- Pelamin
Pelamin adalah antara benda yang akan memakan banyak belanja yang banyak untuk majlis perkahwinan. Tapi sekarang ini sangat mudah untuk anda mendapatkan pelamin yang cantik dengan harga murah dan di luar jankaan. Tempoh sewaan pula dalam lingkungan seminggu ke bawah. Sebaik sahaja anda menyewa haruslah di pulangkan dalam keadaan yang baik.
- Doorgift
Jika kad kahwin yang anda sudah sediakan mencecah 200 keping, goodies atau cederahati pula haruslah lebih lagi. Ia kerana kebiasaannya goodies adalah barang utama yang harus di berikan kepada tetamu. Doorgift ini anda boleh Diy sendiri sahaja mengikut kreativiti anda.
- Bunga Tangan
Inilah antara yang paling jimat dan mudah untuk disediakan sendiri. Anda boleh pilih hendak menggunakan bunga segar ataupun bunga tiruan. Tetapi sudah semestinya bunga tiruan lebih menjimatkan dan tahan lama. Selain bunga tiruan, ada macam-macam cara dan jenis bunga DIY yang anda boleh buat contohnya daripada kain,kertas, reben dan sebagainya.
- Hantaran
Hantaran juga salah satu barang yang jimat dan mudah untuk di hias. Malah, anda juga boleh “recycle” abang, kakak , atau saudara-saudara lain punya. Memang boleh jimat jika anda pandai buat sendiri hantaran kahwin.
- Guest Book
Guest book selalunya diletakkan pada pintu masuk atau laluan masuk utama. Tetamu akan meninggalkan dan menulis ucapan tahniah di dalam guest book ini.Cara menyediakan guest book adalah sangat mudah. Cuma, anda perlu menghias lebih di bahagian muka depan untuk tampak lebih menarik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sekitar RM80 Sahaja Dengan Barang DIY Dan Daiso, Dapur Dah Tersusun Rapi!
Dalam perkongsian ini kami bawakan cara DIY spice organizer yang sangat praktikal dan comel hasil kerja tangan Puan Fara Amirullah bersama suaminya. Tak perlu modal tinggi, hanya barang-barang di kedai DIY / Daiso berjumlah sekitar RM80 saja! Selain memudahkan kerja memasak, ia juga menjimatkan ruang. Yang paling best, cara pasangnya pun senang dan tak payah susah-susah nak tebuk dinding. Jadi, siapa yang duduk rumah sewa pun boleh buat juga sebab ia tak merosakkan dinding.
Jom ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.
Hari tu saya dah janji nak kongsikan spice rack organizer di rumah saya. Rumah sewa saya ni memang dapurnya kecil saja. Kalau duduk 2-3 orang dekat situ memang akan berlaga punggung. Jadi untuk menjimatkan ruang, inilah salah satu caranya. Angan-angan nak buat kabinet dapur tu memang ada, tapi sebab duduk rumah sewa ni tak payahlah kan. Baik simpan duit untuk buat di rumah sendiri nanti.
Lagipun, memandangkan dinding di dapur ni dah siap jubin, nak tebuk pun sayanglah. Jadi saya gunakan wall hook untuk spice rack organizer ni. Inshaa Allah lekat kuat sebab wall hook dari Daiso ni jenis hot melt adhesive. Caranya saya akan terangkan nanti.
BAHAN-BAHAN
Semua item dibeli di Mr DIY dan Daiso je. Tak semua barang murah tu tak cantik ye.
Wall hook – RM5.57/pek. Saya beli 4 pek (Daiso)
Rak – RM9.50/setiap satu. Saya beli 4. (MrDIY)
Balang kosong – RM0.85/pc. Saya beli 24 pcs. (MrDIY)
Jumlah: RM80.70
Inilah wall hook dari Daiso tu. Ada yang 1 kg, 3kg, 4 kg dan 6kg. Saya ambil yang 6kg. 1 rak gunakan 2 wall hook ni. Jadi sebab ada 4 rak, saya kena beli 4 pek.
Mula-mula cadang nak beli balang ni dekat kedai Eco. Tapi nampak dekat Mr DIY harga RM0.85 je. Jauh lebih murah dan kualiti pun elok. 24 pcs baru RM20.40. Murahlah kan? Lagipun penutup jenis plastik ni bagus. Dulu saya pakai Ikea punya. Setiap minggu memang akan basuh sebab berhabuk dan minyak. Lama-lama penutup pun jadi berkarat, sebab tulah saya tukar jenis macam ni.
CARA-CARA
Beginilah cara nak gunakan hot melt adhesive wall hook tu. Kena bakar sikit dekat gam yang sedia ada di belakang hook tu bagi cair sikit. Hati-hati ya sebab panas kalau kena tangan.
