Bagi anda yang baru kahwin, perlu ambil peduli dan belajar macam mana untuk kekalkan bahagia dalam perkahwinan sampai ke hujung nyawa.
Seorang isteri bukan hanya perlu jaga makan minum suami tetapi 10 perkara ini juga wajib dipantau selalu. Ini antara perkongsian daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah untuk jadikan baja dalam hubungan.
1. Jaga rahsia suami
Ada isteri tanpa sedar menceritakan keburukan suami kepada kawan ataupun ahli keluarga lain. Perbuatan ini menanam dosa dalam diri.
2. Jaga sifat malu dalam diri
Tebalnya sifat ini dalam diri mengangkatkan lagi martabat dan maruah bagi kaum hawa.
3. Apabila suami balik kerja, beri dia rehat
Biarkan suami rehat 30 minit sebelum bertanya pelbagai soalan. Sampaikan khabar yang gembira dahulu dan kurangkan cerita-cerita yang tidak enak untuknya.
4. Jaga diri dengan kerapkan membaca Al-Quran dan maksudnya
Isteri selalunya kuat ‘overthinking’ dan bila dah rasa begitu, mulalah ada yang ‘membisik’ dan menambah api kemarahan.
5. Jaga diri dengan perbanyakkan solat taubat sebelum terlambat
Mohon maaf dengan suami setiap masa kerana biasanya suami meninggalkan dunia terlebih dahulu berbanding isteri.
6. Fahami kesan marah
Seri muka hilang, mudah sakit jantung, darah tinggi, selesema, mudah dijangkiti virus, tulang rapuh dan hancur rumahtangga. Justeru, kawal marah.
7. Cemburu sifat orang yang beriman & tanda kasih sayang
Namun jika ia berlebihan akan membuat suami stress dan tertekan. Jika timbul rasa cemburu, perbanyakkan berdoa dan berserah pada Allah untuk Dia menjaga rumahtangga kita agar terus harmoni.
8. Jaga rumah tangga
Jangan benarkan kemungkaran berlaku. Pesan pada diri dan suami supaya hindari hal-hal kemungkaran.
9. Seimbangkan hidup
Banyakkan aktiviti membersihkan hati, membetulkan amalan, berkawan dengan orang yang baik, jaga solat, berkatkan rezeki, riadah selalu dan buat semua perkara sehabis baik.
10. Amalan harian terbaik seorang isteri adalah solat taubat
Selain solat taubat, dinasihatkan juga agar istighfar 70 kali, sembahyang hajat, memaafkan semua orang, bersangka baik kepada semua orang dan doakan keluarga serta semua jiran tetangga ya.
Moga petua ini dapat meramaikan lagi isteri solehah dan berbakti sehabis baik pada rumahtangga bahagia.
Isteri solehah adalah bidadari syurga. Semoga bermanfaat!
Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI