Kini pelbagai jenis produk penjagaan rambut dijual di pasaran. Tapi awas, jangan sampai anda tersalah pilih! Pilih jenama yang benar-benar yakin, sesuai dengan rambut anda dan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah rambut yang anda hadapi. Rambut dikatakan tidak sihat dan memerlukan rawatan segera apabila kutikel di bahagian rambut mula mengalami kerosakan, rapuh dan mudah putus lantas menyebabkan rambut nampak kusam dan tidak bermaya.
1. Rambut rosak.
Terdapat banyak sebab dan jenis rambut rosak. Contohnya, kerap diwarnakan, proses mengeriting dan sebagainya. Ini adalah enam faktor utama yang sering menyebabkan rambut rosak iaitu:
• Kesan kimia
• Panas
• Kesan pelurusan yang salah
• Menyikat terlalu kuat
• Kesan getah pengikat
2. Rambut berminyak
Disebabkan anda terlalu kerap mencuci rambut atau terlalu kurang mencuci rambut boleh menyebabkan rambut berminyak. Jika terlalu kerap mencuci rambut setiap kali anda mandi, ia akan menyebabkan kehilangan lembapan sekali gus membuatkan rambut kering. Namun jika anda terlalu jarang pula mencuci rambut, ia juga boleh menyebabkan rambut menjadi rosak dan mudah gugur. Selain itu, kelemumur juga
akan muncul dan menyebabkan kulit kepala berasa gatal.
3. Rambut berkelemumur
Kelemumur merupakan sejenis jangkitan pada kulit kepala yang lembap dan berminyak. Kulit kepala akan mengalami kegatalan, kemerahmerahan, berminyak dan berkeruping putih atau kuning. Ia boleh menyebabkan keguguran rambut dan kepala menjadi botak. Terdapat banyak punca yang menjurus kepada masalah kelemumur. Yang paling lazim ialah masalah kelemumur aktif atau bahasa saintifiknya dikenali sebagai seborrhoeic dermatitis.
4. Rambut gugur
Tidak hairanlah jika wanita memandang masalah keguguran rambut sebagai sesuatu yang cukup serius. Ini kerana kebiasaannya keguguran rambut berlaku disebabkan oleh faktor keturunan pada peringkat remaja, lingkungan usia 20-an atau 30-an. Masalah ini akan menjadi lebih ketara apabila anda mencecah usia 40-an. Bagi setiap individu, hampir 90 peratus rambut akan terus berada dalam fasa pertumbuhan, manakala bakinya di kulit kepala akan berada di dalam fasa rehat. Kini pelbagai jenis produk penjagaan rambut dijual di pasaran. Tapi awas, jangan sampai anda tersalah pilih! Pilih jenama yang benar-benar yakin, sesuai dengan rambut anda dan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah rambut yang anda hadapi. Rambut dikatakan tidak sihat dan memerlukan rawatan segera apabila kutikel di bahagian rambut mula mengalami kerosakan, rapuh dan mudah putus lantas menyebabkan rambut nampak kusam dan tidak bermaya.