Bila dah cair nanti barulah tampal dan biarkan kejap dalam 2-3 jam baru boleh gantung rak tu. Kemudian bolehlah susunkan balang-balang yang dah diisikan dengan rempah atau bahan dapur yang biasa digunakan. Siap spice rack! Wall hook ni nak pakai dekat bilik air pun boleh, tapi kena buat cara ni barulah dia lekat kuat.
SEMOGA BERMANFAAT! Mudah kan? Simple tapi sangat berguna. Dapat save space dan modal pun tak tinggi. Mana yang duduk rumah sewa dan ada dapur yang comel macam Puan Fara ni bolehlah cuba DIY spice rack organizer ni.
*Idea asal DIY spice rack organizer ini dikongsikan oleh Puan Fara Amirullah menerusi Facebook.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Tiru Menu Diet Mampu Turunkan Berat Badan Dari 140KG Ke 83KG
Buat bakal pengantin, untuk cantik di hari bahagia tidak semestinya perlu tampil ramping dan segak semata-mata, apa yang penting adalah kesihatan anda terjamin sebelum majlis, semasa majlis malah selepas berumahtangga. Jadi untuk mendapatkan kesihatan yang baik anda perlu menjaga pemakan harian juga senaman agar tampil sihat dan cergas. Ikuti perkongsian Ahmad Azim Dato Asri yang semakin hari semakin berjaya menurunkan berat badannya. Ayuh bersama kita tampil sihat!
Ok rini aku nak share beberapa tips yang aku amalkan sepanjang proses penurunan berat badan aku dari 140KG sehingga kini, 83KG (doakan aku dapat target 75KG). Harap sedikit sebanyak tips ni dapat bentu anda smua untuk menurunkan berat badan dan yang paling penting sihat. InsyaAllah.
Bagi aku, formulanya senang je.
100 % MENTAL
80 % PEMAKANAN
20 % SENAMAN
A. MENTAL
Mula-mula sekali anda kene set matlamat anda. Ingat, nak turun berat ni bukan satu proses yang singkat. Ambik masa. Jadi kena banyak bersabar. Kadang2 progress nya laju, kadang2 slow. Jadi kuatkan mental anda. Selalu fikir positif sebab psikologi memainkan peranan penting dalam proses penurunan berat. Dalam group ni ramai yang boleh support anda! We need this community! Macam saya 1 tahun lebih baru dapat turun 57KG! Dan ingat fokus untuk FAT LOSS bukan WEIGHT LOSS!
B. PEMAKANAN
Baik ni yang penting dan kenapa group DSSS ni wujud. Ingat nak diet bukan bermaksud kena tahan lapar. Ada yang PM saya tanya betul ke kena tidur baru hilang rasa lapar? Jangan begitu. Saya amalkn DSSS shj. Kenapa? Ini lah yang KKM cadangkan sbb DSSS sebenarnya sudah seimbang dan memenuhi kehendak zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita. Cuma bagaimana kita nak jadikan lebih menarik sahaja dan sihat.
So, ni rules saya dalam pengambilan pemakanan
– Minum air kosong secukupnya. Bawa botol air kemana2 sahaja.
– Kurangkan pengambilan gula, garam dan minyak dalam makanan dan minuman.
– Perbanyakkan pengambilan sayur dan buah.
– PROTEIN : saya ambil daging putih berbanding daging merah. Kenapa, sebab daging putih lebih rendah lemak, kurang kalori dan tinggi protein. Daging merah boleh juga makan, tp saya sekali sekala sahaja.
– CARBO : saya ambil sumber carbo yang baik seperti brown rice, wholemeal pasta or bread, sweet potato dan Japanese sweet potato.
– SERAT : saya makan sayur raw macam tomato, timun, salad dan baby spinach. Kadang2 kukus juga jika sayur yang keras macam brokoli dan lobak.
– Buah-buahan sebagai penganti gula. Badan kita masih memerlukan gula. Jadi saya ambil gula semulajadi dalam buah. Tapi ingat, ambil secara lebih juga akan mengakibatkan lebihan gula ye.
– Elak mengambil processed food dan fast food sebab tinggi garam.
– Jika makan di luar, saya praktikkan DSSS dengan cara ambil nasi segenggam, sayur separuh dan protein. Bagi protein tu, seeloknya masakan yang kukus atau bakar, tp nak ambk gulai pun boleh tapi jangan ambil kuah.
GRILLED SALMON + MASHED SWEET POTATO + SALAD (333 KCAL)
BAHAN-BAHAN
– Ikan Salmon
– Ubi Keledek
– Daun Salad
– Bawang Putih
– Minyak Zaitun
– Serbuk Blackpaper
PENYEDIAAN
1. Perapkan ikan salmon dengan blackpaper dan panggang.
2. Rebus ubi keledek sehingga lembut.
3. Di kuali yang lain, tumis bawang putih dengan minyak zaitun (banyakkan sedikit minyak)
4. Masukkan tumisan bawang putih bersama ubi keledek. Kemudian, lenyek.
GRILLED CHICKEN + MASHED SWEET POTATO + STEAMED VEGETABLE (365 kcal)
BAHAN-BAHAN
– Dada Ayam
– Brokoli
– Lobak Merah
– Ubi Keledek
– Bawang Putih
– Minyak Zaitun
– Serbuk Blackpaper
– Serbuk Cajun
PENYEDIAAN
1. Perapkan dada ayam dengan serbuk cajun dan blackpaper. Kemudian, panggang.
2. Rebus ubi keledek sehingga lembut.
3. Di kuali yang lain, tumis bawang putih dengan minyak zaitun (banyakkan sedikit minyak)
4. Masukkan tumisan bawang putih bersama ubi keledek. Kemudian, lenyek.
5. Kukus sayur brokoli dan lobak 8-12 minit.
BROWN RICE + GRILLED CHICKEN + SALSA (345 kcal)
BAHAN-BAHAN
– Dada Ayam
– Beras Perang
– Tomato
– Bawang Merah
– Timun
– Daun Ketumbar
– Limau Nipis
– Serbuk Cajun
– Serbuk Blackpaper
– Serbuk Blackpaper
PENYEDIAAN
1. Perap dada ayam dengan serbuk cajun dan blackpaper, Kemudian, panggang.
2. Masak beras perang sehingga lembut.
3. Di bekas lain, satukan daun ketumbar, tomato, bawang dan timun yang telah dipotong dadu. Kemudian, perah limau nipis.
SELAMAT MENCUBA!
Jadi, ini sedikit sebanyak tips yang boleh saya kongsikan. Saya ada letakkan beberapa gambar masakan serta resepi yang sememangnya sihat dan seimbang. Harap dapat membantu anda untuk jadi lebih bersemangat dan kreatif ketika mempraktikkan diet.
sumber Facebook Ahmad Azim Dato Asri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Buat Sendiri Balang Berhias Untuk Hadiah Tetamu Di Majlis Kahwin, Jimat & Menarik!
Buntu memikirkan cenderahati istimewa apa yang ingin diberikan kepada tetamu di majlis perkahwinan anda nanti? Kalau inginkan kelainan, idea ini mungkin anda boleh pertimbangkan. Hadiahkan tetamu jemputan dengan balang buatan sendiri sebagai kenang-kenangan.
Balang kuih bersaiz mini boleh anda ubah suai dengan lakaran dekoratif sentuhan kreatif anda. Warnakannya dengan tema yang disukai serta paten yang menarik. Gunakan kreativiti anda untuk mencubanya.
Selain dijadikan sebagai cenderahati untuk tetamu, anda juga boleh pelbagaikan balang ini sebagai gubahan hantaran untuk bunga rampai.
Bahan-bahan:
1. Balang kosong bersaiz mini
2. Pita pelekat / masking tape
3. Beberapa contoh cat dari kedai hardware atau cat akrilik (boleh didapati dari kedai kraf)
4. Berus melukis
5. Reben
6. Tag bercetak terima kasih, coklat atau gula-gula
Cara membuat:
Langkah 1
Buang label yang ada pada balang mini (jika ada). Rendam balang semalaman di dalam singki. Ambil span dan gosok agar kesan gam pada balang dapat dibersihkan. Keringkan.
Ambil pita pelekat dan tampalkan pada balang. Untuk membuat bentuk segi tiga yang kecil, potong pita pelekat nipis dan memanjang. Anda boleh skip langkah ini sekiranya anda tidak kisah saiz segi tiga yang akan terbentuk lebih besar.
Langkah 2
Lekatkan pita pelekat di sekitar balang membentuk garisan memanjang dan segi tiga dengan menindih garisan memanjang pada pelekat itu. Jangan risau sekiranya saiz tidak sama. Tambahkan sedikit pita untuk membentuk segi tiga. Tekan pita tersebut supaya ia dapat melekat dengan sempurna.
Langkah 3
Mula mengecat mengikut garisan dan segi tiga yang terbentuk. Semasa mengecat, cuba jauhi daripada terkena pita pelekat – ini untuk menghalang ia nampak comot. Gunakan kombinasi cat Woodies DIY warna merah jambu cat tiub akrilik dalam warna shimmery gold. Penggunaan dua lapisan warna di atas pita pelekat ini bertujuan untuk memastikan warnanya tampil menarik dan menyerlah.
Langkah 4
Apabila cat telah kering (sekurang-kurangnya 30 minit), tanggalkan pita pelekat itu secara berhati-hati. Sekiranya cat berselerak di bawah pelekat tadi, gunakan pisau kraf untuk menanggalkannya.
Langkah 5
Ikat reben di keliling penutup botol bersama tag bercetak terima kasih. Kemudian masukkan coklat, gula-gula atau bunga rampai di dalamnya.
Langkah 6
Anda telah berjaya mengubah suai balang yang kosong dengan lakaran comel sebagai hadiah untuk tetamu anda bawa pulang di majlis perkahwinan nanti.
Sumber: onefabday.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI