Memiliki gigi yang putih sememangnya benda yang paling gembira kerana anda tidak akan berasa malu untuk berhadapan dan bercakap dengan orang lain.

Tetapi sekiranya anda mempunyai masalah gigi kuning dan inginkan rawatan dengan segera, anda boleh cuba bahan di bawah ini pasti dapat membantu.

BAKING SODA

Bakal Pengantin Yang Nak Gigi Cepat Putih Boleh Gunakan 2 Bahan Utama Ini!

Antara petua memutihkan gigi yang paling popular adalah dengan menggunakan baking soda.

Ads

Caranya mudah, bancuhkan suku sudu teh baking soda dengan sedikit ubat gigi. Beruskan gigi seperti biasa dan bilas dengan air. Lakukannya sekali seminggu atau setiap 2 minggu.

Jangan guna berlebihan kerana penggunaan baking soda secara melampau juga dikatakan boleh menghakis enamel gigi anda.

Ads

GARAM

Bakal Pengantin Yang Nak Gigi Cepat Putih Boleh Gunakan 2 Bahan Utama Ini!

Penggunaan garam dipercayai mampu menambah sumber mineral pada gigi dan sekaligus menyerlahkan lagi warna putihnya.

Ads

Caranya adalah dengan menyapukan garam pada gigi seperti langkah menggunakan baking soda di atas. Kemudian berus dan bilasnya seperti biasa.

Sekalipun dapat bertindak sebagai antibakteria, elakkan membubuh garam pada bahagian gusi kerana ia boleh menyakitkannya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI