Kad jemputan telah pun diedarkan kepada semua senarai tetamu. Ini menandakan tinggal beberapa hari lagi majlis perkahwinan anda akan dilangsungkan. Dalam membayangkan kemeriahan itu nanti, apa yang lebih penting saat ini adalah anda perlu meningkatkan tahap kesihatan diri.
Maklumlah, bukankah anda merupakan ‘orang penting’ pada majlis tersebut terutama ketika musim hujan begini. Semua mata akan tertumpu kepada anda.
Sudah pasti anda tidak mahu di hari bahagia itu nanti, wajah sugul yang anda pamerkan kerana kurang sihat atau sebagainya. Jadi untuk menjamin tahap kesihatan yang stabil, ayuh tingkatkan lagi tahap kesihatan anda dengan cara yang berkesan.
1. Tidur Yang Berkualiti
Berdasarkan kajian, sebahagian wanita hanya tidur enam jam sahaja sehari. Ini menyebabkan terdapat lebam-lebam hitam di keliling mata. Kekurangan tidur membuatkan kekuatan badan akan menurun dan mengalami keletihan. Jadi, untuk anda merasa badan lebih segar dan sihat, anda hendaklah mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sekurang-kurangnya lapan jam sehari.
2. Ketawa
Ads
Merupakan satu senaman ringan yang bermanfaat untuk menurunkan berat badan serta melancarkan saluran pernafasan. Selain itu, ia dapat menyingkirkan sel-sel penyakit dalam tubuh. Jadi, anda tidak perlu gusar memikirkan hari-hari bahagia yang bakal dilalui nanti. Tempuhlah dengan gembira bersama keluarga dan rakan-rakan.
3. Jangan Pendam Emosi
Perasaan anda tentunya bertambah rungsing, lebih-lebih lagi jika hanya tinggal beberapa hari dalam membuat persiapan perkahwinan. Mungkin hantaran, cenderahati atau bunga telur belum siap sepenuhnya. Jadi, janganlah terlalu bimbang dan memendam emosi hingga menjejaskan mood anda. Minta bantuan daripada keluarga dan sanak-saudara. Sentiasa berfikiran positif kerana ia akan membantu meningkatkan kekuatan diri.
4. Elakkan Stres
Ads
Stres yang berpanjangan membuatkan diri anda tidak menentu dan secara tidak langsung, mengganggu emosi anda. Jangan biarkan diri anda kelihatan lemah dan tidak bermaya di hari persandingan.
5. Ambil Vitamin
Kesibukan membuat persiapan tentu membuatkan anda tidak cukup makan. Jangan biarkan diri anda tidak terurus sebegitu. Ambil vitamin A, C, E dan mineral agar dapat menstabilkan tubuh anda dan menggantikan supplement makanan.
6. Minum Air Masak
Ads
Sesibuk manapun, jangan dilupa perihal minum. Sekurang-kurangnya ambil 8 gelas sehari untuk menampung dan menjaga selaput lendir di hidung dan kerongkong.
7. Senaman
Sumber: Google
Amalkan senaman setiap pagi untuk menjadikan badan lebih sihat. Jika anda abaikan tentunya akan melemahkan sistem imun diri. Pastinya anda tidak mahu kelihatan lemah pada hari keraian bukan?
8. Kurangkan Makanan Manis
Jangan membenarkan diri anda mengambil makanan berat yang boleh menyebabkan baju pengantin yang anda tempah tidak muat. Ia bukan sahaja mendatangkan penyakit tetapi boleh mempengaruhi penampilan anda di hari bahagia.
9. Tingkatkan Pengambilan Makanan Berkhasiat
Ambil makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, kacang dan jus yang boleh mengatasi gangguan kesihatan anda.
10. Terapi
Perkara penting beberapa hari sebelum tibanya hari perkahwinan adalah dengan melakukan terapi seluruh badan. Ini akan memerikan tubuh anda lebih segar, sihat dan menghilangkan tekanan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk anda yang dah kahwin, berkawan lah dengan isteri dan ambil peduli tentangnya. Sibuk mana pun anda mencari rezeki, jangan lupa untuk hello bertanya khabar. Macam mana dia di tempat kerja.
Ini tidak, ramai yang buat-buat sibuk. Langsung tak sempat kongsi tentang rasa. Ya, mungkin penat tetapi ketahuilah orang rumah anda juga perlukan kawan untuk berkongsi tentang rasa. Kawan untuk tumpangkan bahu.
Dah Kahwin Kena Layan Isteri
Nah, ini beberapa nasihat untuk suami agar menjadikan isteri sebagai sahabat, bukan hanya isteri:
1. Jalinlah hubungan persahabatan yang erat dengan berkongsi perasaan, fikiran dan pengalaman hidup bersama isteri. Biarkan dia menjadi tempat untuk meluahkan segalanya.
2. Berbuallah secara terbuka, jujur dan saling memahami antara satu sama lain. Salah faham dan tersembunyi perasaan merosakkan persahabatan.
3. Luangkan masa bersama isteri untuk berbual-bual, berkelah dan melakukan aktiviti kegemaran bersama. Ini akan mengeratkan hubungan persahabatan.
