Bakal pengantin yang memakai cermin mata mesti nak nampak kelainan pada hari pernikahan. Bila wajah dah disolek cantik, janganlah sembunyikan dengan cermin mata. Alternatif lain adalah menggunakan kanta lekap. Baik yang berwarna atau jernih, ini perkara yang anda perlu tahu mengenai kanta lekap!

 

Kanta lekap juga menjadi salah satu trend sekarang kerana anda boleh memilikinya dalam pelbagai warna. Namun, haruslah diingatkan jika ingin memakai kanta lekap semasa hari bahagia anda, jangan pula pakai warna yang merepek. Lain pula jadinya nanti.

Untuk Nikah/ Tunang

 

Warna contact lens mestilah sweet-sweet sahaja. Jangan terlalu terang sebab makeup pun tidak terlalu tebal. Anda akan nampak ayu je nanti. Percayalah! Contoh warna kanta lekap lembut ialah kelabu lembut dan coklat lembut.

Ads

 

Untuk Sanding

Bakal Pengantin Yang Nak Pakai ‘Contact Lens’ Kena Tahu Perkara Penting Ni Dulu!

Ads

Nak naik seri pengantin agar nampak meletop wajib pakai kanta lekap terang sebab solekan tebal. Jika pakai kanta lekap yang tak terang maka  tenggelamlah makeup dan rugi sahaja bayaran solekan mahal-mahal tapi nampak biasa sahaja. Warna kanta lekap sangat memainkan peranan.

Tengok saiz mata

Saiz mata ni penting sebab kalau kita tak fokus betul bahagian ni, nanti silap pilih. Mata yang kecil dan sepet, saiz kanta lekap yang sesuai adalah 14mm-15.mm mata yang bulat besar atau mempunyai mata hitam yang besar sesuai pilih 15mm-16mm.

Ads
Keselesaan mata
Bakal pengantin yang ingin memakai kanta lekap, pilihlah yang berkualiti kerana jika tersalah pilih yang  tidak berkualiti akan memberi kesan yang tidak diingini. Anda dinasihatkan berlatih atau membiasakan diri untuk memakai kanta lekap sebelum hari pernikahan anda agar sudah biasakan diri.

 

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI