Bakal Pengantin Kalau Nak Slim, Elak Makan Laju-laju, Boleh Sebabkan Perut Kembung & Lambat Hadam

Share

Mungkin ada di kalangan anda yang gemar makan dengan cepat? Kunyah lebih kurang lepas itu terus telan. Ada orang yang tidak mengambil masa lama untuk makan. Kalau boleh semuanya hendak cepat dan pantas.

Tahukah anda anda bahawa tabiat makan dengan cepat boleh menyebakan masalah kesihatan? Luangkan sedikit masa untuk anda menikmati makanan. Jangan tergopoh-gapah ketika menikmati makanan.

Kredit foto: Pixabay

Kunyahlah dengan perlahan-lahan dan nikmati makanan anda sebaiknya. Banyak kesan buruk pada kesihatan terutama pada sistem penghadaman bila kita makan dengan laju dan tidak mengunyah dengan betul.

Berikut fakta seperti yang dikongsikan oleh Dr Malinda Health & Beauty Academy

Makan terlalu cepat, tanpa kunyahan yang sempurna akan menyebabkan:

✅ Sistem usus terpaksa bekerja lebih kuat untuk menghadamkan makanan tersebut. Proses kunyah membantu usus lebih mudah menyerap nutrisi.

✅ Menyebabkan anda menelan lebih banyak udara dan boleh menyebabkan kembung.

Kredit foto: Pixabay

✅ Risiko untuk terlebih makan jika makan terlalu cepat kerana signal ke otak dan usus mengambil masa lebih kurang 15-20 minit untuk rasa kenyang.

✅ Kunyah perlahan-lahan yang menyebabkan anda rasa cepat kenyang dan dapat lebih menikmati makanan tersebut.

✅ Sistem pencernaan tidak dapat bersedia untuk berfungsi dengan sempurna untuk menghasilkan asid dan enzim.

Nak Slim? Makan dengan perlahan dan kunyah secukupnya.

Sumber: Dr Malinda Health & Beauty Academy Kredit foto (top image): Pixabay

Published by
Hasliza