Banyak Kebaikan Yang Suami Isteri Boleh Dapat Kalau Solat Berjemaah Bersama

Share

Solat adalah tiang agama. Bagi setiap muslim adalah wajib untuk kita mendirikan solat untuk mendapat keberkatan dari yang maha esa. Dengan menjaga solat nescaya Allah akan mempermudahkan segala urusan kita.

Dalam rumah tangga juga pentingnya menjaga solat. Adalah lebih elok jika suami dan isteri berjemaah bersama. Lebih banyak keberkatannya. Jadi selalulah amalkan.

1. Hubungan suami isteri semakin mesra

Solat berjemaah secara tidak langsung dapat membangkitkan kemesraan antara suami isteri. Anda akan bersalaman dan memohon ampun antara satu sama lain.

2. Jalan ke syurga buat suami dan isteri

Bila berjemaah, anda berdua bersama-sama membina jambatan ke syurga. Yakinlah bahawa Allah memberi pahala buat anda berdua.

3. Saling menghormati

Secara tidak langsung anda akan menghormati antara satu sama lain. Tutur kata anda juga akan lebih berhati-hati untuk berbicara supaya tidak menguris hati pasangan.

 

Published by
NanyRahman