Tak lengkap rasanya majlis perkahwinan tanpa gambar kenangan untuk dijadikan memori indah dalam hidup anda. Jurugambar adalah benda wajib ada dalam ‘list’ perkahwinan untuk semua bakal pengantin.

Namun, ada beberapa tips juga yang anda perlu tahu sebelum nak pilih jurugambar tersebut. Ia bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak. Takut nanti timbul masalah pula. Ini beberapa tips dari Ameirfikri kongsikan kepada anda.

Bakal Pengantin, Nak Pilih Jurugambar Biar Yang Memudahkan Dua-Dua Pihak

1. Sila kenal kerja jurugambar anda

Kenapa? ha kenapa eh, sebab sebelum kau tu nak makan, kau mesti memilih kan? makan mana sedap untuk tekak kau. Jadi masa pilih photographer pun, pilih lah ikut sedap mata dan sedap hati anda. Sila study gamba photographer anda.

2. Sila berkawan dengan jurugambar anda

Kenapa? bila kau senang buat kawan, photographer senang buat keje. Ini kalau kau menyombong tinggi mendongak langit, mood photographer pun jadi tak best. Bagi sikit ruang pada photographer anda untuk berkawan dengan anda. Photograoher ni manusia sama mcm anda jugak. Oh ya, dari start meeting pun boleh kenal each other.

Ads

3. Sila dengar penjelasan atau pandangan dari jurugambar anda

Kenapa? Sebab wedding photographer ni bukan 1 wedding je dia shoot. Mungkin dia dah betahun shoot wedding. Photographer selalunya tau apa dia buat. Engkau tu baru nak kawin esok , mungkin tips and advice dari photographer boleh digunapakai.

4. Sila beri informasi yang betul

Kenapa? Kau nak kawin, hire photographer untuk shoot wedding kau. Photographer perlukan details;- (tempat,timing, tentative )yang betul untuk majlis anda. Dan sila update time by time. Jangan esok kau nak kawin esok jugak kau bagi details, kau memang buat keje gile.

Ads

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

Sumber : Ameirfikri

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI