Apabila seseorang itu bersedia untuk mendirikan rumah tangga ia bukanlah suatu keputusan yang dibuat dalam masa yang singkat. Segalanya telah difikirkan sedalamnya tentang kehidupan selepas berkahwin. Hati perlu sentiasa kental dalam menghadapi apa jua pancaroba yang mendatang.
Janganlah anda membandingkan kehidupan semasa bujang dan selepas berkahwin, ternyata besar jurang perbezaannya. Perlu ingat bukan setiap waktu rasa bahagia seperti yang anda bayangkan.
Sebagai lelaki, berikut beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum berkahwin:
Kehidupan lebih mencabar
Semasa masih bujang, tentu anda fikir berkahwin akan jadi lebih mudah kehidupan anda dan bahagia sentiasa. Sebaik berkahwin, jalan hidup anda tentulah berbeza. Tetapi, tak perlu bimbang kerana semua orang yang berumah tangga pasti akan mengalami masa-masa sukar dan akan melaluinya dengan baik.
Tidak lepas dari masalah
Perlu tahu walau secantik mana isteri anda, tiada wanita yang sempurna. Anda perlu fahaminya, masa lalu tidak menentukan masa depan. Jadi tak perlu menilai peribadinya hanya dari kejadian masa lalu. Anda perlu mula memikirkan ini dari sekarang agar bersedia menghadapi kenyataan dalam rumah tangga.
Calon isteri anda mungkin tidak seperti ibu anda
Semestinya ibu merupakan figura yang dikagumi oleh seorang anak. Maka bila berkahwin anda mengharapkan isteri anda seperti ibu. Jangan terlalu mengharap tentang perkara ini kerana sesungguhnya calon isteri anda pasti mempunyai sifat yang berbeza dengan ibu. Janganlah memaksanya untuk bersifat seperti ibu anda.
Hubungan kelamin selepas berkahwin adalah sesuatu yang baik
Melakukan hubungan kelamin selepas perkahwinan adalah sesuatu yang akan membuat anda rasa puas dan bangga. Sebab, penantian selama ini akhirnya boleh anda dapatkan dengan isteri yang dicintai. Anda tak perlu lagi malu membicarakan tentang hubungan kelamin dan kehidupan di atas katil anda setiap malam
Sumber:https://babab.net/out