Hubungan

Balasan Pahala Khas Untuk Pasangan Yang Saling Membantu

Share

Ini kerana sudah menjadi lumrah Allah menjadikan lelaki/suami utk membantu Agama Allah dan menghidupkan masyarakat.

Saat mencari nafkah untuk keluarga
a. Saat berniat utk mencari rezeki halal = sudah tertulis kebaikan keatasnya oleh Allah
b. Saat melangkah kaki keluar dari rumah utk mencari rezeki halal = diberi Pahala oleh Allah
c. Sepanjang perjalanan ke tempat kerja = diberi Pahala oleh Allah & didoakan kebaikan oleh Para Malaikat
d. Bekerja dgn bersungguh-sungguh dan ikhlas = diberikan Pahala oleh Allah
e. Saat melakukan kerja yg sukar dan payah = diganjari Pahala berdasarkn kesukarannya
f. Solat berjemaah bersama staff lain = diberikan Pahala berjemaah oleh Allah
g. Saat pulang utk bertemu isteri dan anak = diberi Pahala oleh Allah

Saat mengerjakan solat berjemaah di Masjid
a. Saat berniat utk solat berjemaah = sudah tertulis kebaikan keatasnya oleh Allah
b. Bersiap sedia utk ke masjid = sudah tertulis kebaikan keatasnya oleh Allah
c. Memakai haruman = diberi Pahala Sunnah krn berwangian
d. Bermula dari keluar dari rumah hingga ke masjid = diberikan pahala oleh Allah
e. Saat melangkah masuk ke masjid = sudah tertulis kebaikan keatasnya
f. Berniat iktikaf di Masjid = diberi pahala oleh Allah, didoakan oleh Malaikat keampunan keatasnya
g. Bergaul dgn masyarakat = diberi pahala oleh Allah krn mengeratkan sillaturrahim

Saat suami membeli makanan utk isteri dan anak2
a. Saat berniat utk membeli makanan = tertulis kebaikan keatasnya oleh Allah
b. Dalam perjalanan utk membeli makanan = didoakan oleh malaikat kebaikan keatasnya
c. Saat suami mengeluarkn wang utk isteri & anak2 (walaupun duit tinggal sikit) = tertulis keatasnya sedeqah dan Pahala sgt besar disisi Allah
d. Saat isteri dan anak2 menjamah makanan = setiap suapan makanan masuk ke mulut isteri dan anak2 diberikan pahala oleh Allah kpd suami
e. Saat isteri dan anak2 kenyang dan gembira slps makan = diberikan pahala oleh Allah

Saat suami mendidik isteri dan anak2
a. Kerana melaksanakan amanah dari Allah = diberikan pahala oleh Allah
b. Didikan yang baik = diberi pahala oleh Allah
c. Amalan kebaikan tersebut diamalakn berterusan oleh isteri dan anak2 = diberi saham pahala oleh Allah berterusan, generasi ke generasi
d. Saat sukarnya suami mendidik isteri dan anak2 = diganjari Pahala berdasarkn kesukarannya

Saat suami memberikan nafkah/kebaikan buat isteri, anak2, ibubapa dan orang2 dibawahnya
a. Nafkah buat isteri dan anak = diberikan pahala oleh Allah
b. Memberi nafkah batin kpd isteri = diberikan pahala oleh Allah
c. Melaksanakan tanggungjawabnya keatas ibubapanya = diberikan pahala oleh Allah
d. Membantu adik/kakak/makciknya = diberikan pahala oleh Allah
e. Mengeratkan hubungan sillaturrahim dgn rakan2 ibubapanya = diberikan pahala oleh Allah

Saat suami melakukan kerja rumah
a. Menyediakan makanan buat isteri dan anak = diberikan pahala oleh Allah
b. Membantu mengemas rumah = diberikan pahala oleh Allah
c. Menguruskan hal ehwal rumah = diberikan pahala oleh Allah
Saat lelaki/suami melakukan kerja2 kemasyarakatan
d. Menghubungkan sillaturrahim = diberikan pahala oleh Allah
e. Membantu menyelesaikan masalah org lain = diberikan pahala oleh Allah

Saat suami menjadi imam
a. Pahala sebagai imam yakni pemimpin
b. Mengajak isteri dan anak2 solat = diberikan pahala oleh Allah
c. Mengetuai bacaan doa = diberikan pahala oleh Allah

Untungnya suami/lelaki yang menjaga amanah Allah, banyak betul pahala tersedia utk mereka.

Published by
Kim