Wanita dan kecantikan seperti irama dan lagu. Mereka tampil cantik untuk kepuasan diri sendiri, agar nampak segar dan berkeyakinan. Lagi-lagi bagi bakal pengantin sudah semestinya mahukan warna yang menyerlah di hari bahagia mereka.
Lipstik adalah antara alat mekap terpenting, kerana kulit bibir adalah amat sensitif dan mudah rosak, kehitaman dan kering. Sebab itu kita juga perlu berhati-hati memilih lipstik kerana secara tidak langsung kita akan termakan juga lipstik itu.
1. Elakkan lipstik ‘ikut warna darah’
Ini kerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit bibir kering dan kehitaman. Bahan kimia ini bertindakbalas dengan suhu dan pH kulit untuk menghasilkan warna merah.
2. Elakkan lipstik yang mengandungi ‘dye’
Dye akan menyebabkan kulit cepat rosak dan sukar untuk mengembalikan warna asal bibir. Jika lipstik tahan terlalu lama (atau sukar untuk dicuci) ia mesti mengandungi dye.
3. Lipstik terbaik ialah yang mudah dicuci
Anda boleh perhatikan apakah lipstik anda masih melekat dibibir ketika dicuci. Jika ya, berhenti memakainya kerana sukar untuk mengambil wuduk.
4. Elakkan memakai lipstik yang berharga terlalu murah
Kerana ia pasti menggunakan bahan-bahan murah dan akan merosakkan bibir dalam jangkamasa panjang.
5. Kenali pengeluar lipstik
Kerana kita perlu pastikan bahan-bahan yang digunakan bukan daripada sumber haiwan atau tidak.
Sumber : dwangishoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI