Majlis nak dekat tapi sering lakukan tabiat sama iaitu makan malam. Salah satu faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan adalah pengambilan makanan yang melebihi keperluan. Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam.
Oleh itu, makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berlebihan berat badan. Namun begitu, makan malam sering kali dikaitkan dengan masalah kegemukan disebabkan oleh beberapa faktor .
1. Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan malam
Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang serta sayur-sayuran mengikut saranan piramid makanan.
2. Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak
Elakkan daripada mengambil makanan berminyak. Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400-500 kalori.
3. Waktu makan malam yang sesuai adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam
6.30 petang hingga 8.30 malam adalah waktu yang sangat sesuai untuk anda makan malam. Ini kerana perut anda memerlukan masa untuk menghadam makanan sebelum anda tidur. Sekiranya anda tidur lewat dan masih berasa lapar, anda boleh mengambil snek yang ringan sebelum tidur seperti buah-buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.
4. Elak makan malam sambil menonton televisyen
Ini adalah kerana anda tidak sedar berapa banyak anda makan sambil menonton rancangan kegemaran anda tersebut.
5. Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam
Pengambilan teh atau kopi boleh mengakibatkan gangguan tidur.
6. Kawal pemakanan semasa menghadiri majlis
Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis makanan yang dihidangkan. Anda perlu mengawal dan berpada-pada semasa mengambil makanan. Makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan serta air kosong.
Sumber : myhealth