Diet adalah salah satu cara untuk wanita lelaki mahupun lelaki mendapatkan tubuh ideal masing-masing. Ada banyak jenis diet. Mungkin salah satunya boleh anda cuba. Beberapa jenis diet fokus pada pengurangan nafsu makan, sementara yang lain membatasi kalori, karbohidrat, atau lemak.
Setiap orang juga mempunyai kesesuaian yang berbeza terhadap jenis diet yang ada. Mungkin sesetengah diet berjaya untuk anda namun ia belum tentu berjaya untuk orang lain. Pernahkah anda mencuba untuk mengamalkan diet namun pada penghujungnya anda gagal untuk mencapai target untuk menurunkan berat badan?
Sebenarnya jika anda berhajat dan berusaha untuk menurunkan berat badan, kutip dahulu sedikit ilmu agar usaha untuk menurunkan berat badan mencapai sasaran. Bagi bakal-bakal pengantin pula, jika berhajat untuk menurunkan berat badan, lakukan seawal mungkin dan bukan disaat-saat akhir.
Melalui satu hantaran dilaman Tiktok yang dikongsikan Faizal Saedon, lelaki ini berkongsi tentang tip menurunkan berat badan.
Berikut perkara-perkara yang kita perlu elak jika kita berhajat untuk menurunkan 20 kg berat badan sebelum raya 2023.
@faizalsaedon 7 Perkara Perlu Elak Untuk Turun 20kg Sebelum Raya 2023 1. Bersahaja/ lepak / tidur selepas makan. 2. Bertambah nasi 3. Sulam air manis semasa makan 4. Tak susun hari dengan aktiviti dan hanya bermalasan sepanjang hari 5. Tidur balik selepas subuh atau bangun lewat 6. Tidur lewat layan Tik tok atau Netflix 7. Tangguh buat aktiviti bersenam #misiraya #tipskurus #nakkuruscepat #turunkanberatbadan #tipsturunkanberatbadan #jommula #nakkurus #jomkurus #misiraya2023 ♬ Inspiring Motivation – D’Santos
1. Bersahaja/lepak /tidur selepas makan. Cuba amalkan berjalan selama 15 minit selepas makan.
2. Elakkan bertambah-tambah nasi ketika makan. Hadkan kuantiti pengambilan nasi untuk setiap hidangan.
3. Elakkan sulam air manis semasa makan. Jika biasa minum air manis, gantikan dengan air suam/air kosong.
4. Tidak susun hari dengan aktiviti dan hanya bermalasan sepanjang hari.
5. Elakkan tidur balik selepas subuh atau bangun lewat. Amalkan bangun awal dan buatlah sedikit senaman ringan.
6. Elak tidur lewat kerana ‘melayan’ TikTok atau Netflix. Anda perlu masuk tidur awal supaya anda dapat tidur yang cukup bagi membantu melancarkan proses menurunkan berat badan.
7. Elak bertangguh membuat aktiviti senaman. Jika anda berhajat untuk bersenam, segera lakukan dan tidak bertanggung-tangguh.
Sumber: TikTok Faizal Saedon
Kredit top image: Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI