Nak pudarkan jeragat memang tak mudah, pakai skincare pun belum tentu membantu. Tetapi kalau nak laser, itu memerlukan kos yang agak tinggi.
Jika dibiarkan, ini membuatkan wajah kusam sekali gus menurunkan tahap keyakinan diri seseorang bila nak berdepan dengan seseorang.
Sekadar maklumat tambahan, masalah jeragat timbul disebabkan beberapa punca iaitu:
1) Tidak mengamalkan rutin penjagaan wajah dengan betul atau konsisten iaitu mencuci, memakai penyegar (toner) dan pelembab
2) Keturunan
Ads
3) Umur. Seiring dengan peningkatan usia, semakin tinggi risiko ditumbuhi jeragat
4) Cahaya matahari. Disebabkan itu, kita disarankan untuk memakai pelindung UV setiap hari lebih-lebih lagi sekiranya aktif melakukan aktiviti di luar
5) Perubahan hormon, lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita apabila hamil, melahirkan anak, mengambil pil perancang dan sesetengah ubat-ubatan.
Ini Cara Pudarkan Jeragat
Sampai bila mahu mengenakan solekan tebal untuk menutup cela dan noda di wajah? Jangan risau, ini petua pudarkan jeragat sebagaimana yang dikongsikan oleh @zuriaty_musa:
Ads
1) Ambil sebiji ubi kentang, bersihkan dan kupas kulitnya
2) Parut ubi kentang menggunakan pemarut sehingga halus
3) Perah air ubi kentang menggunakan penapis. Asingkan airnya di dalam bekas lain dan simpan dalam peti ais di mana ia boleh tahan selama seminggu. Airnya boleh dijadikan semburan seperti penyegar
Ads
4) Hampas ubi kentang jangan dibuang, sebaliknya dicampur dengan aloe vera atau madu untuk dijadikan masker
5) Sapukan masker tersebut pada wajah dan biar setengah jam, kemudian bilas wajah dengan air bersih.
Nanti jangan lupa cuba ya, ini salah satu usaha untuk pudarkan jeragat dengan cara paling jimat dan berkesan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jodoh sampai sini, bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mengesahkan dia dan Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal mengakhiri perkahwinan mereka di bina sejak 2021.
Selepas mencapai persetujuan bersama, Nabila berkata kepada Harian Metro bahawa dia bakal bercerai dalam waktu terdekat.
Noor Nabila Bersuara
Nabila tidak menyatakan punca perceraian namun memberitahu bahawa mereka tidak mampu menjadi pasangan yang saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan.
“Sepatutnya kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan.
Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu. Masalah antara kami sudah lama berpanjangan dan saya berserah dengan takdir dan yakin ini adalah aturan terbaik dari Nya untuk saya dan anak lalui,” katanya.
Engku Emran Berdiam Diri
Meskipun tampil membuat pendedahan berhubung perceraian berkenaan, Engku Emran sehingga hari ini tidak berkongsi secara lanjut sebab mereka mengambil keputusan itu.
Tambah Nabila lagi, suaminya pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.
Ini merupakan perkahwinan ke-3 Engku Emran yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella.
Ini merupakan perkahwinan ke-3 Engku Emran yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella.
Apa pun, moga dipermudahkan urusan pasangan ini dan tidak terduduk terlalu lama. Jodoh dan ajal, semua di tangan Tuhan. Reda itu lebih manis.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi pasangan pengantin baru, tentunya ingin memiliki rumah sendiri bukan? Diakui agak sukar untuk membuat keputusan membeli rumah kerana ia melibatkan banyak faktor termasuklah bajet. Timbul juga keraguan sama ada ingin membeli rumah yang masih dalam pembinaan atau beli sahaja rumah yang telah siap dibina.
Jika korang masih keliru sama ada ingin beli rumah yang masih dalam pembinaan atau rumah yang telah siap dibina, baca tip seperti yang dikongsi oleh perunding hartanah, Azizul Azli Ahmad
BELAJAR BELI RUMAH DAH SIAP
1. Dalam keadaan ekonomi perlahan begini, bukan kita sahaja terkesan. Pemaju juga banyak yang nipis duit dan terkesan.
2. Tahun lepas sahaja kita ada lebihan hartanah dah siap dan tak terjual , orang Jawa sebut ‘overhang’ sebanyak 30, 358 unit kediaman. Ya 30 ribu lebih rumah dah siap, lebih dari 6 bulan tak ada pembeli.
3. Bukan semua kediaman ini yang mahal, yang bawah RM300k tak terjual berjumlah 7,743 unit belum terjual. Itu semua unit baru. Belum masuk unit subsale dan lelong lagi.
4. Pasaran hartanah selain baru, ada pasaran subsale dan lelong yang boleh kita intai jika nak beli hartanah. Pasaran ini pun menarik, banyak rumah lelong rumah baru siap. Dah siap tak mampu bayar dan terlelong.
5. Dalam keadaan ekonomi 3-5 tahun ke depan ini, saya lebih galakkan pembaca beli kediaman ‘dah siap’ berbanding kediaman yang dalam pembinaan. Penawaran kediaman dalam pembinaan ada lebih 171,000 kediaman sekarang!
6. Semasa krisis ekonomi asia 97-98 lebih dari 500 pemaju gulung tikar waktu itu. Jangan teruja sebab deposit tak payah keluar, dapat rebet hingga kita rugi bertahun bayar rumah tak siap dan ada.
Buat pilihan bijak, saya banyak tulis panduan beli rumah pertama. Moga tahun ini kita sekeluarga ada rumah pertama.
Seperti yang kita sedia maklum, penyanyi Aiman Tino telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Syarah Haifa. Hanya dengan sekali lafaz, pasangan ini selamat disatukan dalam sebuah majlis akad nikah, semalam.
Majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di The Astana, Bamboo Hills, Segambut, Kuala Lumpur tersebut disempurnakan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd. Azri Ahmad Kamil Al-Hafis.
Pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM5,000 dan seutas gelang emas kepada pengantin perempuan. Jumlah wang hantaran dirahsiakan dan pasangan mempelai bersetuju tiada sebarang pertukaran dulang hantaran.
Majlis resepsi penyanyi berusia 25 tahun ini bersama pasangannya akan diadakan di Shah Alam, Selangor. Dijangkakan tetamu jemputan seramai 750 orang membabitkan kedua-dua belah keluarga pada 6 Mei ini.
Berikut dikongsikan serba sedikit latar belakang Syarah Haifa:
1. Nama sebenar: Che Syarah Haifa Che Isa
2. Nama komersial: Syarah Haifa
3. Umur: 25 tahun
4. Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Jurusan Filem Dan Televisyen Dari Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
5. Merupakan rakan kongsi perniagaan Aiman Tino.
6. Perniagaan biskut yang diusahakan bersama-sama dengan Aiman membuahkan rasa cinta antara keduanya.
7. Aiman Tino dan Syarah Haifa dipertemukan oleh seorang rakan. Aiman Tino mempunyai ramai rakan di ASWARA.
8. Pada mulanya Aiman menjadi ‘pengikut’ di Instagram Syarah Haifa. Pada tahun 2020 mereka memulakan perniagaan bersama. Hubungan mereka menjadi serius pada 2022.