Jangan hanya fokus wajah sahaja, sesekali cerahkan ketiak pun wajib, tau! Nak-nak anda yang bakal jadi pengantin, sebaiknya sental semua bagi bersih dan ‘elok’ di mata encik suami.
Jom cuba tip ini untuk hilangkan masalah ketiak gelap. Mula-mula anda kena tahu punca kenapa ketiak dan celah-celah tertentu hitam.
Bakal Pengantin, Nanti Jangan Lupa Cerahkan Ketiak Guna Tip Ini!
Pisau cukur seeloknya setiap kali nak mencukur, WAJIB ambil yang baru.
Jangan guna berulang kali. Bila dah tumpul, ini boleh jadi punca ketiak dan celah hitam.
Cara Nak Rawat Ketiak Hitam
Rawatannya sangat mudah dan semestinya bagus untuk kulit.
Ambil tahu dulu apa fungsi lemon dan timun. Okay, fungsinya untuk mencerahkan ketiak dan celahan yang gelap.
Macam mana nak buat?
1. Setiap kali mandi, potong lemon dalam 5 keping dan timun 5 keping.
2. Selepas dah sabun dan bercukur bagai, last step harus guna lemon dan timun.
3. Caranya hanya gosokkan sahaja di tempat-tempat yang hitam seperti ketiak dan celah-celah yang hitam tu.
4. Harus dimulakan dengan timun dahulu. Gosok sampai hancur timun tu pun tak apa. Dan bilas.
5. Selepas itu diteruskan dengan lemon. Sama juga gosok sampai hancur lemon tu pun tak apa.
Ok dah siap, bilas saja.
Pesanan: JANGAN SABUN! AMALKAN SELALU DAN RAJIN KAN DIRI. TOLONG JANGAN MALAS.
Nah, mudah bukan? Nanti jangan lupa cuba petua ini untuk cerahkan ketiak yang gelap!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Atasi Kulit Berpeluh Lepas Pakai Pelembap Dan Sunscreen, Pastikan Ikut Langkah
Kalau nak tahu, kulit berpeluh lepas pakai pelembap dan sunscreen sebab ada proses membebaskan haba. Situasi ini normal dan tidak terlalu janggal bagi anda yang sudah biasa memakai set pejagaan kulit.
Cara Atasi Kulit Berpeluh Lepas Pakai Pelembap Dan Sunscreen, Pastikan Ikut Langkah
Bila pakai moisturizer atau sunscreen, kandungannya yang bersifat occlusive (memerangkap) akan membentuk lapisan perlindungan bagi menghalang kulit kehilangan lembapan.
Ini menyebabkan peluh terbebas lebih perlahan dan titisan yang keluar adalah lebih besar dan ketara.
Simptom ini juga turut terjadi apabila pakai losyen badan atau makeup.
Cara untuk mengatasinya adalah:
1. Kurangkan saiz moisturizer yang dipakai.
Kadang kulit hanya berpeluh sewaktu mula-mula pakai pelembap, jadi biarkan dan kalau nak selesa, pakai dalam aircond. Cepat lah pelembap tu kering dan meresap ke dalam kulit. Lama-kelamaan makin serasi dengan kulit dan tidak berpeluh lagi. Sekiranya kulit tetap jadi berpeluh, cuba kurangkan sedikit jumlah moisturizer yang dipakai pada muka.
Haaa.. tapi jumlah sunscreen tak boleh kurangkan ya, mesti pakai dengan dos yang betul iaitu 2 jari untuk seluruh muka.
2. Kurangkan lapisan produk penjagaan kulit.
Melapis produk penjagaan kulit dengan banyak boleh buatkan kulit jadi berpeluh kerana sesetengah toner, essence, dan serum yang dipakai sebelum moisturizer turut mempunyai bahan yang occlusive (memerangkap) biasanya jenis silicone.
Cuba pecahkan kepada beberapa rutin yang berlainan sebagai contoh toner untuk rutin pagi, essence pada rutin pertengahan hari, dan serum untuk rutin malam.
3. Tukar kepada moisturizer dan sunscreen yang lebih ringan.
Pilih moisturizer yang mempunyai tekstur gel atau gel-cream kerana komposisi occlusive nya adalah lebih sedikit. Selain itu, pilih jenis yang cepat menyerap dan mempunyai kemasan (finishing) yang sesuai dengan jenis kulit.
Sunscreen jenis gel atau watery essence adalah lebih ringan berbanding jenis cream. Jika boleh, pilih suncsreen yang tinggi kandungan pelembap dan manfaat lain supaya tidak perlu pakai moisturizer lagi sebelumnya. Hanya pakai sunscreen sahaja sudah memadai untuk rutin siang.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, produk dengan label ‘oil-free’ atau ‘non-comedogenic’ bukan jaminan, ini tidak membuatkan kulit jadi berpeluh.
Ada beberapa pelembap dan sunscreen yang dilabel begitu tetapi bila saya pakai tetap tak selesa, berpeluh, dan rasa melekit.
Cara paling tepat untuk tahu sesuatu produk itu sesuai atau tidak dengan kulit kita, tak lain tak bukan adalah: kena pakai sendiri.
Itu sahaja ‘undang-undang’ melawa kali ini. Harap anda boleh praktik dalam penjagaan wajah ya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Suami Boleh Kerja Sekali Dengan Ex Husband, Itu Level LUAR BIASA!
JODOH & BEKAS – bukan soal keserasian dan kesempurnaan , tp soal siapa yg mampu bertahan dan kekal berjuang .
Kisahnya, Izza dan Ammar adalah guru dan bekas anak murid. Izza yang mengajar secara kontrak diminati Ammar namun tidak disampaikan hasratnya untuk berkenalan sehinggalah Izza sudah bertukar ke sekolah lain.
“Ketika itu saya mengajar kelas tingkatan tiga dan empat dan suami pula merupakan pelajar tingkatan tiga. Pada awalnya saya hanyalah seorang guru yang diminati anak murid (suami). Tak pernah sekalipun Ammar mengaku dia menyukai saya dan saya sendiri langsung tidak tahu yang dia sukakan saya. Sehinggalah pada satu hari saya bertukar ke sekolah lain.
Rupa-rupanya ‘kehilangan’ saya itu membuatkan Ammar mula mencari-cari. Akhirnya pada tahun 2016, suami dapat cari saya di Facebook, itupun sebab nak ucapkan selamat hari guru.”
Tip hormat pasangan lebih muda:
- Beza usia kami 11 tahun. Tapi saya jenis banyak bercakap dan happy go lucky. Manakala Ammar pula serius, pendiam dan lebih matang daripada saya. Mungkin saya lebih dari segi pengalaman dan saya juga memberi lebih nasihat dan pendapat. Namun, saya tak boleh ketepikan pendapat Ammar. Saya belajar terima pendapatnya. Saya banyak mengalah keran asaya nak biasakan diri menghormati suami. Saya mengajar Ammar untuk belajar buat keputusan sendiri dan berani bercakap.
2. Saya lebih berterus terang dan suami tak banyak cakap. Tapi saya ajarnya tentang banyak perkara supaya tidak kekok lepas kahwin. Dari situlah kami mula belajar.
3. Saya belajar biasakan diri terima pendapat Ammar dan buat keputusan sendiri. Sebelum kahwin lagi saya praktikkan untuk berbincang tentang sesuatu perkara.
4. Saya mempunyai perniagaan sendiri. Semua keputusan tentang bisnes saya yang uruskan. Sebelum kahwin saya ajak Ammar buat bisnes bersama untuk membiasakan diri ada rakan kongsi.
5. Sebagai wanita/isteri yang lebih berusia dari suami, jangan ada sikap ego, sombong dan pentingkan diri sendiri. Walaupun kita yang lebih tua, kita tetap perlu hormat pada suami. Suami perlu memainkan peranan penting walaupun dia masih muda. Banyak belajar dan rajin belajar benda-benda baru.
6. Isteri juga kena banyak tolong suami. Macam saya, saya sengaja serahkan perkara yang susah kepada suamu walaupun saya mampu uruskan sendiri. Tapi saya mahu dia lebih advance daripada saya. Sekurang-kurangnya ada juga perkara yang saya tak boleh lakukan dan dia lebih berpengetahuan.
7. Sejak awal lagi suami dah pesan pada saya jangan buat semua benda kerana dia tahu saya independent. Malah nak balik ke rumah mak sendiri pun suami tak mahu saya pandu kereta sendiri. Dari situ saya belajar hormatkan suami sebagai pasangan dan membuatkan kami rasa tak ada jarak di antara kami.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bercinta Dah Lama Tapi Tak Bersedia Nak Kahwin, Inilah Tandanya!
Ramai yang dah bercinta lama tetapi masih tak bersedia nak kahwin atas sebab-sebab tertentu.
Kalau ikutkan perkahwinan ini adalah pintu gerbang untuk memulakan perjalanan panjang yang penuh liku. Jadi anda kena ambil serius dan berbincang bersama pasangan mengenai persediaan perkahwinan sebelum mendirikan ‘masjid’.
Berikut adalah beberapa ciri pasangan yang belum bersedia untuk berkahwin yang boleh anda semak:
1. Komen negatif tentang perkahwinan
Perkara yang mendorong perilaku ini boleh terjadi disebabkan sama ada kerana si dia trauma masa lalu, isu kepercayaan atau sebab lain.
Tetapi jika pasangan anda lebih kerap memberi komen negatif tentang perkahwinan, bermakna pasangan anda tidak ‘tergesa-gesa’ untuk meneruskan hubungan mereka ke peringkat perkahwinan.
2. Fokus pada diri sendiri
Mengejar kerjaya dan impian adalah hak setiap individu. Namun, sekiranya pasangan anda tidak menyertakan anda dalam perancangan masa depannya, kemungkinan dia tidak mengambil serius dalam perhubungan kalian.
Termasuk jika pada masa ini pasangan anda masih suka melepak atau berpesta dengan rakan-rakannya daripada melakukan perkara yang lebih bermanfaat.
3. Selesaikan masalah dengan beremosi
Dalam perhubungan, pertengkaran adalah perkara biasa yang berlaku. Malah, pasangan yang tidak pernah bergaduh dalam perhubungan juga boleh diragui kasih-sayangnya.
Sebaliknya, jika anda dan pasangan sering berborak tentang perkara remeh dan menjadikannya lebih beremosi dan dramatik, berkemungkinan belum masanya untuk kalian ke jinjang pelamin.
Ini memerlukan dua orang dewasa yang sama-sama ‘matang’ untuk mampu berkonflik dan mengatasi perbezaan demi mengekalkan hubungan yang berkekalan.
4. Ubah topik perbualan bila cakap pasal kahwin
Bendera merah yang seterusnya adalah jika anda atau pasangan sering mengelak atau menukar topik perbualan apabila hal perkahwinan dibincangkan. Dari segi psikologi, orang benar-benar ingin bercakap tentang perkara yang menggembirakan mereka dan cenderung untuk mengelakkan topik yang membuat mereka tidak selesa.
5. Tak bawa jumpa keluarganya
Jika pasangan anda serius menjalinkan hubungan, dia akan cuba membawa anda ke dalam kehidupan mereka.
Selain melibatkan anda dalam rancangan masa depannya, dia juga tidak akan teragak-agak untuk memperkenalkan diri anda kepada keluarga, kawan atau orang penting dalam hidupnya.
Jika ini tidak berlaku, jangan terlalu berharap.
6. Tolak perbincangan sensitif
Setelah berkahwin, pasangan anda adalah orang pertama yang akan dilihat apabila bangun dan orang terakhir sebelum anda tidur.
Itulah sebabnya jika anda dan pasangan belum bersedia untuk bercakap secara terbuka tentang perkahwinan, termasuk mengenai komitmen, seks, nilai, kewangan, dan lain-lain, kemungkinan besar anda masih jauh dari fasa perkahwinan. Terutama jika anda mempunyai prinsip atau nilai yang berbeza dalam isu-isu yang penting.
7. Tidak berdikari dari segi kewangan
Pasangan yang serius akan tidak menganggap topik kewangan sebagai materialistik atau ‘rezeki sudah diatur’.
Orang yang sudah bersedia untuk berkahwin memahami bahawa perkahwinan hanyalah “syarat” dan kehidupan selepas itu adalah panjang dan mencabar. Itulah sebabnya mereka memahami bahawa kestabilan kewangan adalah salah satu bekalan yang perlu disediakan untuk memikul tanggungjawab yang besar.
Haaa… itulah ciri pasangan yang belum bersedia untuk berkahwin. Kalau anda atau pasangan mempunyai tanda-tanda ini, boleh cepat-cepat buat keputusan sama ada nak teruskan atau cukup sampai di situ.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI