Bakal Pengantin Perlu Lakukan Perkara Ini Demi Kesihatan Diri Sebelum Hari Bahagia

Share
Kad jemputan telah pun diedarkan kepada semua senarai tetamu. Ini menandakan tinggal beberapa hari lagi majlis perkahwinan anda akan dilangsungkan.  Dalam membayangkan kemeriahan itu nanti, apa yang lebih penting saat ini adalah anda perlu meningkatkan tahap kesihatan diri.
Maklumlah, bukankah anda merupakan ‘orang penting’ pada majlis tersebut terutama ketika musim hujan begini. Semua mata akan tertumpu kepada anda.
Sudah pasti anda tidak mahu di hari bahagia itu nanti, wajah sugul yang anda pamerkan kerana kurang sihat atau sebagainya. Jadi untuk menjamin tahap kesihatan yang stabil, ayuh tingkatkan lagi tahap kesihatan anda dengan cara yang berkesan.

1. Tidur Yang Berkualiti

Berdasarkan kajian, sebahagian wanita hanya tidur enam jam sahaja sehari. Ini menyebabkan terdapat lebam-lebam hitam di keliling mata. Kekurangan tidur membuatkan kekuatan badan akan menurun dan mengalami keletihan. Jadi, untuk anda merasa badan lebih segar dan sihat, anda hendaklah mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sekurang-kurangnya lapan jam sehari.

2. Ketawa

Merupakan satu senaman ringan yang bermanfaat untuk menurunkan berat badan serta melancarkan saluran pernafasan. Selain itu, ia dapat menyingkirkan sel-sel penyakit dalam tubuh. Jadi, anda tidak perlu gusar memikirkan hari-hari bahagia yang bakal dilalui nanti. Tempuhlah dengan gembira bersama keluarga dan rakan-rakan.

3. Jangan Pendam Emosi

Perasaan anda tentunya bertambah rungsing, lebih-lebih lagi jika hanya tinggal beberapa hari dalam membuat persiapan perkahwinan. Mungkin  hantaran, cenderahati atau bunga telur belum siap sepenuhnya. Jadi, janganlah terlalu bimbang dan memendam emosi hingga menjejaskan mood anda. Minta bantuan daripada keluarga dan sanak-saudara. Sentiasa berfikiran positif kerana ia akan membantu meningkatkan kekuatan diri.

4. Elakkan Stres

Stres yang berpanjangan membuatkan diri anda tidak menentu dan secara tidak langsung, mengganggu emosi anda. Jangan biarkan diri anda kelihatan lemah dan tidak bermaya di hari persandingan.

5. Ambil Vitamin

Kesibukan membuat persiapan tentu membuatkan anda tidak cukup makan. Jangan biarkan diri anda tidak terurus sebegitu. Ambil vitamin A, C, E dan mineral agar dapat menstabilkan tubuh anda dan menggantikan supplement makanan.

6. Minum Air Masak

Sesibuk manapun, jangan dilupa perihal minum. Sekurang-kurangnya  ambil 8 gelas sehari untuk menampung dan menjaga selaput lendir di hidung dan kerongkong.

7. Senaman

Sumber: Google
Amalkan senaman setiap pagi untuk menjadikan badan lebih sihat. Jika anda abaikan tentunya akan melemahkan sistem imun diri. Pastinya anda tidak mahu kelihatan lemah pada hari keraian bukan?

8. Kurangkan Makanan Manis

Jangan membenarkan diri anda mengambil makanan berat yang boleh menyebabkan baju pengantin yang anda tempah tidak muat. Ia bukan sahaja mendatangkan penyakit tetapi boleh mempengaruhi penampilan anda di hari bahagia.

9. Tingkatkan Pengambilan Makanan Berkhasiat

Ambil makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, kacang dan jus yang boleh mengatasi gangguan kesihatan anda.

10. Terapi

Perkara penting beberapa hari sebelum tibanya hari perkahwinan adalah dengan melakukan terapi seluruh badan. Ini akan memerikan tubuh anda lebih segar, sihat dan menghilangkan tekanan.
Published by
Naqiyatul Uzma