4. Berikan sokongan dan dorongan penuh apabila isteri menghadapi cabaran. Sahabat yang baik sentiasa memberi semangat.
5. Kongsi gelak ketawa dan senda gurau bersama. Hubungan persahabatan yang sihat perlu diseliakan dengan kegembiraan.
6. Hormati dan percayai isteri seperti sahabat. Tiada sebarang helah dan tipu muslihat dalam persahabatan yang sejati.
7. Berikan ruang dan kebebasan kepada isteri untuk menjadi diri sendiri. Sahabat menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.
8. Jadikan isteri sebagai orang pertama diutamakan selepas kedua ibu bapa. Sahabat seharusnya didahulukan dari yang lain.
9. Bermusyawarah dan berbincang setiap perkara penting bersama isteri. Pendapat sahabat amatlah dihargai.
10. Jangan sesekali mengkhianati kepercayaan isteri. Mengkhianati sahabat adalah dosa yang besar.
Sekiranya suami benar-benar menjadikan isteri sebagai sahabat sejati sepanjang kehidupan, insya-Allah kehidupan rumah tangga akan sentiasa dipenuhi dengan keakraban, kebahagiaan dan kejayaan yang berpanjangan. Persahabatan adalah ikatan yang tidak ternilai harganya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Soalan: Apakah hukum sekiranya suami dan isteri bercumbu di khalayak ramai dan media sosial bagi menzahirkan kemesraan mereka?
Jawapan:
Bermesraan antara suami dan isteri setelah berkahwin adalah sesuatu yang dihalalkan. Ia adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang mempunyai naluri untuk memiliki dan dimiliki. Justeru, menzahirkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing melalui sentuhan dan kata-kata adalah perkara biasa.
Walaubagaimanapun, Islam amat memberi perhatian terhadap isu kehormatan dan maruah suami dan isteri. Sabda Nabi SAW:
الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ شُعْبَةً، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الْإِيمَانِ
Maksudnya: “Iman itu ada tujuh puluh lebih cabang. Dan rasa malu salah satu cabang dari iman.”
(Riwayat Muslim, no. 35)
Rasa malu menurut Imam an-Nawawi rahimahullah adalah: “Akhlak terpuji yang mendorong seseorang untuk meninggalkan sesuatu yang buruk dan mencegahnya dari kelalaian dalam memenuhi hak para pemiliknya.”
Dalam hal lain, beliau juga menyebutkan antara perkara yang menjatuhkan maruah adalah mencium isteri di khalayak ramai. (Lihat Minhaj al-Talibin, m. 345)
Justeru, perbuatan suami isteri bercumbu hendaklah dielakkan di khalayak umum dan juga di media sosial kerana ia bukannya akhlak Muslim dan jauh sekali daripada adab ketimuran yang kita junjung selama ini. Semoga kita semua berusaha menzahirkan akhlak dan adab yang mulia dalam kehidupan kita.
Kami tutup dengan sebuah sabda Nabi SAW:
الحَيَاءُ لاَ يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ
Maksudnya: ”Sesungguhnya sifat malu tidaklah mendatangkan apa-apa kecuali hanya kebaikan.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 6117)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan pentingkan diri sendiri tetapi sebelum buat keputusan berpisah biasanya wanita berstatus sudah melalui 5 fasa yang buat dia pilih untuk melangkah pergi.
Ya, dia sedang musnah dan hatinya mula berkecai. Nak tahu lebih jauh, jemput baca perkongsian daripada Puan Marlia Ramli ini.
Sebelum Buat Keputusan Berpisah
Berpisah tidak semestinya kerana pasangan curang. Ada pelbagai konflik yang menjadi sebab penceraian. Isteri sendiri ada beberapa fasa dalam menangani konflik.
Fasa 1 : dia meluahkan ketidakpuasan. Dia menangis. Dia mengadu. Dia memberitahu. Dia berharap suami yang dicintai mengerti. Melindungi dan memberikan cinta dua kali.
Fasa 2 : dia mengamuk. Dia marah-marah jika suami tidak validate atau gagal mempeduli konflik yang dihadapi. Dia ungkit segala. Dia mahu didengari. Dia mahu suami sentiasa menyebelahinya dan suami sentiasa di sisi.
Fasa 3 : dia diam. Dia tidak lagi menangis. Dia tidak lagi mengadu. Dia tidak lagi menagih simpati. Dia tak mahu pandang, sebut atau bercakap soal itu. Ini adalah fasa hatinya sudah berkecai. Biasanya kaum suami fikir isteri dah okay sebab dia dah diam. Hakikatnya? Ini fasa she is totally destroyed.
Fasa 4 : dia mula membuat persediaan. Menunggu masa anak-anak besar mungkin? Mendapatkan nasihat ibu bapa mungkin? Mengumpul wang mungkin? Ketika ini dia memulakan proses isolated. In fact ada yang keluar rumah untuk self healing. Mengasingkan diri untuk memberi diri ruang.
Fasa 5 : dia buat tuntutan cerai. Hatinya sekeras batu. Jiwanya tertutup. Dia langsung tidak mahu berbincang. Dia tidak lagi mahu berkata-kata. Dia tidak lagi menangis. Airmatanya telah tiada. Dia cuma mahu? Berlalu pergi.
Jadi, untuk suami yang rasional dan matang, sentiasa tangani semua konflik di fasa 1 dan fasa 2.
Jangan sesekali beranggapan isteri kalian diam bermakna dia okay. She is not. DIA SEDANG MUSNAH.
Untuk menyelamatkan rumah tangga? Jaga dia sebelum dia tertutup hati dan melangkah pergi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!