Bakal Pengantin Lelaki Sila Ambil Perhatian Kalau Tak Nak ‘Gemuruh’ Masa Akad Nikah!

Share

Pasti anda semua akan berdebar apabila tibanya majlis pernikahan yang akan menyatukan anda berdua. Bagi bakal pengantin lelaki degupan jantung pula mesti sudah berdegup kencang.

Senang kata tak senang duduk bila berdepan dengan tok kadi dan wali pengantin perempuan. Macam mana nak hilangkan situasi ini? Jom lihat tips di bawah ini agar sedikit sebanyak membantu anda!

1. Banyakkan latihan

Cuba teruskan berlatih sebutan supaya tidak terlalu laju dan gagap.

2. Buat persediaan rapi

Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh tok kadi supaya semua urusan berjalan lancar.

3. Tenang

Tenangkan diri anda. Jangan merasa kelam kabut. Jika perlu minumlah segelas air minuman untuk hilangkan rasa gugup anda.

4. Jaga pernafasan

Perasaan gemuruh itu mesti ada dan ia amat berkait rapat dengan pernafasan. Jadi, tarik nafas panjang-panjang dan hembuskannya biar hilang sedikit gementar itu.

5. Pakai singlet atau kemeja-T nipis 

Jangan lupa untuk memakai singlet nipis di dalam untuk mengelakkan menyerap peluh. Pakaian yang selesa akan memberikan ketenangan kepada anda.

6. Jangan banyak bergerak

foto : maxtography

Pengantin lelaki, semestinya pada majlis akad nikah nanti segala perhatian akan tertumpu kepada anda. Jadi, jangan banyak bergerak. Duduk di tempat anda dan rileks.

7. Semangat

foto : amirnaufalphotography

Ya, ini adalah harinya jadi bersemangatlah! kerana anda akan menikahi perempuan yang anda cintai. Bukan mudah untuk anda capai tahap sehingga hari ini. Lakukannya dengan penuh semangat dan gembira.

8. Pastikan cukup tidur

Tidur yang cukup akan membantu anda untuk mendapatkan tenaga dan emosi yang stabil. Rehat secukupnya agar anda dapat melawan rasa gugup anda pada keesokkan harinya.

Published by
NanyRahman