BARBIE & HOT WHEELS DI LOST WORLD OF TAMBUN!
Pada tahun ini Mattel mengumumkan jelajah Barbie “You Can Be Anything” di taman tema Lost World of Tambun, sempena 60 tahun memberikan inspirasi tanpa had dan batas kepada setiap gadis di seluruh negara. Anda juga berpeluang berjumpa dengan Barbie bagi sesi “Meet and Greet” dan Barbie juga menjemput pengunjung yang hadir untuk ke parti minum petang bersama si cantik ini.
Khas untuk kanak-kanak lelaki pula anda boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek perlumbaan khas bersama Hot Wheels. Bahagian Zon Challege Accepted ini di buka pada jam empat petang setiap hari untuk kanak-kanak. Bagi yang memasuki cabaran tersebut anda berpeluang untuk memenangi hadiah premium dari Hot Wheels.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pertandingan Pesona Rias Wajah Cantik – The Glam Wedding
Buat kali ke-29, sekali lagi Juz Zarith Innovation merancakkan ruang legar Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor dengan penganjuran ekspo perkahwinan dan pelbagai acara pentas sempena “Pameran Pengantin Johor – Gala Seri Pesona Pengantin”. Bertemakan The Glam Wedding acara yang berlangsung dari 7 hingga 16 September 2018 ini menyaksikan penglibatan lebih kurang 55 vendor perkahwinan di sekitar Johor.
Seperti penganjuran yang lepas, pentas utama tidak pernah lekang dengan pebagai aktiviti yang menjadi salah satu tarikan utama pengunjung terutamanya bakal pengantin. Pertandingan yang dikatakan ‘wajib’ diadakan dan ditunggu-tunggu oleh setiap MUA sudah pastinya ialah pertandingan solekan, Pesona Rias Wajah Cantik – The Glam Wedding, selain beberapa pertandingan seperti Pertandingan Pengantin Cilik, Bridal Marathon – Glam Wedding, Bridal Fashion Showcase & Draping show bersama Gulatis Fabrik & Textile dan turut berkolaborasi dengan pihak model agency TNF (The New Faces) dan banyak lagi. Busana Pengantin Fesyen Showcase mengetengahkan Andaman Molly Bridal, MRMS Wedding, Senorita Wedding Planner, Dsani Bridal, Hajaliah Creation, Nill Abaka dan Adli Afandi.
ANUGERAH REBUTAN
Sepanjang 10 hari penganjuran, banyak kategori anugerah telah disediakan untuk menghangatkan lagi kemeriahan aktiviti yang dijalankan. Antara anugerah yang dipertandingkan ialah Bridal Marathon iaitu anugerah Best Dress, Best Couple, Best Head Accessories, Creative Hand Bouquet, Best Team Presentation, The Best Vendor Appearance. Setiap kategori mempunyai Top 3.
Anugerah yang menjadi rebutan di kalangan vendor perkahwinan sudah tentu Anugerah Pelamin Deco Tercantik yang terdiri daripada dua kategori iaitu Pelamin/Deko 2 booth atau 1 booth. Juara untuk dua booth dimenangi oleh Molly Wedding Planner, naib juara JacobinWhite manakala Nill Abaka menduduki tempat ketiga. Juara Pelamin/Deko untuk 1 booth ialah Nick Barney, naib juara , Moon Wedding Concept dan tempat ketiga ialah Auxiliary Wedding. Pentas utama yang tersergam indah mendapat sentuhan vendor perkahwinan terkenal Dsani Wedding Planner dengan tema The Glam Wedding – Romantic Paris
“Sebagai penganjur, sudah tentu saya mengharapkan di masa akan datang setiap vendor dapat mengeluarkan kreativiti masing-masing yang lebih mencabar. Mereka bukan sahaja dapat bersaing secara sihat, malah secara tidak langsung mereka juga dapat meningkatkan lagi idea-idea baharu dalam persembahan dekorasi dan strategi pemasaran.
“Saya dapati harga pakej yang ditawarkan juga mampu dimiliki oleh bakal pengantin. Nasihat saya kepada vendor, jagalah kualiti dan bukannya mencari kuantiti yang banyak tanpa menghiraukan mutu dan kualiti yang dipersembahkan. Janganlah menawarkan harga yang murah kepada pelanggan tapi tidak menepati janji kepada pelanggan,” ujar Zuraidah, pemilik Juz Zarith Innovation Event Management
VENDOR LEBIH BERANI
Tercetusnya ekspo perkahwinan sebegini, Zuraidah berharap agar setiap pelanggan dapat memilih perancang perkahwinan dengan bijak agar bakal pengantin dapat merealisasikan impian mahligai bahagia mereka.
“Harapan saya lebih ramai lagi vendor andaman yang akan melibatkan diri dalam promosi seperti ini. Selain mereka dapat dikenali oleh bakal pengantin, promosi ini umpama one stop centre wedding exhibition di mana bakal pengantin boleh mendapatkan pelbagai pakej dari A hingga Z. Sebagai penganjur yang telah lama menganjurkan program seperti ini, pastinya saya ingin melihat adanya kemajuan dalam industri andaman. Jika satu ketika dahulu vendor andaman begitu sukar untuk menyertai pameran pengantin kerana tiada sikap keterbukaan, namun kini mereka sudah lebih terbuka.
“Setelah berjaya meyakinkan mereka, saya lihat adanya kemajuan apabila vendor andaman lebih berani bersaing dengan mengeluarkan modal besar demi mempamerkan kreativiti mereka. Saya ingin melihat vendor andaman mengamalkan sikap budaya saing, jangan mudah berpuas hati dan sentiasalah berusaha mencari idea-idea baharu,” ujar Zuraidah panjang lebar.
Sempena dengan pameran ini, pada hari kemuncak berlangsungnya pertandingan yang dikatakan ‘wajib’ diadakan dan ditunggu-tunggu oleh setiap MUA iaitu Pesona Rias Wajah Cantik – The Glam Wedding. Pertandingan solekan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari MUA . Dengan tema solekan Pengantin cantik – Malar Segar Timeless + bersih +kemas setiap MUA memberi fokus dan menyerlahkan kreativiti mereka terhadap solekan yang ditampilkan. Masa diberikan kepada mereka ialah satu jam 30 minit.
Pertandingan ini diadili oleh barisan juri yang terdiri daripada mekap artis, Bosco, Pereka Fesyen Adli Afandi, Siti Mariam Editor Pesona Pengantin, Benjamin Victor Ong, The Founder of TNF ( Model Agency) dan Putri Adila wartawan Pesona Pengantin.
Selain memilih pemenang untuk Top 5 turut disediakan Anugerah Busana Tercantik( Top 3), Anugerah The Creative MUA, Anugerah MUA Harapan, Anugerah MUA Favourite, Anugerah Hair-DO Terbaik, Anugerah Hiasan Rambut Terbaik, Anugerah Aksesori Terbaik, Anugerah Hand Bouquet Terbaik, Anugerah Best Presentation by Model dan Anugerah Khas Pilihan Juri. Diumumkan juga pemenang Top 16 dengan menerima hadiah saguhati dari pihak penaja. Juara bagi pertandingan ini ialah Hendra Iqram, Naib Juara Fasha Rahman, tempat ketiga Dwuan Lee, tempat keempat Akiem Costa dan kelima Amie Alisan. Tahniah buat kesemua pemenang.
Masih di lokasi yang sama, penganjuran kali ke-30 bakal diadakan pada 11 hingga 20 Januari 2019 dengan tema The Morocco Wedding Style. Kali ini Juz Zarith Innovation membuatkan kelainan dari segi pertandingan solekan, program-program yang diadakan.
TEKS : Zu Zarith
OP FOTO : TRISNO & CO.
OP Foto : Jepp Fujiwars
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bisnes PKS Jadi LUAR BIASA Bersama Astro Menerusi Program POWER UP!
Jangan hanya melihat kejayaan orang tetapi kita sendiri boleh mencipta kesenangan kalau tahu caranya. Buat julung kalinya, Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) mengajak semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai minggu POWER UP yang berlangsung secara eksklusif di studio All Asia Centre, Bukit Jalil bermula 28 Jun hingga 1 Julai 2022.
Bertemakan “POWER UP! Berada Di Tempat betul Untuk Berkembang”, peserta PKS akan dibawa meninjau studio Astro di mana pakar pengamal media akan berkongsi info trend terbaharu dan data insights penting. Ini termasuk jenis pengiklanan paling efektif di Asia Tenggara untuk melipat-gandakan ketepatan kuasa pemasaran di kalangan generasi baharu di kaca TV.
Bukan itu sahaja, peserta juga akan dibawa menyaksikan program secara langsung yang diadakan di studio. Anda berpeluang untuk bertemu selebriti kegemaran dan menikmati diskaun eksklusif untuk pakej pengiklanan.
RM100,000 Menanti Anda!
Menariknya, anda juga boleh membawa pulang pelbagai hadiah menarik bernilai RM1 juta untuk pemenang bertuah. Terdapat 10 set hadiah di mana setiap satunya menganduingi sebuah TV pintar Samsung 65” AU7000 4K UHD serta hadiah RM100,000 nilai pengiklanan airtime untuk dimenangi.
Acara yang berlangsung selama empat hari diasingkan kepada tiga sesi dan peserta SME boleh memilih mana-mana slot masa yang sesuai di antara jam 9.00 pagi, 11.30 pagi atau 2.30 petang.
Jom tempah slot anda sekarang di quake.com.my sebelum kehabisan! Setiap slot terhad kepada 40 orang sahaja. Lebih mudah, tekan LINK ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zara Zya Dikatakan Tak Laku, Otak Jadi Penat Disoal Tentang Kahwin
Baru-baru ini aktres Zara Zya dikatakan tak laku sebab lewat kahwin, malah isu ini buat dia mudah tersinggung apabila terlalu kerap berdepan soalan tentang perkahwinan daripada orang ramai.
Ya, sebenarnya tak salah tanya pasal kahwin tetapi biarlah berlapik. Kadang pulang sahaja ke kampung, pasti inilah menjadi persoalan ramai tertanya-tanya bila hendak akhiri zaman bujang.
Zara Zya Dikatakan Tak Laku, Otak Jadi Penat Disoal Tentang Kahwin
Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan, namun rezeki dalam hal jodoh masih belum memihak.
Biasalah, orang di sekeliling suka ‘mengasak’ dengan pertanyaan-pertanyaan jodoh yang tidak mampu dijawab.
Benar, jodoh itu adalah ketentuan ALLAH SWT yang ditetapkan sebelum kita dilahirkan di dunia yang fana ini. Percayalah setiap apa yang berlaku dan ketentuan yang ditetapkan oleh-NYA adalah yang terbaik buat diri kita.
Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, disebabkan perkara itu, dia menjauhkan diri daripada orang ramai kerana enggan terus dihakimi berkaitan hal peribadi.
“Dua hari lalu saya menangis dalam siaran langsung TikTok sebab orang asyik bertanya hal peribadi.
“Ada beberapa soalan yang mungkin sebelum ini saya tidak peduli tetapi entah kenapa sejak akhir-akhir ini jadi sensitif sangat.
“Contohnya seperti tanya tiada orang yang hendak dekat saya ke? Tak kahwin ke? Tak laku ke? Soalan sebegitu yang sejak kebelakangan ini menyinggung perasaan saya,” katanya.
Boleh Disoal Tapi Dengan Cara Yang Betul
Bukan bermakna dirinya tidak boleh menerima teguran tetapi haruslah dengan cara yang lebih sopan dan elok didengar.
“Tidak tahulah kenapa, kita selalunya bangun pagi nak muhasabah diri tetapi ada yang buka mata untuk mengecam.
“Bukanlah saya tidak boleh ditegur langsung tetapi cara percakapan itu menggores hati saya.
“Saya gembira sahaja dengan hidup saya, namun apabila kerap dihakimi memang membuatkan saya sendiri trauma hendak keluar,” ujar pelakon drama Kerasnya Takdir itu.
Pilih Duduk Rumah Sebab Nak Jaga Hati Sendiri
Bukan hanya menjejaskan kesihatan mental, dia mengakui setiap kata-kata negatif yang diberikan kepadanya turut membuatkan dia mengambil pendekatan memencilkan diri daripada orang ramai.
“Otak saya menjadi penat dengan kata-kata orang sehingga rasa patah semangat untuk membuat siaran langsung dan keluar berada di tempat awam. Saya lebih suka duduk terperuk di rumah saja.
“Saya juga guna pendekatan tidur sebagai jalan pintas untuk melupakan masalah selain sudah dua bulan berehat daripada berlakon.
“Selama ini orang sering melihat saya gembira namun hakikatnya saya sendiri tidak menyangka impaknya sebegini impaknya begini,” ujarnya lagi.
Pada Februari lalu, nama Zara menjadi bahan bualan ramai didakwa sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan selepas tular sebuah video sedang disarungkan cincin.
Namun, andaian tersebut meleset apabila video tersebut hanyalah gimik promosi sebuah produk kecantikan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI