Tarikh nikah sudah dekat, ini checklist anda. Jangan tertinggal walaupun satu. Tak tahu mana nak mula? Jangan gugup cuma tanda satu-satu. Kami di Pesona Pengantin akan sentiasa mengingatkan dan membantu anda dalam persediaan alam perkahwinan.
Senarai WAJIB
1-Kursus Nikah
Adakah anda sudah menghadiri kursus yang diwajibkan kepada pasangan ingin mendirikan rumah tangga? Ia merupakan kursus yang wajib diambil sebelum anda berkahwin. Sila daftar awal kerana kebiasaannya kursus tersebut sentiasa penuh apatah lagi menjelang bulan musim cuti sekolah atau akhir tahun.
2-Hantar Borang Permohonan Nikah
Jangan bertangguh untuk menghantar borang permohonan di negeri masing-masing bagi mendapatkan surat kebenaran berkahwin. Seeloknya sebulan lebih awal daripada tarikh nikah.
Anda harus ingat bahawa pihak lelaki perlu mengesahkan kesemua borang permohonan ini dan barulah pihak perempuan boleh melengkapkan borang permohonan mereka. Setelah siap, hantar semua dokumen pada Pejabat Agama Islam Daerah. Antara dokumen yang perlu ada:
Borang Permohonan Lelaki (borang 2A)
Borang Akuan Bujang
Borang Pengesahan Jurunikah
3-Ujian HIV/AIDS
Lakukan ujian di klinik atau hospital kerajaan dan swasta yang hanya terpilih sahaja.
4-Tempah waktu Tok Kadi/Imam
Anda boleh dapatkan khidmat tok kadi/imam di masjid atau surau berdekatan dengan lokasi pernikahan.
Ads
5-Dapatkan saksi pernikahan
Perkara ini kadang kala hampir lupa dipandang oleh pasangan yang ingin berkahwin. Walaupun boleh ‘bidan terjun’ tetapi terdapat syarat yang perlu ditepati. Segeralah cari dua orang saksi nikah anda.
6-Berlatih akad nikah
Sedar tak sedar, ini merupakan ketakutan yang teratas bagi lelaki. Sering kali tersasul kerana terlalu gemuruh melafazkan akad nikah. Apa kata seminggu sebelum tarikh pernikahan, anda sudah mula berlatih cara-cara lafaz nikah agar ia lancar di mulut. Practise make perfect.
7-Duit ‘sagu hati’ Jurunikah
Sediakan awal-awal bayaran ‘angpau’ jurunikah pada hari pernikahan dan berikan kepada ahli keluarga yang terdekat. Ingatkan ahli keluarga agar memberi angpau tersebut kepada anda sebelum majlis lafaz akad bermula. Sebaik sahaja doa habis dibaca sejurus akad, anda serahkan wang tersebut kepada jurunikah atau imam.
Walaupun ini bukan perkara wajib setidaknya wang tersebut adalah sebagai tanda penghargaan memudahkan proses pernikahan. Sebelum itu, risik jumlah pembayaran angpau tersebut sewaktu anda hantar borang permohonan borang nikah.
Ads
8-Sediakan kad pengenalan asal
Pada hari akad nikah, sediakan siap-siap kad pengenalan yang asal. Ingatkan juga pada pasangan. Kad ini memang akan diminta oleh jurunikah atau imam sebagai rujukan.
9-Mas Kahwin
Apa yang penting adalah jumlah mas kahwin seperti yang dituntut oleh agama. Sediakan kos ini dahulu. Bawa pada hari pernikahan. Perkara lain seperti wang hantaran dan barang hantaran adalah adat.
10-Bajet
Anggaran kos untuk sesuatu majlis perkahwinan bergantung pada perancangan anda. Jika anda hanya mahukan majlis yang asas seperti akad nikah dan sedikit majlis kesyukuran tanda hebahan perkahwinan anda maka ia tidak melibatkan kos yang banyak. Jika anda inginkan perkahwinan impian, teliti bajet anda dahulu.
Ads
Maskulin saran agar anda sentiasa mengukur baju di badan sendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Jangan ikut nafsu, kelak anda akan merana. Digalakkan sama sekali agar anda menabung awal untuk kos perkahwinan. Jika anda ingin lakukan pinjaman wang di syarikat berlesen seperti bank, anggap ia jalan penyelesaian terakhir dan bukan yang pertama. Elak dari berhutang.
11-Barang hantaran
Tentukan berapa jumlah yang akan diberikan kepada pasangan perempuan. Kebiasaannya bilangan nombor ganjil akan diambil. Tiga hantaran pihak lelaki akan berbalas lima hantaran daripada pihak wanita. 3/5, 5/7, 7/9 dan sebagainya.
12-Edar kad kahwin
Kad kahwin kebiasaannya diedarkan dua atau tiga minggu sebelum tarikh perkahwinan. Kebiasaannya keluarga akan memainkan peranan untuk menjemput sanak saudara terdekat dan jiran tetangga. Yang selebihnya, andalah yang perlu menyerah sendiri kad-kad tersebut kepada sahabat handai.
13-Khidmat Pelamin & Busana
Dapatkan khidmat pelamin dan persalinan pengantin mengikut cita rasa dan bajet anda. Dude, it’s your wedding day! Dan tidak salah untuk anda meraikan hari istimewa tersebut. Seeloknya tempah pelamin, mak andam dan sebagainya lima bulan lebih awal. Jika boleh dapatkan pakej-pakej perkahwinan daripada ekspo perkahwinan yang sering diadakan sekarang. Lebih jimat dan lebih mudah.
14-Papan Arah Tuju
Papan arah tuju adalah untuk memudahkan para tetamu menuju ke lokasi majlis persandingan anda. Jika boleh buat persediaan ini sehari lebih awal. Jangan malam majlis barulah anda tergopoh-gopoh nak tampal kecuali anda mempunyai tenaga kerah yang ramai. Peringatan!
Diharapkan sangat agar selepas sahaja majlis selesai, anda luangkan sedikit masa untuk menurunkan balik atau tanggalkan setiap arah tuju dari tempatnya. Ini untuk mengelakkan pencemaran mata.
Follow kami di Instagram @PesonaPengantin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam dunia pernigaan pasti ada pasang surutnya, tapi apabila ada hasad dengki akibat perniagaan orang lain lebih maju akan rasa tidak senang hati mula membelenggu diri. Bagi mereka yang sentiasa berfikiran positif mereka melihat bisnes yang merudum ini mungkin ada kena mengena dengan servis yang mereka tawarkan kurang mesra dan makanan yang rasanya tidak konsisten kadang kala sedap kala kala seperti basi pun ada.
Namun tidak dapat dinafikan ada kalangan pesaing dalam perniagaan mengambil cara mudah dan kuno dengan menggunakan khidmat bomoh untuk menggunakan sihir rezeki orang lain.
Sihir Rezeki bermaksud orang yang menyihir agar rezeki orang tersebut sempit, kedai atau tapak perniagaan musuhnya bangkrap. Cara pembatal sihir rezeki boleh dibaca pada air dan disiram sekeliling tapak sihir atau diamalkan saja ayat ini setiap hari. Juga berfaedah penarik rezeki.
Ertinya: Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
Ertinya: Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.
Ertinya: Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu. Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata.
Ertinya: Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu dan (ingatlah) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Ertinya: Demi waktu Duha. Dan malam apabila ia sunyi-sepi. Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati). Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Semoga dengan amalan ini jika kita mengalami sihir rezeki, akan Allah mansuhkan sihir rezeki tersebut dan mempermudahkan rezeki kita selepas ini.
KREDIT : kataustaz.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita ni kadang-kadang bukan tak nak peluk tapi dibesarkan dengan culture, ‘ahh malulah dah kahwin kan. Faham-faham sendiri dah la’. Walhal apa yang kita tak tahu, kadang-kadang kita perlukan setiap pelukan untuk membahagiakan hati yang mungkin pada hari itu sedang berduka, mungkin ada yang sedang menderita. Perkongsian lelaki ini, benar-benar membuka mata kita semua.
Mengikut kajian. Isteri perlu di peluk 3 kali dalam tempoh sehari untuk bagi emosi mereka lebih tenang. Saya cuba teknik ini dari bulan 1 lagi, nampaknya setiap bulan ada peningkatan dari segi emosi isteri.
Isteri nampak lebih ceria, lebih tenang untuk kawal emosi apabila anak meragam, sangat cekap untuk menenangkan suami ketika emosi suami tidak stabil.
Rupanya apabila kita kerap peluk isteri terutama ketika mereka dalam keadaan penat hormon oxytocin akan dirembeskan dengan lebih baik. Hormon ini akan buatkan mereka rasa tenang dan bahagia.
Jadi. Para suami ambil peluang hari ini untuk peluk isteri dengan penuh kasih sayang. Katakan kepada mereka yang kita sangat sayang dan sangat hargai mereka.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Ada 5 sebab utama kebaikan suami memeluk isteri
Meningkatkan mood isteri
Apabila seorang isteri mendapat pelukan kasih sayang dari suami, tentulah isteri akan rasa lebih bahagia dan rasa lebih sensual.
2. Menyihatkan jantung
Menurut pakar, pelukan suami juga dapat menyihatkan jantung wanita di mana kajian yang dilakukan menunjukkan kesan positif.
3. Meringankan tekanan
Hormon yang dikeluarkan dari tubuh badan akan membuatkan kita rasa lebih tenang. Sebab itu kena selalu peluk isteri!
4. Hubungan intim lebih baik
Apabila anda berpelukan dalam keadaan tenang, tentulah perasaan sensual lebih mendalam. Jangan nafikan perkara ini ya!
5. Mengurangkan rasa sakit
Pelukan suami kepada isteri yang dalam kesakitan dapat mengurangkan rasa sakit isteri. Apabila kasih sayang diberikan secara ikhlas, tentulah isteri dapat merasainya.
Kredit : Facebook Encik Matt
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dah start kahwin ni, anak pula menjadi persoalan orang ramai, bila agaknya nak dapat anak ni…Mungkin dengan 5 petua ini membantu ramai pengantin baru sekiranya anda bersedia untuk digelar ibu dan ayah.
Mengambil langkah awal prakonsepsi
Bagi menjamin kehamilan yang sihat, anda perlu berada dalam kondisi kesihatan yang baik. Berhubunglah dengan doktor untuk mengetahui keadaan kesihatan anda serta mula mengambil vitamin pranatal yang mengandungi folat, demi mengurangkan risiko bayi anda mengalami spina bifida atau kecacatan tiub saraf yang tidak terbentuk sempurna ketika dalam kandungan.
Kecacatan tiub saraf selalunya berlaku pada minggu ke-3 hingga ke-4 kehamilan dimana kebanyakan wanita masih tidak menyedari bahawa mereka sedang mengandung. Walau bagaimanapun, risiko kecacatan tiub saraf ini boleh dikurangkan sekiranya pengambilan 400mcg asid folik seawal merancang kehamilan dan terus mengambilnya semasa awal kehamilan.
Mengadakan hubungan intim pada waktu yang tepat
Sangat penting untuk anda mengetahui kitaran haid anda. Kebanyakan pasangan masih tidak berpeluang hamil meski kerap melakukan hubungan intim. Ini kerana waktu paling sesuai untuk melakukannya adalah kira-kira tiga hari proses ovulasi sedang berlaku.
Peka dengan petanda-petanda ovulasi ini sebenarnya sangat membantu. Antara petanda yang perlu anda ambil tahu adalah perubahan mukus pada serviks anda. Mukus ini akan berubah menjadi nipis dan licin ketika tempoh anda paling subur. Sesetengah wanita pula akan berasa sedikit pedih sekitar kawasan tersebut.
Mengamalkan gaya hidup sihat
Anda perlu makan makanan yang bernutrisi tinggi, mengekalkan berat badan yang sihat, bersenam dengan kerap dan buang tabiat yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol atau menggunakan dadah apabila anda mengambil keputusan untuk hamil. Selain itu, hadkan pengambilan kafein kepada hanya 200 mg dalam sehari. Pengambilan kafein yang melebihi had akan mengundang kepada masalah kesuburan.
Ini semua juga perlu dilakukan oleh pasangan anda. Mereka juga perlu membuang tabiat merokok, minum alkohol atau mengambil dadah yang boleh menjejaskan kuantiti dan kualiti sperma.
Berhenti menggunakan kontraseptif seawal mungkin
Kebanyakan para ibu lupa untuk berhenti menggunakan kontraseptif atau pil perancang keluarga sekurang-kurangnya sebulan sebelum hari ovulasi berlaku.
Kajian menunjukkan bahawa ada kaedah perancangan keluarga yang akan menyebabkan kesan sampingan ke atas kesuburan, walaupun anda telah berhenti menggunakannya. Ini mungkin akan mengambil masa beberapa bulan untuk hormon dan kitaran haid anda menjadi normal semula.
Memilih untuk mempunyai anak merupakan keputusan yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Mungkin terdapat banyak petua untuk mempercepatkan kehamilan, namun tidak semua adalah tepat. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, berbincanglah dengan doktor anda untuk mendapatkan bantuan.
Amalkan pengambilan asid folik dalam diet harian anda
Bagi wanita yang merancang untuk kehamilan dan yang sedang mengandung, kebanyakkan mereka akan mengambil asid folik sebagai langkah perlindungan untuk kesihatan bayi dan juga untuk membantu pembentukan sel-sel darah merah. Secara amnya, 85 dalam 100 wanita di Malaysia tidak mempunyai kandungan folat yang mencukupi di dalam ujian darah mereka.
Dos yang diperlukan untuk mencegah kecacatan tiub saraf hanyalah 400 mikrogram atau 0.4mg sehari, dan tidak melebihi 5mg sehari. Jika hamil, teruskan pengambilan suplemen asid folik ini sekurang-kurangnya pada 3 bulan pertama kehamilan.
Artikel ini dibawakan oleh Appeton Essentials Folic Acid
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!