Gel pembersih ini dapat membersihkan kulit yang bermasalah seperti parut dan menghapuskan sel-sel kulit mati yang tidak sihat pada permukaan kulit wajah. Ia membantu menghalang bakteria dan memelihara agar kulit menjadi lebih licin dan berseri.
Dirumus khas dengan bahan aktif utama, asid Salicylic yang bertindak sebagai agen pengelupasan serta memulihkan kulit wajah dari kesan jerawat manakala Triclosan berfungsi sebagai antiseptik dan mencegah jerawat.
Garnier Pure Active adalah scrub anti-jerawat yang diperkaya dengan Salicylic Acid & Herba Repair yang berfungsi untuk mencegah minyak, jerawat, blackheads, menutup liang pori, mengurangkan kemerahan kulit, dan parut jerawat pada wajah. Produk multifungsi 6 dalam 1, ini juga mendapat pengiktirafan halal untuk digunakan. Dengan harga yang amat berpatutan muka tiada lagi masalah.
Langkah seterusnya setelah mencuci muka dengan bersih adalah menggunakan toner.Dirumus khas dengan formula anti-bakteria yang mengandungi 2% Lactic Acid, mampu untuk membersihkan pori-pori tersumbat, menghalang pembiakan bakteria dan mencegah masalah kulit muka tanpa mengeringkan kulit.
Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, produk ini disahkan selamat untuk digunakan oleh anda yang mempunyai masalah kulit dan mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat. Produk ini juga selamat digunakan untuk wanita hamil kerana tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan kandungan.
Dengan campuran unik 11 ekstrak tumbuhan semulajadi yang berfungsi untuk penyembuhan luka dan melembapkan kulit, essence ini mempercepat proses pemulihan dan melembutkan kulit yang terluka akibat jerawat serta meminimumkan pembentukan parut.
Hypoallergenic, dermatologically telah diuji secara dermatology ianya bersifat hypoallergenic. Melembapkan kulit yang kering dan sensitif. Diuji melalui ahli dermatologi, essence ini mengandungi hypoallergenik yang dapat melembapkan kulit kering serta sensitif. Ianya tidak akan menyebabkan iritasi dan kemerahan pada kulit wajah.
Serum The Ordinary Vitamin C dirumus khas sebagai agen untuk melawan penuaan. Dengan mengandungi asid Hyaluronik untuk menghidrat dan memelihara kulit sambil mencerah serta memperbaiki tona kulit yang tidak sekata. Sebaiknya digunakan pada waktu malam sebelum anda tidur untuk membolehkan kulit anda kelihatan lebih muda berseri pada keesokan harinya.