Ini adalah alat yang sangat penting dan wajib ada dalam handbag wanita! Apa dia? Ia adalah pepper spray atau semburan cili padi untuk mempertahankan diri anda dari bahaya.
Sebenarnya benda ini sangat membantu lebih-lebih lagi kepada anda yang sering balik lewat malam atau bersendirian. Jika anda rasa seperti dalam bahaya atau seseorang yang mencurigakan mengekori anda, keluarkan saja alat ini dan sembur! mudah saja.
Bahan-bahan:
– Botol spray
– Cili padi
– Air
Cara membuatnya:
1. Sediakan botol spray. Kalau boleh pilih saiz yang mudah untuk anda simpan di dalam beg tangan.
Ads
2. Potong cili padi kecil-kecil. Ikut banyak mana yang anda inginkan, lebih banyak cili, lebih baik.
Ads
3. Masukkan cili yang telah dipotong tadi di dalam botol cili dan isikan dengan air.
Kalau nak tahu pedas ke tak, cuba la spray pada satu tempat dan boleh tahu macam-mana pedasnya pepper spray tersebut. Jangan spray merata pula ya, ingat keselamatan anda.
Ads
Sumber : vitdaily, marry ferjel
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila tekak ni dah selalu sangat menjamu rendang dan ketupat sepanjang Syawal ni, tidak salah kita beralih sekejap dengan menu popular A&W ini. Walaupun hampir sama, tapi rasanya jauh lebih sedap sebenarnya. Sudahlah jimat, boleh dinikmati secara banyak pula. Ikuti perkongsian resepi jejaka ini bersama Pesona Pengantin.
——————————————————————————–
Hai geng. Alkisah.. Anak-anak buah saya ni nak makan roti sosej coney atau coney dog yang dekat A&W tu.. Nak beli, rasa kurang berbaloi.. Mana tak nya harga RM 7 – 8 satu roti tu. Hahahaha. So, baik buat sendiri je lah.. Jimat dan lagi puas hati. Boleh buat untuk moreh. Mudah je cara nak buat.. Jom saya kongsi resepi.
Bahan-Bahan
– Roti sosej
– Sosej
– Daging kisar lembu
– sebiji bawang holland
– 3 ulas bawang putih
– sebiji tomato
– 5 biji cendawan butang
– 2 sudu serbuk cili
– 2 sudu sos tomato
– 2 sudu serbuk jintan putih
– 1 sudu serbuk kari
– 1 sudu serbuk lada hitam
Cara penyediaan
1. Mula-mula potong dan cincang separuh bawang holland, bawang putih, sebiji tomato dan cendawan butang. Tomato tu saya rebus dulu sebab nak buang kulit dia & isi tengah.
2. Daging kisar tu jangan lupa basuh dulu bang.. Saya biasa basuh dengan gandum pastu sejat daging kisar tu untuk buang air.
3. Kemudian tumis sekejap bahan² yang dipotong cincang tadi tu dengan minyak panas dan masuk kan daging kisar yang disejat.
4. Lepas tu, masukkan serbuk cili, sos tomato, serbuk jintan putih, serbuk kari dan lada hitam seperti dalam resepi tu. Tambahkan secawan air. Jangan lupa sedikit garam & gula untuk bagi secukup rasa.
5. Kacau hingga masak. Pastikan sambal tu tidak terlalu kering. Bila dah masak, biarkan seketika.
6. Roti sosej tu saya kukus supaya nak bagi roti tu lembut. Dalam 1-2 minit macam tu.
7. Sama juga dengan sosej. Saya kukus dalam 5 minit macam tu. Sosej tu saya pilih sosej pulut jumbo. Supaya rasa dia mewah sikit. Tak kisah pun sosej apa nak guna, terpulang. Dan sebelum saya kukus sosej tu, saya kelar/hiris dulu. Nak bagi dalam sosej tu masak sekali.
6. Apabila semua dah selesai, letakkan sosej diatas roti, kemudian letakkan sambal daging kisar tu atas dia. Akhir sekali separuh lagi bawang holland tu potong dadu dan taburkan di atas sambal daging kisar tu. Kalau tak nak pun takpe.
7. Sedia untuk dihidang. Kalau nak tambah cheese ke, letak sos cili ke, sos mayonis ke, pun boleh je takde masalah. Makan macam tu pun dah sedap dah.
Selamat mencuba..
Mohamad Fakhrul Aiman
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pastinya ramai yang pernah alami kejadian susu kotak yang dibeli basi dan berbau masam. Sudahnya, kita hanya buang ke dalam tong sampah.
Namum ada penyelesaiannya, susu masam boleh dijadikan keju. Hanya tambahkan cuka dan garam.
“Alhamdulillah…atas nasihat ahli2 dlm group ni sy dah buat cheese…susu kotak full cream yg basi tadi…trimakasih sy ucapkan bebanyak pd Ahli2 yg sudi berkongsi ilmu dan nasehat pd sy…mmg sedap sgguh kejadiannya… ada hikmah disebalik yg jadikan…klu tak sbb susu basi smpi kesudah sy takleh beza antara full cream dan fresh milk…
“Sy sertakan sekali resepi buat cheese disbbkan byk ahli yg blm mengetahui cara2nya….klu tersilap mohon diperbetulkan pd sifu2 yg dah biasa buat
Cara :
1.Rebus susu yang sudah basi.
2.Bila dah naik, letakkan dua sudu makan cuka dan garam.
3.Selepas itu apabila mendidih, angkat dan tapis guna kain napkin bayi yang bersih.
4.Tunggu sehingga sejuk baru diperah dan kemudian mampatkan balik guna loyang cake.
Penggunaan botol dalam idea memberi cenderahati tampak eksklusif dan ringkas. Tak perlu nak hias berlebihan dan hanya mengikut tema yang anda inginkan.
Bahan-Bahan:
• Kain renda
• Kain organza
• Botol
• kacang hijau
• Tag nama
• Tali guni berwarna putih
• Gunting
Langkah-Langkah:
1. Potong kain renda membentuk segi empat mengikut ukuran yang sesuai untuk penutup botol.
2. Selepas itu potong tali guni secukupnya.
3. Isi kacang hijau ke dalam botol sehingga penuh.
4. Selepas menutup botol, ambil kain renda dan lapik ke atas kain organza yang turut dipotong saiz yang sama.
5. Akhir sekali, ambil tali kemudian ikat dengan kemas pada penutup.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!