Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apa Perlu Bawa Untuk Proses Saringan HIV Sebelum Kahwin
Melihat pada kesan-kesan HIV inilah kerajaan Malaysia mengambil langkah selamat dengan mewajibkan pasangan Islam menjalani Ujian Saringan HIV bagi menjaga kemaslahatan anda dan pasangan di kemudian hari. Hal ini kerana, semua sudah tahu bahawa virus HIV ini boleh merebak kepada orang lain melalui beberapa cara. Antaranya adalah melalui persetubuhan, perkongsian jarum suntikan, penerimaan darah yang dijangkiti virus HIV dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, selain daripada melengkapkan prosedur permohonan perkahwinan ujian ini turut bertujuan membolehkan seseorang itu mengetahui status HIV masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Jika terdapat sesuatu yang meragukan tindakan segara boleh diambil bagi mengelakkan kesan buruk berlaku.
.
5 Langkah Ujian Saringan HIV Yang Perlu Anda Buat
1. Kenal Pasti Klinik Kesihatan/Hospital Terdekat
Untuk makluman anda, Ujian Saringan HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan ataupun hospital kerajaan sahaja. Dan yang paling penting anda perlu menjalani ujian ini di negeri atau mengikut mukim masing-masing.
Sekiranya anda bekerja atau bermastautin di negeri lain terdapat beberapa tambahan prosedur yang perlu anda patuhi bagi membolehkan ujian ini diambil. Bagi memudahkan kerja anda dan pasangan, sila cari dan daftar dengan klinik kesihatan terdekat terlebih dahulu. Dan ambillah kesempatan ini untuk bertanya samada klinik tersebut ada menawarkan servis ujian HIV atau tidak. Jika perlu setkan tarikh temujanji.
2. Dokumen Yang Perlu Dibawa Ke Klinik/Hospital
Dokumen yang perlu dibawa semasa ujian ini diambil adalah kad pengenalan sahaja dan bayaran perkhidmatan yang dikenakan pula hanyalah RM1.
Murah je kan bila berurusan dengan pusat perubatan kerajaan Malaysia ni. Satu lagi, sekiranya anda berkahwin dengan warga asing sila pastikan pasangan anda membawa passport ke klinik untuk menjalani ujian saringan ini.
3. Lengkapkan Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan
Apabila selesai daftar dan membuat pembayaran di kaunter, anda boleh mula melengkapkan borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan yang telah disediakan oleh pihak klinik.
Sekiranya anda menjalani ujian saringan ini di negeri lain sila muat turun borang ujian HIV (yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing). Apabila selesai anda akan diminta tunggu sebentar sementara nama anda dipanggil untuk menjalani ujian saringan tersebut.
4. Ujian Saringan HIV
Doktor atau MA akan menjalankan ujian saringan ini dengan menggunakan kaedah Rapid Kit Test. Darah akan diambil di hujung jari anda dengan menggunakan jarum lancet. Selepas itu anda akan diminta untuk tunggu sebentar kerana keputusan ujian ini kebiasaannya siap dalam masa 15 hingga 30 minit bergantung pada jenis kit yang digunakan oleh pihak klinik.
5. Keputusan Ujian Saringan HIV
Keputusan ujian saringan ini akan diberikan oleh pihak klinik pada hari yang sama. Keputusan boleh dilihat pada kit yang digunakan. Sekiranya terdapat single line pada kit ia bermaksud negative atau anda atau pasangan anda bebas daripada dijangkiti virus HIV.
Tetapi sekiranya keluar double line ia bermakna positif (reactive). Keputusan ini akan diberikan kepada anda untuk diserahkan kepada Jabatan Agama Daerah masing-masing untuk langkah-langkah selanjutnya.
Gambar hiasan : Tangkap Pictures
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum Tukar Status Bujang Kepada BERKAHWIN, Buat Perkara Ini Supaya Anda Tak Menyesal Nanti
Tak lama lagi status ‘bujang’ akan bertukar menadi ‘berkahwin’. Ramai bakal pengantin teruja bila orang yang disayangi dan dicintai bakal menjadi teman seumur hidup. Tapi ada perkara yang perlu bakal pengantin lakukan. Kalau boleh, ubahlah perkara ini. Baik lelaki mahupun wanita, persediaan ini penting untuk kehidupan akan datang.
