Pesanan untuk yang baru kahwin, sekali pun kita sudah sah jadi suami isteri dan halal ikut syarie, mungkin sampai ada anak atau belum ada rezekinya, jagalah adab. Tak perlu tayang mesra suami isteri pada orang luar.
Biar ada privasi dan seperti yang dikongsi oleh Puan Siti Suryani Yaakop, perlunya ada batas.
Ya, mungkin kita sangat bahagia dengan suami kita. Tak pernah gaduh masam muka. Setiap hari ucap I Love You walau tengah duduk saja. Dia dukung kita masuk bilik dari kurus sampai dah saiz dua kali ganda. Kita pula mandikan laki kita tak pernah terlepas lagi walau sehari cuma.
Tapi tetaplah ingat tuan puan…
Islam ini agama yang penuh dengan adab dan tatasusila. Dalam rumah suka hati nak buat apa. Nak bercium bergomol bergusti ke lantak, lasal bahagia. Tetapi kalau depan khalayak, beringatlah sikit supaya kita tidak lupa. Terlebih sangat nanti muncul penyakit ain, hidup boleh rosak binasa.
Mesra suami isteri ni memang bagus dan dianjurkan agama. Tetapi bukan untuk tunjuk dan jadi tatapan mata semua. Ketahuilah bahawa itu adalah aib dan rahsia rumah tangga.
Jangan ikut sangat kaedah influencer, artis atau manusia mana di luar sana. Bercium bagai tinggal cuma tinggal lagi tak sampai bersenggama.
Begitulah sepatutnya, simpan sedikit rahsia suami isteri untuk rasa privasi. Hidup ini pun tidak sell cerah, ada masa diuji dan sekali ‘terkena’, pasti rasa hilan arah dan banyak mata yang memandang.