Buasir merupakan antara penyakit yang seringkali terjadi di kalangan kita namun jarang dibincangkan secara terbuka mungkin kerana malu. Malah, ramai yang memilih untuk menahan sakit hanya kerana tidak mahu ada sesiapa yang tahu mengenainya. Buasir atau dalam bahasa Inggeris dipanggil ‘haemorrhoids’ adalah berpunca daripada pembengkakan saluran darah vena di bawah rektum dan dubur. Antara yang berisiko untuk menghadapi masalah ini adalah mereka yang mengandung, golongan yang memiliki berat badan yang berlebihan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat dengan cara yang salah. Bagi wanita yang mengandung risiko untuk menghadapi masalah buasir adalah tinggi.
PENYEBAB BUASIR
Memetik dari portal The Asian Parent, antara faktor penyebab buasir dikalangan ibu mengandung adalah: Perubahan hormon yang menyebabkan gangguan pada sistem pencernaan badan. Jadi, ibu mengandung akan cenderung untuk mengalami sembelit. Ketika sembelit terjadi, pesakit akan meneran dengan kuat semasa membuang air besar dan menyebabkan tekanan yang berlebihan pada bahagian dubur. Semasa kehamilan, rahim kita akan semakin besar dan jumlah darah juga akan bertambah. Inilah yang menyebabkan lebih banyak tekanan pada kawasan dubur dan menyebabkan salur darah vena membengkak dan menjadi radang. Vitamin-vitamin yang diambil semasa pranatal mengandungi zat besi sintetik yang menyumbang kepada sembelit. Proses meneran untuk menolak bayi keluar menyebabkan tekanan yang tinggi pada rektum dan dubur yang mengakibatkan buasir berlaku.
JENIS-JENIS BUASIR
Buasir boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu: Buasir dalaman – bengkak di lapisan dalam dubur dan tidak sakit. Pesakit mungkin akan mengadu kesakitan jika ia bengkak, berdarah dan terkeluar (prolapse).; Buasir luaran – bengkak di luar dubur. Pesakit akan mengadu sakit, mengalami pendarahan, rasa gatal-gatal atau bengkak semasa membuang air besar.
PETUA SEMULAJADI RAWAT BUASIR
Selain mengamalkan pengambilan makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, terdapat beberapa cara semulajadi yang boleh diamalkan untuk merawat buasir ini.
Kebiasaannya, buasir akan mulai pulih selepas beberapa hari mengamalkan petua-petua di atas. Namun, sekiranya masalah semakin teruk atau tidak pulih, sebaiknya rujuk kepada pakar perubatan ye. Jangan sampai ianya melarat!