Dalam kesibukan membuat persediaan untuk hari bahagia nanti, bakal pengantin perlulah bersedia dan ambil tahu apakah soalan-soalan yang bakal ditanya oleh tok kadi. Jangan pula nanti gugup dan menjadikan diri tidak tenang bila tiada persediaan diri. Antara contoh-contoh soalan yang boleh anda jadikan panduan adalah seperti berikut;
1) Mengucap dua kalimah syahadah
Rukun pertama dalam rukun Islam. Setiap Muslim dan Muslimah wajib tahu.
2) Istighfar
Kenapa kita kena sentiasa beristighfar? Kerana kita hamba Allah yang tidak pernah lari dari membuat dosa dan kesilapan. Maka pebanyakkan beristighfar untuk melembutkan hati dan minta diampunkan dosa-dosa.
3) Surah Al-Fatihah
Surah ini merupakan rukun dalam solat. Jika kita tidak tahu atau tidak lancar membaca surah al-Fatihah, bagaimana solat kita ingin menjadi sah? Maka lancarkan bacaan surah al-Fatihah serta betulkan tajwid. Niat bukan hanya untuk lepas soalan akad nikah sahaja, namun niatkan kerana Allah dan sentiasa memperbaiki diri.
4) Rukun Iman
5) Rukun Islam
6) Doa Qunut
Doa qunut dibaca di dalam raka’at kedua solat Subuh.
7) Hadas Besar
Pengantin perlu tahu perihal hadas besar. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan hadas besar, larangan ketika berhadas besar dan cara bersuci (mandi hadas).
Sumber: https://www.kahwinlife.com