Perhubungan
Anda sudah melalui perhubungan ‘tanpa ikatan’. Ketika itu semua nampak sangat indah namun kehidupan berdua ada plot ‘twist’ tersendiri. Semestinya anda perlu bersedia untuk perhubungan dan komitmen yang lebih jitu. Mana yang suka bergaduh dan ‘minta putus’ tu, kenalah beringat perkara ini ya!
Pendapatan sendiri
Sangat penting untuk mempunyai pendapatan sendiri. Tak kiralah sama ada bekerja makan gaji atau bekerja sendiri. Buat wanita khusunya, ini sangat penting kerana ia mengambil kira masa depan anda. Kedudukan kewangan yang kukuh membantu ekonomi keluarga yang lebih baik.
Tinggal Serumah
Jangan cepat melatah! Tinggal serumah bersama teman serumah atau tinggallah secara bersendirian. Gunakan masa yang ada untuk diri sendiri. Jika anda mempunyai teman serumah, berboraklah semahunya kerana selepas bergelas isteri atau suami, tanggungjawab anda adalah kepada keluarga.
Mengembara
Jika anda tidak pernah mengembara, gunakan kesempatan ini untuk ‘melihat’ dunia. Sekalipun tidak boleh ke luar negara, travel di dalam Malaysia pun dah cukup menyeronokkan. Bawa bersama rakan-rakan lain untuk menikmati saat ini bersama.
Hobi
Ciptalah hobi ikut kesukaan anda. Dekorasi rumah, membuat kek atau mungkin belajar menari! Bukan apa, ini adalah waktu terbaik untuk anda mempunyai masa dan ruang tersendiri. Bila kita buat apa yang kita suka, tentulah kita akan lebih gembira. Betul tak?
Berhenti berkongsi
Jangan terlalu terbuka berkongsi kisah cinta anda. Tak perlu hebahkan kepada seluruh dunia apa yang anda miliki sekarang; seorang lelaki atau wanita yang bakal menjadi pasangan hidupmu. Elak menggunakan media sosial untuk hebahkan pada semua.
Cukuplah sekadar berkongsi berita gembira bersama keluarga dan teman rapat. Nanti bila dah ada tarikh unutk pernikahan, silalah beritahu dunia ok!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Idea ‘Drip Cake’ Yang Jadi Trend Masa Kini. Simple Tapi Cantik!
Kek perkahwinan yang diselaputi indah hiasan fondant sudah menjadi trend kek perkahwinan masa kini di Malaysia. Namun ada juga pasangan mempelai yang mahukan kelainan dengan mencuba sesuatu yang baru seperti naked cake, marble cake, geode cake dan sebagainya.
Antara kek yang semakin diminati ramai sejak akhir-akhir ini adalah drip cake. Kek ini kebiasaannya lebih popular dijadikan hantaran perkahwinan berbanding untuk acara memotong kek. Pada dasarnya ia adalah sebuah kek di mana bahagian atasnya disiram dengan icing cair, coklat cair dan sebagainya, kemudiannya membentuk lelehan disetiap sisi kek.
Sumber: Instagram littlegoldjars
Kebiasaannya kek ini terdiri dari beberapa lapisan kek span dan kemudiannya dihiasi topping yang lazat seperti buah-buahan, edible flowers dan manisan seperti macaron dan chocolate bar. Nampak seperti mudah bukan untuk membuatnya sendiri, namun percayalah ianya memerlukan proses yang panjang dan rumit.
Sumber: Instagram hand.some.cake
Tak kisahlah jenis kek apa yang anda mahukan untuk majlis bersejarah anda nanti, namun apa yang penting sesuaikanlah dengan tema dan lokasi perkahwinan anda bakal berlangsung.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI