Senangnya hati bila tarikh kahwin sudah ditetapkan, persiapan semua dah siap dan jemputan pun dah bersusun. Tapi ada 10 perkara yang bakal suami perlu hadam supaya isteri tahu apa perasaan anda terhadap mereka, lebih-lebih lagi bab kucupan!
Suka peluk isteri sewaktu tidur
Bila dah halal, memang sangat digalakkan untuk tidur memeluk isteri. Saat itu isteri pasti rasa lebih selamat dan disayangi.
Suka cium isteri
Ciuman terhadap isteri ada makna yang berbeza.
1.Ciuman Di Bibir
Ciuman pada bibir wanita memberi makna si suami sedang menghadiahkan ciuman cinta. Bagi sesetengah lelaki, tidak perlu mengungkapkan rasa cinta kerana ciuman di bibir isteri yang disayangi itu sudah memadai.
2.Ciuman Dari Belakang
Ia membawa maksud si suami sedang merindui anda dan mahu anda memahami kemahuannya itu.
3.Ciuman Di Telinga
Kucupan di telinga memberi tanda pujian yang bersifat intim. Selalunya ia akan disusuli dengan bisikan lembut dan sebuah dakapan mesra.
Suka makan bersama
Sebagai isteri, ambillah peluang untuk menyediakan makan minum suami. Di meja makan pula, cedukkanlah nasi dan lauk ke pinggan suami. Sambil itu berdoalah pada Allah agar hubungan anda kekal ke akhir hayat.
Tak sabar nak balik rumah
Dah ada isteri yang menunggu di rumah, buat apa tunggu lama-lama di pejabat. Waktu zaman bujang kawan-kawan sibuk menunggu di kedai mamak untuk melepak, lepas kahwin ni isteri pula yang menunggu di rumah. Kan sweet tu!
Suka jadi imam kepada isteri
Solat berjemaah adalah saat yang kita perlu rebut. Kukuhkan iman dan jadikan solat berjemaah ini satu amalan bersama keluarga.
Suka bagi kejutan dan hadiah
Masa bercinta mesti anda selalu hadiahkan sesuatu pada si dia kan? Bila sudah bergelar suami, janganlah lokek pula untuk berbelanja demi isteri.
Suka bermanja dengan isteri
Kehidupan suami isteri ada pasang surutnya. Jangan sesekali lupa untuk bermanja dengan isteri kerana kita tidak tahu bila kita akan kehilangan saat peluang terindah itu.
Sentiasa membantu isteri melakukan kerja rumah
Belajar untuk ringan tulang. Suami perlu tahu, tanggungjawab menguruskan rumahtangga bukan hanya terletak pada bahu isteri seorang.
Selalu puji isteri
Anda suka dipuji? Begitu juga isteri. Jangan hadkan pujian hanya pada kecantikan isteri. Puji mereka pandai bawa kereta pun satu pujian yang isteri pasti suka!
Tegur isteri dengan baik apabila buat kesilapan
Menegur isteri dan menegur kekasih tak sama. Gunakan pendekatan yang lebih halus dan penuh kasih sayang untuk membantu mereka memperbaiki kesilapan. Bila sudah ada ikatan halal, banyak idea kreatif yang boleh anda cuba bagi membuat teguran pada isteri.
Masa bercinta terdapat pantang larang yang perlu kita ikut agar adab tidak tercalar. Saat sah bergelar suami isteri, lakukanlah segala kebaikan dan siramilah kasih sayang kepada mereka tanpa rasa ragu.
Kredit foto: Tangkap Pictures
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI