Wanita Yang Selalu Keluar Bersendirian Wajib Ada Benda Ni Dalam Handbag!

Share

Ini adalah alat yang sangat penting dan wajib ada dalam handbag wanita! Apa dia? Ia adalah pepper spray atau semburan cili padi untuk mempertahankan diri anda dari bahaya.

Sebenarnya benda ini sangat membantu lebih-lebih lagi kepada anda yang sering balik lewat malam atau bersendirian. Jika anda rasa seperti dalam bahaya atau seseorang yang mencurigakan mengekori anda, keluarkan saja alat ini dan sembur! mudah saja.

Bahan-bahan:

– Botol spray
– Cili padi
– Air

Cara membuatnya:

1. Sediakan botol spray. Kalau boleh pilih saiz yang mudah untuk anda simpan di dalam beg tangan.

 

2. Potong cili padi kecil-kecil. Ikut banyak mana yang anda inginkan, lebih banyak cili, lebih baik.

 

3. Masukkan cili yang telah dipotong tadi di dalam botol cili dan isikan dengan air.

 

Kalau nak tahu pedas ke tak, cuba la spray pada satu tempat dan boleh tahu macam-mana pedasnya pepper spray tersebut. Jangan spray merata pula ya, ingat keselamatan anda.

 

 

 

 

Sumber : vitdaily, marry ferjel

Published by
NanyRahman