Dalam usaha meningkatkan keupayaan pasaran di kalangan pelancong Malaysia, Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei telah membawa masuk beberapa jenama terkenal yang berpangkalan di Taipei dalam satu upacara pelancaran yang dinamakan “FUN TAIPEI” di IOI City Mall, Putrajaya, baru-baru ini.
Dalam acara tersebut, Dato’ Fazley Yaakob, chef selebriti yang tidak asing lagi telah berduet dengan Mickey Huang, bakat kreatif yang didatangkan khas dari Taiwan, menerusi lagu Rasa Sayang. Versi baru lagu rakyat tersebut merupakan gubahan semula oleh Dato’ Fazley sendiri.
Dalam mengangkat maksud sebenar kempen FUN TAIPEI yang sedang berlangsung, Dato’ Fazley tidak keberatan untuk menulis lirik Rasa Sayang yang sejujurnya menceritakan pengalaman manis pada setiap kunjungan beliau ke Taipei.
Selain menampilkan keindahan destinasi pelancongan yang mesti dijejaki dan keseronokan menaiki bas persiaran bertingkat, lirik Rasa Sayang versi Dato’ Fazley sudah semestinya memberi penekanan ke atas tempat penginapan dan makan yang mesra-Muslim, seperti Amba Hotel, Kuo Yuan-ye Foods, Formosan Coffee, Ice Monster, Jingimoo Dessert Shop dan Fried Chicken Master.
Justeru, dalam kempen “FUN TAIPEI” yang dibawakan khas selama tiga hari bermula jam 10 pagi, 14hb hingga 16hb September, di IOI City Mall, orang ramai dijemput hadir untuk merasai sendiri keunikan hidangan asli Taiwan seperti kek nanas, ayam goreng, kopi Taiwan, ais cukur mangga serta pencuci mulut yang lain.
Beliau kelihatan teruja berkongsi pengetahuan tentang tempat makan sedap selain destinasi dan aktiviti yang menyeronokkan di bandar Taipei. Walau bagaimanapun, Mickey akui, beliau masih atau akan sentiasa teruja dengan perkara-perkara baru yang berlaku di sekitar Bandaraya Taipei.
Kenyataan Mickey Huang turut diakui oleh Dato Fazley sendiri. Walau kerap kali berkunjung ke Taiwan, pasti akan ada perkara baru yang beliau terokai pada kunjungan beliau yang seterusnya,terutamanya dalam hal makan. “Jangan tak percaya, pasar malam di Taipei merupakan salah satu tempat di mana anda boleh menemui hidangan lazat, seperti ‘stinky tofu’ dan mee daging lembu – antara makanan hebat di Taipei yang tidak boleh saya lupakan,” ujar beliau.
Menurut Dato’ Fazley,Taipei bukan sahaja lengkap dengan kemudahan restoran dan hotel yang mesra pelanggan Islam. Malah, tempat yang sesuai untuk lari dari kebiasaan dan menenangkan fikiran. Untuk tujuan tersebut, Dato Fazley bersama beberapa media arus perdana telah dijemput memenuhi undangan pelancongan atau lawatan Media ke Taipei sekitar Ogos lalu.
Antara salah satu daripada pengisian sampingan, Astro H! Live turut menerbitkan program memburu harta karun, untuk memperkenalkan tempat-tempat yang wajib diterokai semasa berkunjung ke Taipei. Justeru, dalam majlis pelancaran “FUN TAIPEI” hari ini di IOI Mall, Putrajaya, Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei turut melancarkan klip digital yang mendokumentasikan kolaborasi dua duta besar – Dato’ Fazley dan Mickey Huang sepanjang misi mencari harta karun dan teroka halal di Taiwan; sekali gus mempromosikan kempen FUN TAIPEI di kalangan pelancong Malaysia secara besar-besaran.
Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei kini dalam usaha menerokai pasaran Muslim seiring angka kemasukan pelancong Islam dari Malaysia. Bertindak secara progresif, Taipei akan berusaha keras untuk mewujudkan suasana perjalanan yang lebih mesra pengguna Islam.
Pihak penguat kuasa kini, turut dalam usaha berkolaborasi dengan ejen pelancongan tempatan dalam menghasilkan pakej yang lebih praktikal untuk pengembara solo bersesuaian dengan kriteria dan keutamaan rakyat Malaysia. Dan, pelantikan Dato’ Fazley sebagai jurucakap Bandaraya Taipei sebagai langkah penggalakan dilihat sebagai salah satu usaha yang tepat dan bersesuaian.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI