga 10 bulan daripada tarikh perkahwinan bagi memastikan perancangan awal dapat dibuat dengan sempurna.
Diperingkat awal perbincangan dilakukan bersama bakal pengantin dan pihak keluarga. Isu yang dibincangkan ialah tentang bajet, tema dan bilangan jemputan untuk ke majlis anda nanti.
Persetujuan bersama
Mungkin ada yang salah tanggapan terhadap perancang majlis yang mengatakan majlis dikawal sepenuhnya oleh mereka. Hakikatnya semua keputusan yang diambil adalah persetujuan daripada pihak pengantin sendiri. Perancang majlis hanya akan memastikan apa yang diingini dapat direalisasikan.
Perbincangan dengan perancang majlis adalah langkah yang terbaik. Perancang majlis akan mengesyorkan vendor-vendor yang terbaik dan bersesuaian dengan majlis dan bajet anda.
Panduan untuk bakal pengantin;
- Bersikap jujur dengan perancang majlis tentang bajet anda. Ini mengelakkan anda dari menanggung hutang selepas berakhir majlis.
- Beritahu dengan jelas kepada perancang majlis apa tema majlis yang anda inginkan agar ia dapat direalisasikan dengan sempurna.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rezeki Bahagia Berpoligami, Lelaki Ini Terharu Usaha Isteri-isterinya Siapkan Majlis

Isi Kandungan
ToggleRezeki bahagia dengan tiga isteri, seorang individu berkongsi momen bahagia di laman media sosial baru-baru ini.
Ada pelbagai pandangan netizen bila melihat gambar yang dikongsikan oleh saudara Amirul Hakimin ZH namun hanya dia dan isteri-isterinya merasa istilah bahagia berpoligami.
Lebih unik apabila dia menyatakan perkahwinan mendapat restu daripada isteri pertama dan keduanya.
Terima Kasih Pada Isteri-isteri Menyiapkan Majlis
Menerusi perkongsian di Facebook, individu yang dikenali sebagai Amirul Hakimin itu berterima kasih pada isteri pertama dan kedua dalam bertungkus lumus menyiapkan majlis pernikahannya.
Ujarnya, perkahwinan ketiga ini mengambil masa hampir tiga tahun.
“Perjalanan untuk menjayakan perkahwinan ini mengambil masa hampir tiga tahun. Ia bukanlah perjalanan yang mudah.
“Terima kasih buat isteri-isteri saya, mereka banyak berusaha untuk menjayakan majlis ini.
“Seorang jadi wedding planner, seorang jadi goodies packer. Baju pengantin dan decoration, mereka yang uruskan.
Poligami Bukan Isu Baru
Dalam pada itu, Amirul menyatakan masyarakat kini menganggap poligami sebagai satu masalah.
Masyarakat kita memerlukan lebih banyak contoh keluarga poligami yang harmoni.
Perkahwinan poligami ini bukanlah perkara yang baru. Ini seakan menjadi masalah dalam masyrakat rakyat Malaysia apabila hendak dilaksanakan.
Buat lelaki yang ingin berpoligami, ini sedikit perkongsian daripada Amirul:
1. Carilah “circle” poligami. Bergaul lah dengan pengamal poligami. Dari situ, kita akan lebih mudah belajar dan perbaiki diri.
2. Carilah ilmu. Ilmu ni boleh dapat melalui YouTube, buku dan kitab. Kita sebagai orang awam, boleh hadam video ceramah dan buku poligami pun alhamdulillah lah.
3. Perbaiki diri. Setiap hari, perlu muhasabah diri, apa yang perlu kiat perbaiki, supaya kita lebih mudah untuk memimpin keluarga besar.
“Kenapa saya tak sebut tentang kewangan? Kerana masalah utama dalam poligami bukanlah kewangan, tetapi ilmu dan hati. Tak percaya? Bergaul lah dengan pengamal poligami, InsyaAllah akan mudah nampak apa yang saya maksudkan,” tulisnya lagi.
Berikutan itu, Amirul yakin kehidupan berumah tangga sama ada monogami mahupun poligami tidak terlepas daripada ujian.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI