Bakal pengantin yang memakai cermin mata mesti nak nampak kelainan pada hari pernikahan. Bila wajah dah disolek cantik, janganlah sembunyikan dengan cermin mata. Alternatif lain adalah menggunakan kanta lekap. Baik yang berwarna atau jernih, ini perkara yang anda perlu tahu mengenai kanta lekap!
Kanta lekap juga menjadi salah satu trend sekarang kerana anda boleh memilikinya dalam pelbagai warna. Namun, haruslah diingatkan jika ingin memakai kanta lekap semasa hari bahagia anda, jangan pula pakai warna yang merepek. Lain pula jadinya nanti.
Untuk Nikah/ Tunang
Warna contact lens mestilah sweet-sweet sahaja. Jangan terlalu terang sebab makeup pun tidak terlalu tebal. Anda akan nampak ayu je nanti. Percayalah! Contoh warna kanta lekap lembut ialah kelabu lembut dan coklat lembut.
Untuk Sanding
Nak naik seri pengantin agar nampak meletop wajib pakai kanta lekap terang sebab solekan tebal. Jika pakai kanta lekap yang tak terang maka tenggelamlah makeup
dan rugi sahaja bayaran solekan mahal-mahal tapi nampak biasa sahaja. Warna kanta lekap sangat memainkan peranan.Tengok saiz mata
Saiz mata ni penting sebab kalau kita tak fokus betul bahagian ni, nanti silap pilih. Mata yang kecil dan sepet, saiz kanta lekap yang sesuai adalah 14mm-15.mm mata yang bulat besar atau mempunyai mata hitam yang besar sesuai pilih 15mm-16mm.