pic-pinterest

Dalam kesibukan membuat persediaan untuk hari bahagia nanti, bakal pengantin perlulah bersedia dan ambil tahu apakah soalan-soalan yang bakal ditanya oleh tok kadi. Jangan pula nanti gugup dan menjadikan diri tidak tenang bila tiada persediaan diri. Antara contoh-contoh soalan yang boleh anda jadikan panduan adalah seperti berikut;

1) Mengucap dua kalimah syahadah

Bakal Pengantin Ambil Tahu Soalan-Soalan Bakal Ditanya Semasa Akad Nikah
Rukun pertama dalam rukun Islam. Setiap Muslim dan Muslimah wajib tahu.

2) Istighfar

Bakal Pengantin Ambil Tahu Soalan-Soalan Bakal Ditanya Semasa Akad Nikah
Kenapa kita kena sentiasa beristighfar? Kerana kita hamba Allah yang tidak pernah lari dari membuat dosa dan kesilapan. Maka pebanyakkan beristighfar untuk melembutkan hati dan minta diampunkan dosa-dosa.

3) Surah Al-Fatihah

Ads

Bakal Pengantin Ambil Tahu Soalan-Soalan Bakal Ditanya Semasa Akad Nikah

Surah ini merupakan rukun dalam solat. Jika kita tidak tahu atau tidak lancar membaca surah al-Fatihah, bagaimana solat kita ingin menjadi sah? Maka lancarkan bacaan surah al-Fatihah serta betulkan tajwid. Niat bukan hanya untuk lepas soalan akad nikah sahaja, namun niatkan kerana Allah dan sentiasa memperbaiki diri.

4) Rukun Iman

Ads
  • Beriman kepada Allah S.W.T
  • Beriman kepada Malaikat
  • Beriman kepada kitab-kitab suci
  • Beriman kepada para Rasul
  • Beriman kepada hari akhirat
  • Beriman kepada Qada’ dan Qadar

5) Rukun Islam

  • Mengucapkan dua kalimah syahadah
  • Mendirikan solat fardhu 5 waktu
  • Berpuasa di bulan Ramadhan
  • Menunaikan zakat
  • Menunaikan haji bagi yang mampu

6) Doa Qunut

Bakal Pengantin Ambil Tahu Soalan-Soalan Bakal Ditanya Semasa Akad Nikah

Ads

Doa qunut dibaca di dalam raka’at kedua solat Subuh.

7) Hadas Besar

Pengantin perlu tahu perihal hadas besar. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan hadas besar, larangan ketika berhadas besar dan cara bersuci (mandi hadas).

  • Soalan-soalan akad nikah bergantung kepada kehendak tok kadi tersebut dan tiada dalam syarat rukun nikah. Walaubagaimanapun ini merupakan perkara yang wajib diketahui oleh umat Islam.

Sumber: https://www.kahwinlife.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI